Bab 4

1.9K 129 15
                                    

Agnes dalam perjalanan menuju ke Perpustakaan La Roselle.Di laluannya,dia bertembung dengan Ruby.Dengan sengaja,Ruby melanggar bahu Agnes dan menyebabkan buku-buku yang dibawa oleh Agnes terjatuh ke lantai.

Ruby ketawa dengan agak kuat.Dua orang lagi sahabat Ruby juga turut ketawa.Agnes terdiam.Dia tunduk untuk mengutip kembali buku-bukunya.

Namun,nasib tidak bersamanya.Ruby dengan sengajanya membakar buku-buku kepunyaan Agnes.Jantung Agnes terus berdegup kencang.Ruby menarik rambut Agnes mengarahkan supaya dia berdiri.

Anak mata Agnes direnungnya tajam.Anak mata bewarna biru langit itu dipandangnya dalam.Hari ini,dia ingin membuli gadis tanpa magis ini.

"Girls,bawa dia ke belakang.Aku ada kerja sikit dengan dia ni." Ruby ketawa dan menunjal kepala Agnes beberapa kali.

Agnes tidak mampu melawan.Bagaimana dia hendak berlawan jika dia tidak mempunyai kuasa.Bagaimana dia hendak berlawan jika dia sedang ketakutan.Saat ini,dia benar-benar berharap agar dia mempunyai magis.

Ruby menolak Agnes sehingga dia terduduk di lantai.Lutut Agnes sedikit berdarah kerana terkena batu di atas jalan.Air mata yang sejak tadi di tahan akhirnya gugur juga.

"Apa yang kau nak buat dengan aku?" soal Agnes dalam sebak.

"Hahahahahaha... Mungkin kau tak tahu.Ya!Sebab kau mula ada di akademi ini.Semua tumpuan berkalih kepada kau!Kau tahu kan aku yang paling terkenal di sini.Jadi,aku tak mahu ada pengganggu macam kau dalam laluan aku.Lebih-lebih lagi gangguan yang MALANG macam kau!"

Terkedu Agnes dibuatnya.Kali ini,tanpa teragak-agak Ruby melempang pipi Agnes sekuat hati.Pipinya yang putih itu berubah kemerah-merahan.Bibirnya juga terdapat sedikit darah.Ruby kemudiannya mencekik leher Agnes dan mengangkatnya ke atas.

Kemudian,tangannya disalurkan dengan kuasa api agar ia menjadi panas.Dia menyeksa Agnes.Agnes pula hanya mampu menangis kerana dia tidak punya magis.

Tiba-tiba,sahabat Ruby dari kerajaan angin bersuara.

"Ruby,aku dapat rasakan satu aura magis yang kuat disini."

Ruby memandang ke belakang,kiri dan kanan.Nafasnya turun naik.Tiba-tiba dia terasa tangannya menjadi sejuk.Terus dia melepaskan genggaman pada leher Agnes.

"Apa kau baru buat?!" tengking Ruby.

"Aku...... Aku......" suara Agnes tergagap-gagap.

Dia sendiri tidak pasti bagaimana.Tetapi,tangannya yang menyentuh tangan Ruby tadi tiba-tiba membuatkan tangan Ruby menjadi sejuk.

"Kau memang perempuan tak guna!" Ruby ingin menampar Agnes namun tangannya seperti ditahan.

Akar-akar sedang berselirat pada tangan Ruby.Akar itu melilit tangan Ruby dengan kuat.Ruby terus menggunakan magis apinya untuk membakar akar-akar itu.

"Dari mana datangnya semua magis ni?!" Ruby sudah mula menjerit.

Ruby ingin menarik rambut Agnes tapi dengan pantas Agnes berdiri dan menghalakan tangannya ke arah Ruby.

Serta-merta,seluruh badan Ruby basah lencun.Dia bagaikan baru disimbah dengan air yang banyak.Ruby terkedu.Dia memandang Agnes dan Agnes memandangnya.

Dalam fikirannya hanya satu pada saat ini,tapi.... Tak mungkin.Kejadian ini bagaikan satu dalam sejuta.Tak mungkin Agnes merupakan puteri kerajaan itu.Tak mungkin.

Tapi jika benar,Agnes akan menjadi gadis yang paling berkuasa dan tidak dapat dikawal.Ruby pantas mengambil langkah perlahan-lahan kebelakang.

Dia membuat isyarat mata mengajak dua orang sahabatnya itu pergi meninggalkan Agnes.Sedang mereka berlari meninggalkan Agnes,seorang sahabat Ruby bertanyakan sesuatu.

"Kenapa kita lari dan kenapa wajah kau pucat?"

"Aku.... Aku.... Ah! Ini bagaikan sesuatu yang mustahil.Aku rasa..... Err..... Aku rasa Agnes adalah puteri dari kerajaan The Majesty."

Sahabat Ruby memandangnya dengan wajah yang tidak percaya.Ya,siapa yang hendak percaya.The Majesty adalah kerajaan yang sudah terhapus.Mana mungkin ada waris yang masih hidup.Tapi...... Mungkin juga ada bukan?

***

Note :)

So,macam mana dengan cerita fantasi ni?Apa yang korang rasa pada Puteri Agnes?Siapa sebenarnya Puteri Agnes

#TeamAgnes or #TeamRuby

Thanks for reading!
Vote + Positive Comment below!

Princess Agnes And Her Lost Kingdom [COMPLETE]Where stories live. Discover now