Bab 1

53 6 0
                                    

"Aku pergi dulu!" Kata Isya kepada rakan serumahnya Linda dengan tergesa-gesa berlari anak.

"Arghh! aku dah lambat,harap-haraplah Mrs.Chen Ai tak mengamuk!!" Omelnya sendiri apabila terjaga lewat untuk ke kelas pada jam 8 pagi dan kini sudah 8.30 pagi.Sedang dibahu menggalas beg dan ditangan memegang beberapa naskah buku dan kad pelajar yang belum sempat dipakainya dileher,dia melajukan langkahnya apabila sudah hampir dengan bilik kuliah tiba-tiba..

*Dushh* 'adoii sakitnya,siapa pula yang aku langgar ni' katanya di dalam hati sambil memegang kepalanya.Dengan pantas Isya mengutip semua bukunya yang berterabur dan meneruskan langkahnya ke bilik kuliah.Tibanya didepan bilik kuliah dia berasa hairan mengapa sunyi sepi sahaja? Isya mengeluarkan smartphone miliknya untuk memeriksa WhatsApp tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk daripada rakannya, Aina yang memberitahu bahawa kelas dibatalkan kerana pensyarah mereka ada hal kecemasan.

"Haishh.." Terduduk Isya mengeluh dengan kepenatan berlari kerana lewat bangun dengan tidak sempat bersarapan ditambah terlanggar makhluk yang entah dia tak sempat melihat rupanya.Berjalan longlai dia pulang ke rumah sewanya nasib baik dekat sahaja dengan kolejnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Nur Maya Airysha? Macam pernah dengar jer nama ni.Tapi kat mana ekk ?" Berfikir Naufal sambil memegang kad pelajar perempuan yang melanggarnya tadi.

"Argh! Entahlah lupakan je lah" katanya sambil memasukkan kad pelajar tadi di poket kemejanya dan berjalan ke arah rakan-rakannya yang sedang berbual-bual di cafe.

"Heii bro, sorry lambat" kata Naufal kepada rakan-rakannya yang semakin riuh dengan kehadirannya."Sokay arh bro" kata Taufiq salah seorang rakannya lalu sambung perbualan mereka,bertukar-tukar cerita diantara mereka berempat.'Maya?' Sedang asyik mereka berbual tiba-tiba Naufal teringat akan nama perempuan tadi lalu meminta izin kepada rakannya untuk beredar.

Kemana harus dia mencari orang yang telah lama menghilangkan diri setelah tamat zaman sekolah menengah itu?. Dia tidak mahu kehilangan lagi gadis yang telah mencuri hatinya sekian lama dahulu.

*5 tahun yang lalu*

Isya sedang berbual-bual dengan rakan karibnya."Aku suka lelaki yang cool,baik,gentle,hormat orang and... " belum sempat Isya ayatnya Naufal terlebih dahulu berkata "Ehh,ko takyah nak berangan lelebih kalau ko suka diorang pun diorang takkan suka kat ko.Ko tu gemuk sape nak kat ko" kata Naufal kepada gadis berbadan gempal berkulit kuning langsat "Ehh sukati aku arhh,ade je yang nak kat aku" balas Isya."Eayy sape orang yang malang tu? Sekali ko hempap dia abis terpenyek." sindir Naufal.

"Aku.Aku orang malang yang kau cakap tu tapi aku juga orang yang bertuah" kata Hariz yang sedang berjalan kearah mereka."Awak,dia ni buli awak ea?" Kata Hariz kepada Isya. "Ha'ah wakk,sakit hati kite wakk" balas Isya dengan nada yang manja sekali membuatkan Naufal begitu cemburu dengan pasangan itu lalu berjalan pergi dengan muka yang tak puas hati terhadap Hariz.

Dia tahu bahawa Hariz Danial kenalannya dari sekolah rendahnya itu memang lelaki yang bermulut manis dan akan membuatkan gadis-gadis cair apabila berbual dengan Hariz, berbanding dengan dirinya yang cara percakapannya agak kasar dan dia juga seorang yang ego tidak suka meluahkan perasaan terhadap gadis yang telah mencuri hatinya sejak tingkatan satu dan sehingga sekarang tingkatan 4.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Naufal mengingati kisah 5 tahun dahulu sambil berjalan menatap kad pelajar perempuan yang dipegangnya.

*Dushh* terperanjat dia apabila dirinya melanggar seorang siswi.Mana tidaknya mereka berjalan tidak menghadap ke hadapan tetapi menghadap kebawah.

"Ehh, tu kad saya camna boleh ada kat awak?" Kata Isya lalu merampas kadnya daripada tangan lelaki yang mungkin sekolej dengannya.

"Maya!!" Menjerit Naufal kegembiraan tanpa sedar dibibirnya terukir senyuman manis.Wajah yang sekian lama dia rindui, baru sebentar tadi dia teringat kini hadir didepan matanya.'Jodoh aku dah sampai weii' katanya didalam hati.Gadis itu yang dulunya berbadan gempal kini sudah menjadi seorang remaja yang cantik sekali.

"Maya? Awak sape??" Kata Isya kebingungan.Otaknya mentafsir sambil  menilik wajah didepannya itu, tiada siapa yang pernah memanggilnya dengan nama itu kecuali lelaki yang sering menyakiti hati iaitu..."Hahhh!!! Naufal Iskandar??" Terjeritnya tidak percaya.Mengapa lelaki yang dia cuba untuk tidak mahu berjumpa boleh sekolej dengannya??

"Iyee,saya" balas Naufal yang masih tidak lekang dengan senyuman manisnya itu.

"No no no!! Aku tak nak jumpa kau!!" kata Isya lalu terus melajukan langkahnya untuk pulang segera ke rumah sewanya.

"Awakk!! Saya mintak maaf!!" Jeritan Naufal tidak diendahnya dan meninggalkan lelaki itu jauh di belakangnya.

"Haishh..apalah nasib aku dah lah lama tak jumpa bila jumpa balik tinggalkan aku camtu ja.Balasan aku kot hmm tapi tak mengapa kita sekolej.Kalau dah jodoh tak ke mana,sayang" Omel Naufal sendiri seperti orang gila bayang.

~~bersambung~~

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 03, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pembuli Si Pengubat LukaWhere stories live. Discover now