Permaisuri Aidene berlari menuju ke kamarnya.Bayi perempuan yang sedang nyenyak tidur di dalam buaian beralaskan kain sutera bewarna kuning keemasan di dukungnya dan dibawa menuju ke perpustakaan istana.
Sepanjang dia berlari,air matanya tidak putus-putus jatuh membasahi pipinya yang putih itu.Bayi itu dikucupnya berkali buat kali terakhir.
Setibanya di perpustakaan,bayi itu diserahkan pula kepada seorang lelaki yang berpakaian segak pakaian diraja.
"Edmund,kamu yakin identiti Agnes tidak akan terbongkar jika dia bersama adik kamu?"
Raja Edmund memandang permaisurinya itu dengan pandangan yang sayu.Dia sungguh kasihan dengan permaisurinya itu.Terpaksa berpisah dengan puterinya yang baru berusia tiga minggu itu.
"Aidene,kita kena yakin pada Eden.Saya yakin,Eden akan menjaga Agnes seperti anaknya sendiri.Kalau kita tidak percayakan Eden,nyawa Agnes akan dalam bahaya jika dia terus bersama kita." Raja Edmund bersuara dalam nada yang agak tegas.
Keselamatan puterinya itu lebih penting berbanding nyawanya sendiri.Dia yakin bahawa adiknya itu dapat menjaga puterinya Agnes dengan baik.
"Tini,tolong bawa Puteri Agnes ke Kerajaan Tumbuhan dengan selamat.Serahkan Tuan Puteri kepada Raja Eden.Katakan pada dia,ini pesanan daripada abangnya.Raja Edmund.Pastikan Puteri Agnes sampai dalam keadaan yang selamat tanpa terluka.Lekas!"
Pembantu istana yang bernama Tini itu pantas mengambil Puteri Agnes dari pelukan Permaisuri Aidene dan memeluk bayi itu dengan erat.Dengan pantas,dia mengorak langkah keluar dari istana The Majesty.
Permaisuri Aidene memeluk rajanya erat.Beberapa orang pengawal berbaju besi masuk kedalam kamar mereka.Kini,mereka sudah dikepung.
Dengan sekali libasan,Permaisuri Aidene dan Raja Edmund melepaskan nafas yang terakhir.Darah terpercik ke merata tempat.
Kerajaan magis yang paling hebat iaitu The Majesty,akhirnya terhapus.Tiada lagi kuasa magis yang hebat.Adakah Puteri Agnes juga selamat?
***
"Ayahanda,saya mahu lebih lagi jem pada roti saya." Puteri Agnes meminta dengan nada suara manja pada Raja Eden.
Raja Eden dan Permaisuri Fia tersenyum melihat gelagat puteri mereka yang berusia sepuluh tahun itu.Puteri Agnes membesar menjadi seorang gadis yang sungguh cantik.Perwatakannya yang ramah itu juga membuatkan orang lain terhibur melayan karenahnya.
Raja Eden mengambil roti yang berada di atas piring Puteri Agnes dan menyapukan jem di atasnya.Kemudian,roti itu dihulurkan kembali kepada Puteri Agnes.
Puteri Agnes menyambut huluran roti daripada ayahandanya itu.Roti yang bertoppingkan jem berperisa strawberi itu digigit.Dia mengunyah dengan berselera.Susu didalam gelas itu pula diteguknya sopan.
Raja Eden mengambil kain lembut dan mengelap pipi puterinya yang comot terkena jem daripada roti itu.
Puteri Agnes tergelak manja.Kemudiannya,dia menundukkan sedikit kepalanya menandakan dia berterima kasih.
"Ayahanda,hari ini saya akan menghadiri kelas menunggang.Boleh saya dapatkan kuda dari kandang diraja?" Puteri Agnes meminta izin dengan sopan.
"Boleh sahaja,sayang.Kamu boleh pilih apa sahaja jenis kuda yang kamu mahu.Tapi pastikan,semasa menunggang...."
"Keselamatan diutamakan...." Puteri Agnes memintas.
Permaisuri Fia ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya perlahan.Gembira melihat keletah puterinya itu.
"Bonda ada sediakan pakaian menunggang baharu untuk kamu.Ia ada di atas katil kamu.Pergilah tengok."
Puteri Agnes sungguh teruja.Dia pantas berlari menaiki anak tangga istana dan terus masuk ke biliknya.Pakaian menunggang bewarna merah jambu yang berada di atas katil itu diteliti.
"Cantik." getus Puteri Agnes sendiri.
Dia mengambil pakaian itu dan diperagakan di hadapan cermin besar yang berada di dalam biliknya.Tiba-tiba kakinya tersepak sesuatu yang agak keras seperti besi.
Dia menundukkan sedikit badannya dan mencari di atas lantai.Matanya tertancap pada seutas loket besi yang sungguh cantik.
Loket itu dihiasi dengan tiga biji permata kecil yang bewarna jernih bersinar yang menunjukkan ketulenannya dan ukiran pada permukaan besi loket itu.
Hiasan pada loket itu sungguh unik.Terdapat ukiran semua unsur kuasa yang dimiliki dari setiap kerajaan dan istana yang berada di tengah-tengah antara kesemua unsur itu.
Puas meneliti loket itu,Puteri Agnes mengambil keputusan untuk menyoalkan tentang kewujudan loket itu kepada bonda dan ayahandanya.Dia berlari-lari anak menuju ke ruang makan yang diduduki oleh Raja Eden dan Permaisuri Fia tadi.
Ternyata,mereka sudah tiada di situ.Puteri Agnes mencari kelibat bonda dan ayahandanya di taman.Tetap tidak ditemui.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menanyakan kepada pembantu istana sahaja.
"Puan Tini,ada kamu terlihat akan bonda dan ayahanda?" Puteri Agnes menyoal seraya melihat Tini yang sedang mengemas laman istana itu.
Tini memandang Puteri Agnes kemudian menunduk hormat sambil tersenyum.Matanya tertancap pada sekalung loket yang berada di tangan Puteri Agnes.
"Tuanku,maaf jika saya bertanya.... Dari mana tuanku jumpa loket besi itu?" Tini menyoal sambil jarinya menunjuk pada loket di tangan Puteri Agnes.
"Oh!Puan Tini tahu?Saya pun tidak pasti dari mana datangnya loket ini.Oleh itu,saya ingin mencari ayahanda dan bertanyakan mengenainya."
"Jika kamu mahu mencari maklumat mengenai barangan yang diperbuat daripada besi,lebih baik kamu berjumpa dengan tukang besi.Mungkin,dia dapat menceritakan perihal ukiran unik itu."
Puteri Agnes mengangguk perlahan tanda memahami.Dia kemudian menghadiahkan senyuman manis dan bergerak meninggalkan Tini.
"Saya minta diri dulu,ya." Tini menghadiahkan senyuman bagi membalas senyuman Puteri Agnes.
***
YOU ARE READING
Princess Agnes And Her Lost Kingdom [COMPLETE]
FantasyLahirlah seorang puteri yang diberi nama Agnes.Puteri yang dijaga oleh keluarga angkatnya.Kehilangan bonda dan ayahandanya langsung tidak diketahui.Ianya seperti sebuah misteri yang sungguh berselirat. Kerajaan Api,Ais,Air,Angin,Tumbuhan semuanya me...