Laura mensisip Teh Hijau miliknya sambil melihat skrin telefonya sementara menanti kawannya tiba. Dia mengeluh kecil. Macam ini lah kalau berjanji, kata pukul 5 pukul 6 baru nampak batang hidung. Dah dekat satu jam dia duduk di kafe itu untuk janji yang dibuat oleh kawanya sendiri. Orang yang terima janji lagi cepat daripada orang yang berbuat janji. Letih! Dia bukanlah seorang yang penyabar sangat sampai kena tunggu orang berjam-jam. Orang kata, jangan buat orang lain tertunggu-tunggu kita kerana kita dah curi masa orang lain.
"Laura, sorry lambat." Kata Anis
"Lamanya. Penat aku tunggu. Berangan aku dah, termenung dah, semua aku dah buatlah tunggu kau dari tadi." Bebel Laura pada Anis disebabkan kelewatannya untuk berjanji temu.
"sorry sangat sebab aku tertidur tadi.. sorry." Pinta Anis untuk sekian kali.
"ok" jawab Laura.
"wey, ko nak tau tak ada mamat kirim salam kat kau! Huishh.. hebatlah kau. kau pakai ilmu apa huh sampai ada yang kirim salam. Cemburu aku." Teruja betul Anis ni bercerita
Tersenyum sumbing dia apabila mendengarkan carita yang disampaikan oleh Anis ni. Nak gelak pun ada. Bagi dirinya hal itu bukanlah suatu benda yang penting untuk disampaikan kepadanya. Dia tahu mana duduk asalnya. Dia nukan perempuan yang terlalu cantik, dia juga bukan perempuan yang terlalu baik. Dia adalah seorang manusia yang biasa-biasa sahaja. Semua perkara tentang dirinya biasa.Dia tak tahu celah mana lelaki ini minat pada dia. Laura layankan sahaja cerita yang disampaikan oleh kawannya yang satu ni.
"Huh ada lagi ke manusia yang guankan cara mengorat kuno ni. Dah basi lah. Ni dah zaman Pak Najib. Move on lah sikit mamat tu kirim salam bagai ikit cara Pak Najib jugak." Laura tergelak kecil apabila ada orang mengirim salam pada dirinya.
"alah, dia kirim salam tau dekat kau, dengan aku dia tak nak pulak. Untung kau."
"hensem tak mamat tu?" Tanya Laura. Saja nak panaskan cerita ni. Untung mana tahu.
"hensem! hensem sangat! cair kejap aku!" Laju saja jawapan yang keluar dari mulut Anis untuk mengiakan pertanyaan Laura.
"hahahahhah" gelak Laura kuat sedikit menyebabkan pelanggan-pelanggan yang ada disitu menoleh kearah dia.
"ok, jom lah kita mengurat dia. Kau pon nampak berminat."tambah Laura.
"aku on aja. hehhehe" kata Anis.
Ah, perempuan kalau tak bercerita pasal gosip tu bukan perempuan lah namanya. Isu lelaki itu pasti menjadi topik dan isu yang wajib untuk diceritakan apabila berjumpa bersama. Kerana bagi perempuan mahupun lelaki isu berlainan jantina ini sangat menarik untuk dibahas dan dikupas sepenuhnya. Jadi, sebab apa mereka ini hendak berjumpa? Berjumpa hanya untuk bergosip? Why not? That we call chit chat tea time lady. Ehh, iyeke.. Apa-apa je lah..