Unicorn [S.Coups]

3K 244 38
                                    

*[ONESHOT] Last From Me, Unicorn For You 당신은 지난 (S.Coups Seventeen)*

"Kita putus."

Seung Cheol tergamam. Matanya yang tadi fokus pada tasik terus merenung Aira yang ada di sebelahnya. Wajah gadis itu tidak beriak. Bersahaja. Tiada perasaan.

"Apa awak cakap?"

"Kita... putus." Aira pusingkan tubuhnya dan memeluk tubuh. Sementara Seung Cheol pula masih kaku. Tidak berkata apa. Terkejut.

"Kenapa?" Seung Cheol menanya. Aira menarik nafas. Berat. Dia melihat Seung Cheol atas bawah.

"Awak tak cukup untuk saya."

"Saya? Saya yang kurang? Cakap, apa yang kurang. Saya cuba buat." Kata Seung Cheol, bersungguh. Dia cuba memegang tangan Aira tetapi pantas sahaja Aira menepis.

"Jangan pegang saya. Choi Seung Cheol, listen. Awak... miskin. Okay? Awak tak layak dengan saya... and... awak tak boleh dengan saya. Kita tak boleh go. Kita, memang, tak boleh. So please... setakat ni je. Okay?"

Seung Cheol mati kata. Matanya merenung anak mata Aira, tajam. Dia tidak terluka, tetapi dia rasa pedih. Pedih pada sudut hatinya yang paling dalam. Rasa tidak tenteram. Rasa tidak boleh terima kenyataan, bahawa hubungan dia bersama Kim Aira tamat di sini.

"Ada apa-apa lagi yang awak nak cakap... sebelum saya... pergi?" Aira berkata lagi. Tetapi tidak memandang wajah Seung Cheol. Sikit pun tidak. Entah, hatinya juga pedih. 2 tahun bersama dengan Seung Cheol, banyak kenangan yang diukir bersama. Tetapi ego, dia berani ucapkan kata putus. Bodoh Aira, bodoh.

"Aira... boleh tak kita lanjutkan lagi sikit?" Pinta Seung Cheol, lembut suaranya. Serupa merayu.

"Tak. Sikit bagi awak, banyak bagi saya."

"Sekejap je, Aira. Sekejap je. Seminggu. Please..."

"No! No! No! I said, no. Okay, Seung Cheol." Aira mula tinggikan suara dan menapak ke belakang beberapa tapak. Ingin pergi. Dia mula rasa rimas. Tetapi Seung Cheol maju mendekati Aira. Dia masih tidak rela.

"Aira please... esok je. Kita lanjutkan sampai esok. Lepas tu, kita putus. Na... nae?" Bibir Seung Cheol bergetar. 24 jam. Bolehlah. Cukuplah buatnya. Walaupun ianya sangat singkat.

"Seung Cheol, awak menyusahkan saya." Aira mengeluh. Dia tak suka.

"Please, say..."

"Okay, okay, okay. Sampai esok je. Okay?"

"Hmm..." Seung Cheol angguk. Perlahan-lahan senyumannya terukir pada bibir. Nampak bahagia.

"Okey. Baguslah. Saya nak balik rumah. Dah petang." Aira membetulkan beg tangan dan memusingkan tubuh untuk beredar.

"Aira!" Seung Cheol panggil lagi, tanpa teragak. Aira berhenti. Tetapi tak pusingkan tubuh. Seung Cheol menanti Aira pusingkan tubuhnya seperti selalu dan senyum apabila dia memanggil, tetapi dia tahu Aira tidak akan buat gitu. Dia menunduk, akur.

"Saya hantar awak sampai rumah."

"Tak payahlah. Dah ada orang lain tunggu saya." Kemudian tidak lama selepas itu, muncul pula sebuah kereta yang terpakir elok di hujung jalan jambatan tasik ini. Kereta mewah. Seung Cheol gigit bibir.

"Siapa tu?" Dia tidak menyebut kuat, sekadar untuk diri sendiri. Aira yang melihat kereta mewah itu berhenti, terus lupa Seung Cheol. Dia berlari anak sambil tersenyum manis. Seung Cheol mula faham. Dia menunduk dan pejamkan mata.

_'Dia dah ada pengganti aku.'_

******

Bersemangat Seung Cheol hari ini. Pagi-pagi lagi dia sudah menelefon Aira, hendak membawa gadis itu berjalan-jalan di sekitar taman. Sebab itu senyumannya hingga ke telinga. Dia tahu, Aira tak suka. Tapi tinggal hari ni jelah tempoh yang ada. 24 jam. Esok dah tak ada dah. Hari ni. Sahaja.

[COMPLETED] Last AND Forever (SEVENTEEN SAD ONESHOT IMAGINE)Where stories live. Discover now