BAB 3

303 24 4
                                    

DAH lama sangat Ariana tak shopping sakan. Kali terakhir dia bershopping ialah sebulan yang lepas. Lama jugalah. Since hari ni aku dapat gaji, baik aku guna untuk beli baju dengan kasut baru sebab baju aku kat rumah pun dah lusuh aje walaupun tak semuanya lusuh. Kasut yang aku pakai ni pun tapak dia dah haus macam setahun berjalan kat gurun. Sebelum kasut ni berlubang dan arwah, baik aku beli baru. Ariana bermonolog di dalam hati.

Kini matanya melihat terpampang besar tulisan 'Nashrin Boutique' di atas pintu masuk butik itu. Ape lagi? Serbulah!

"Weh, cantik tak baju ni?" Soal Ariana cuba mendengar pendapat Sophie.

Jari telunjuk Sophie sudah bergerak-gerak di bibirnya. "Hmm, okey boleh tahan.. Warna baju tu pun sesuai sangat dengan kulit kau.."

"Ueker Fi? Tudung apa yang matching dengan baju ni ehh?" Kini tangan Ariana lincah membelek-belek kain-kain tudung yang tergantung cantik di depannya.

"Hmm, I rasa tudung ni sesuai sangat dengan you.." Terkejut beruk Ariana bila disergah begitu oleh owner butik, Nashrin. Lembut berkrim suara dia.

"Yeker?" Soal Ariana sambil melorotkan pandangannya pada kain tudung di tangan Nashrin.

"You pergi try dulu.." Arah Nashrin ramah. Dia menghulurkan kain tudung berwarna light pink itu kepada Ariana.

Ariana mencapai huluran Nashrin. "Thank you.. Saya pergi try dulu ye?" Senyuman dilemparkan sebelum Ariama melangkah masuk ke dalam fitting room.

"Can I help you Miss?" Kini Nashrin beralih kepada Sophie.

Lima minit kemudian, Ariana keluar daripada fitting room. Tubuhnya tersarung dengam gaun labuh dam tudung yang berwarna merah jambu cair.

"Wow! You looks soo gergous! Yoo looks like Mira Filzah actually! Wow!" Bertubi-tubi Nashrin puji Ariana.

Aish! Ni yang buat aku kembang hidung tahap cipan tak sudah ni. Pantang kena puji sikit, mulalah nak perasan santan.

Okey, beli baju dah selesai. Kini, butik kasut pulak menjadi sasaran Ariana dan Sophie. Selesai itu juga, Ariana dan Sophie membuat keputusan untuk pulang. Tiada sebab lagi hendak berlama-lama kerana dah nak hampir 12:00 tengah hari. Nak balik makan.

"Alamal, Fi! Kau tunggu aku kat kereta kejap ehh. Nanti aku datang.." Ujar Ariana tiba-tiba menghentikan langkahnya.

"Kenapa pulak ni? Kau nak pergi mana?" Sophie pelik.

Ariana tersengih. "Nak pergi toilet!"

"Macam-macamlah kau ni. Okeylah, alu tunggu kat lereta." Ujar Sophie.

Ariana terus berlari masuk semula ke dalam pusat membeli-belah itu. Setelah melepaskan hajat, dia keluar dan berjalan pantas menuju ke tempat parkir kereta. Dia bimbang Sophie yang sudah lama menunggu.

Ketika dia terkocoh-kocoh mahu cepat kembali ke kereta, Ariana tidak sempat mengelak apabila ada sepasang kekasih sedang berjalan sambil bergurau-senda tanpa menyedari Ariana di hadapan mereka. Apa lagi, masing-masing tidak dapat menekan brek dan terus berlanggar.

Ariana terdorong ke belakang. Si perempuan yang ketika itu sedang memegang secawan minuman ringan, telah tercurahkan minuman itu ke atas baju Ariana. Kalut Ariana mengibas-ngibas bajunya yang basah terkena air. Menyirap darah Ariana dibuatnya. Insiden itu mendapat perhatian oramg ramai yang lalu-lalang di situ.

"Sorry. Awak okey ker?" tegur si lelaki.

Ariana seakan pernah mendengar suara itu. Pantas, dia mendongak ke wajah pemilik suara itu. Bulat matanya tatkala terpandang wajah pasangan itu. Mukanya sudah merah padam. Mamat mereng dan minah seksi! Edzuary dan Qaseh!

AWAS KALAU DAH SUKA!!Where stories live. Discover now