Niqabis.
Aku hormat mereka.
Kerana niqabis ini kuat.
Hati mereka cekal.
Sedangkan aku sendiri tak sekuat mereka untuk berniqab, berpurdah.
Tapi disebabkan seorang niqabis yang aku kenal, hormat aku padanya serta merta hilang.
Kerana apa?
Kerana dia terlalu dambakan cinta sang ajnabi.
Cinta yang masih belum pasti.
Sampai dia sanggup jatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita berniqab demi ajnabi.
Demi lelaki yang belum sah bergelar suami.
Ikhtilatnya ditolak ke tepi.
.
Duhai para niqabis.
Mungkin aku bukanlah wanita berniqab.
Tetapi aku juga wanita.
Sama seperti kalian.
Pesan aku, janganlah jatuhkan maruah kalian demi lelaki yang belum sah bergelar suami.
Kerana kita perempuan, punya maruah yang perlu dijaga.
Dan ikhtilat yang perlu diambil cakna.
Semoga aku dan kalian semua Allah jaga.
Amiin.
YOU ARE READING
Puisi ... ✔️
DiversosHanya puisi pendek. Tentang diri aku. Dan mungkin juga kamu. Serta Dia Sang Pencipta. ©Copyright Reserved 90% idea penulis. Highest Ranking : #1 on Puisi Pendek