Kepada pembaca.. penulis main hentam je pasal universiti diorang sebab penulis taktau pape pasal universiti. Budak budak lagilah katakan... Jadi, jangan pelik kalau penulis buat universiti diorang macam sekolah biasa.Di Dark Elite University...
Atikah POV
Okay! Dah selesai daftar, kemudian.. kelas kat hujung, pilih salah satu kerusi dan duduk diam. Aku cuba menegur orang disebelah agar dapat menambahkan kenalan.
"Hai, awak dekat sebelah."
"Hai."
"Eh, Asyiqin? Kau masuk universiti ni jugak?"
"Kenapa? Kau ingat orang pandai macam kau je boleh masuk sini? Aku pun padai jugaklah."
"Ececeh, gangster kan kau sekarang?"
Asyiqin tidak melayan aku kerana kelas hampir bermula. Aku memerhati sekeliling. Semuanya tekun belajar. Baiklah! Aku pun akan belajar bersungguh sungguh!
...
Di kantin...
"Huhu, bosannya kelas tadi. Asyiqin, kau tak bosan ke?"
"Bosan ke tak, aku kena belajar untuk berjaya. Kau takpelah. Tak belajar dah pandai. By the way, kau nak makan apa apa tak? Aku tolong belikan sekali."
"Belikan je? Taknak belanja? Haha."
Aku pun memberi duit dan memesan makanan kepada Asyiqin. Selepas Asyiqin pergi, aku ternampak abang dan Amir berjalan ke arah meja aku.
"Amacam dik? Best tak first day kat universiti?"
"Tak best lah abang. Semuanya boring."
"Haha, biasalah tu adik. Lama lama ok lah tu. Adik buat apa sekarang ni? Nak makan ke? Baru pukul 10 pagi. Tengahari tak masuk lagi. Adik dah breakfast kan?"
"Dah breakfast lah, abang. Cuma, kebosanan kat dalam kelas tu buat adik lapar."
"Oh, yeke? Nak abang belikan apa apa tak?"
"Takpe. Kawan adik dah belikan dah."
"Kawan adik?"
Asyiqin POV
Dalam perjalanan aku kembali ke meja Atikah, aku ternampak 2 orang lelaki bersama Atikah. Aku taknak masuk campur dengan keluarga complicated Atikah, maka aku pun cuba melarikan diri ke tempat lain. Namun...
"Hah! Tu kawan adik! Dah sampai pun! Lama tau aku tunggu."
Haih, Atikah. Kau memang kawan tak guna. Kenapa kau panggil aku? Aku pun duduk di sebelah Atikah dan makan makanan yang dibeli tanpa bersuara. Tak lama kemudian...
"Korang. Aku curious gak. Macam mana Asyiqin dengan abang boleh jadi kawan? Cerita lah sikit macam mana korang jumpa. Please..."
Soalan cepumas keluar dari mulut Atikah. Aku memandang Azim untuk melihat reaksinya. Macam biasa, dia hanya tersenyum je. Mesti ada sesuatu yang dia dah rancang. Apa apa pun dia nak bagitau, aku taknak dengar.
YOU ARE READING
Milikku Seorang
RomanceAtikah ke rumah abangnya setelah mendapat tahu abangnya gay. Tiba sahaja di rumah abangnya Atikah terjumpa dengan lelaki yang mengaku dirinya kawan abang Atikah. Adakah dia kawan atau lebih?