Pada suatu khamis malam jumaat,
Bertarikh 1 Disember 2016,
Ada satu majlis khatam al quran kat taman kawan Abang aku yg bernama Ammar Zahin..Taman tu agak jauh dari rumah aku,
Lepas solat isya,dan mendapat keizinan ibu, aku dan abang aku start motor gerak ke taman tu. Motor dibawa abang aku manakala aku sebagai pembonceng
Tapi kitorang ikut jalan dalam iaitu jalan kampung.Cuaca pada malam tu hujan renyai,
Jalan dalam yg digunakan sangat gelap.
Sebabnya berada di antara highway dan pokok kelapa sawit.
Sedang dalam perjalanan..
Dalam kegelapan itu , di bahagian belakang belah kanan aku.
Terlihat satu objek putih. Agak ganjil bila dalam satu kegelapan yg teramat sangat, boleh terlihat suatu objek putih yg jelas tanpa samar2. Aku perhatikan lagi objek tu..rupanya objek itu ialah kepok. Ianya terapung pada paras dada aku yg sedang membonceng motor, ia mengekori aku sejak masuk kebun kelapa sawit tu lagy. Mujurlah aku tak terkejut.
Sampai satu kawasan, bende tu tak ikut lagi. Tapi gangguan tak berhenti kat situ je.
Dalam perjalanan tu,
Kami lalu di sebuah kawasan yg berada dibawah highway.
Waktu tu aku terlihat kelibat pontianak sedang bersandar pada satu tiang elektrik dengan memegang sesuatu sepeeti beg plastik berwarna merah.Akhir sekali, kitorang lalu di sebelah sebatang sungai dan aku terlihat satu susuk tubuh yang separuh dari lutut sehingga kepala sedang berada terapung diatas permukaan air sungai tersebut dan sedang mengocak ngocak air sungai tu..tak tahulah kenapa..
Setibanya di destinasi, aku tak menceritakan pada abang aku, kerana takut2 dia lemah nak bawa motor dalam perjalanan balik nanti.
Tetapi, tiba2 abang aku kata nak balik ikut jalan besar, so, aku rasa tak salah kot kalau aku cerita pada dia.
Lepas aku cerita je..abang aku kata..
"Zahin sebelum ni pernah sorang2 lalu situ, tapu yelahkan..hijab zahin ni tebal tak macam kimi..so just nampak kelibat2 putih jer.."Tapi alhamdulillah, sebab bagi aku..bende2 yg aku nampak tadi tak mengganggu perjalanan kami.. Selesai majlis khatam tu..kitorang pun balek ikut jalan besar tanpa rasa yg takut..
YOU ARE READING
P I N T U
Siêu nhiênHijab ada pintunya..Aku membuka dengan niat dan menutup dengan surah Al -falaq..walaupun tak tertutup sebenar benarnya..tapi aku dapat membezakan penglihatan ketika PINTU ini terbuka dan tertutup.Cerita kali ini adalah penampakan yang aku lihat seja...