Bab 3

2K 117 0
                                    

Ruby adalah seorang puteri yang paling terkenal di Akademi La Roselle.Ruby merupakan puteri dari kerajaan api dan mempunyai sepupu lelaki bernama Pete.

Ruby terkenal di Akademi La Roselle dek kerana keangkuhannya yang sangat tinggi.Berbeza dengan sepupunya,Pete lebih kepada seorang pengkaji dan pencinta sejarah.Pete lebih banyak meluangkan masa di perpustakaan akademi manakala Ruby banyak menghabiskan masa di pusat membeli-belah akademi.

Ruby berjalan menuju ke kelasnya.Dia duduk di bahagian tengah kelas.Dia kemudiannya memulakan bicara dengan teman-teman rapatnya.Perbualannya terhenti apabila gadis yang paling dibencinya masuk ke kelas.Gadis iti pula kemudiannya mengambil tempat duduk bersebelahan dengan mejanya.

"Hey,Agnes.Kau ni memang dah takde tempat lain ke?Memang suka kan duduk rapat dengan perempuan paling hot dekat akademi ni.Oops,orang yang takde magis macam kau ni,memang suka berkawan dengan orang ada kuasa.Oops,lupa.Kau je yang takde kuasa." Ruby kemudiannya ketawa dengan kuat.Teman-temannya juga turut ketawa.

Tawa mereka mati apabila Pete yang kacak dan menjadi pujaan ramai itu mula menegurnya.

"Ruby,kenapa kau suka cari gaduh dengan Agnes ya?Agnes tak pernah buat apa-apa yang jahat pun pada kau.Apa masalah kau ni sebenarnya?" Pete menyoal dalam nada yang agak marah.Mana tidaknya,puteri yang bernama Agnes itu merupakan puteri yang sedang bertakhta di dalam hatinya,Tapi hanya dia yang segan ingin mengaku.

"Yang kau menyibuk sama tu kenapa?Jangan menyibuk hal orang lain,okey.Ini masalah antar aku dan Agnes.Kau,sila jangan masuk campur." Ruby memang membenci puteri bernama Agnes itu.Kerana sejak kali pertama Agnes masuk ke Akademi La Roselle,Agnes mula menjadi bahan cerita pelajar-pelajar disitu.

Walaupun Agnes tidak mempunyai kuasa,dia mempunyai paras rupa yang menawan dan sifat yang baik hati lantas membuatkan orang lain senang dengannya.Ruby yang cemburu itu mula membenci Agnes hari demi hari.

"Ruby,maafkan aku.Aku tak tahu apa yang kau sentiasa tak puas hati dengan aku.Ya,aku tahu aku tiada magis seperti semua orang.Tapi,aku juga punya perasaan seperti orang lain."

Ruby mencebikkan bibir.Menyampah barangkali.

"Kau tak tahu ke?Orang yang tiada magis ni... dianggap sebagai pembawa malang.Mereka ini seperti sampah yang tidak diperlukan oleh kerajaan mereka.Sampah.... macam kau." Ruby menunjal kepala Agnes berkali-kali.

Pete yang sudah tidak tahan itu mula bersuara."Ruby!Cukup!Agnes,mari duduk sebelah aku."

Pete menarik tangan Agnes dan membawanya ke tempat duduk bersebelahan dengannya.Wajah cantik Agnes dipandang.Gadis itu sedang menangis.Ya,menangis.

"Agnes,kau ok ke tak?" Pete bertanya.

Agnes mengangguk perlahan.Air matanya dikesat dengan tangan.Hatinya saat ini sungguh terkilan.Mana tidaknya,dia baru sahaja digelarkan seorang pembawa malang dan sampah.Siapa yang tidak sedih jika diperkatakan sebegitu rupa.Hatinya tidak setabah mana jika dibandingkan dengan orang lain.

"Aku hairan.Kau tak rasa benci ke berkawan dengan pembawa malang macam aku?" Agnes menanya dalam nada yang masih sebak.

Pete menarik nafas dan dilepaskan."Aku tak pernah rasa yang kau ini pembawa malang.Bagi aku,kau seorang puteri yang sangat berpewatakan,bijak,mempunyai paras rupa dan tidak tergedik-gedik seperti sepupu aku itu."

Agnes tergelak kecil.Tak sangka,Pete sendiri menggelarkan sepupunya seorang yang gedik.

"Maaf kalau aku buat kau susah hati.Aku ok.Terima kasih."

Pete memberikan senyuman yang manis.Cukup manis untuk membuat seorang yang sedih bersedih kembali gembira.Senyuman yang juga membuatkan ramai gadis dan puteri jatuh hati pada sang putera.

Madam Whitney masuk ke kelas bagi memulakan pelajaran masa pertama.Para pelajar tekun mendengar segala yang diajar.Tapi,Ruby pula sibuk menghias kukunya.Pelajaran yang diajar diendahkannya.

Agnes yang memerhati hanya menggeleng kesal.Tidakkah dia tahu,di luar sana rakyat jelata berkejar-kejar ingin masuk ke Akademi La Roselle.Ruby pula yang senang-senang masuk ke akademi ini tidak memanfaatkannya.Rugi sungguh.Tapi,biarkanlah.Itu pilihannya.Kita,membuat pilihan masing-masing.

***

Princess Agnes And Her Lost Kingdom [COMPLETE]Where stories live. Discover now