Bab 2: Usia Remaja Yang Mendebarkan - Ayahku Akan Berkahwin!

245 7 0
                                    

Novel Asal Tulisan Chai Jidan. Diterjemah Daripada Bahasa Cina Kepada Bahasa Inggeris Oleh JustBLThings.


"Xiao Hai, saya dah tempah jamuan makan. Pukul berapa kita nak bertolak esok?"

"Ada aku kata aku nak pergi?"

Senyum kecil terukir di bibir Sun Jing Wei meskipun kedua belah bibirnya itu tertutup rapat. Hembusan angin dingin tiba-tiba meniup hidungnya. Anak nakal itu sangat susah untuk difahami dan sering bersikap keras kepala, tidak pernah mahu bertolak ansur dalam apa jua hal.

"Kamu tak boleh membantah. Ini arahan daripada ketua."

Gu Hai berdiri. Lagak tubuhnya yang tegap dan mantap jelas menonjolkan keturunan ketenteraannya. Dia mundar-mandir secara tidak terkawal, menampakkan aura maskulinnya.

"Satu-satunya cara untuk aku ke sana ialah ketua sendiri datang mengheret aku dengan pasukannya."

Saat ayat itu lembut diungkapnya, sudut mata Sun Jing Wei mulai berkerut.

"Janganlah macam ni. Cik puan sudah lama tiada dan ketua pula umurnya sudah hampir empat puluh. Kamu tak mahu tengok dia hidup bersendirian kan?"

Kata-kata Sun Jing Wei itu ternyata menyakitkan hati Gu Hai.

"Aku tak akan maafkan dia atas apa yang jadi pada ibu aku."

Sun Jing Wei lekas merapati Gu Hai, suaranya berbisik ke telinga anak itu. "Xiao Hai, janganlah cakap macam ni. Kalau ketua dengar nanti, nahas kamu. Apa yang terjadi pada Cik Puan itu satu kemalangan. Lagipun, keputusan daripada pihak forensik pun sudah jelas kan? Kenapa kamu masih syak sesuatu daripada ketua?"

"Sudahlah! Hentikan! Aku dah tahan dengar semua ni."

Sun Jing Wei berundur beberapa langkah lalu tabik hormat diberikan kepada Gu Hai.

"Besok saya akan datang jemput kamu."

•••

Gu Hai menghabiskan waktunya seharian di kelab lawan pedang. Dia membuka topeng. Sepasang tangan yang sedikit kasar tiba-tiba menekup kedua-dua belah matanya.

"Jangan bergerak."

Jin Lu Lu perlahan-lahan mengalihkan tangannya. Lalu jelingan mata kedua-dua mereka bertemu. Gu Hai meletakkan tangannya di pipi Jin Lu Lu. Pipi gadis itu dibelai lembut beberapa kali sehinggakan dia tidak dapat menahan tawa.

Jin Lu Lu sekarang adalah teman wanita Gu Hai, dengan ketinggian 1.72m dan berat sekitar 40kg.

Mungkin tidak masuk akal jika mahu menggambarkan gadis itu sebagai seorang gadis yang sempurna. Masakan tidak, bahagian belakang dan dadanya hampir sahaja bersentuhan. Mungkin apa yang dimahukan oleh lelaki di luar sana tiada langsung pada dirinya. Kalau kau rasakan dia cantik, maka kau silap.

Kulitnya agak keperangan dan dia hanya mempunyai satu kelopak mata. Pada wajahnya pula, hidung dan mulutnya hampir saja mendatar.

Barangkali kau tidak dapat mengagak bahawa di seorang gadis jika kau melihatnya dari jauh. Dia mungkin seorang gadis hodoh yang hanya diidami oleh lelaki-lelaki tua yang kaya.

"Kenapa kulit kau nampak gelap?"

Gu Hai mengukir senyum kecil disebalik cahaya samar dari tingkap yang menerangi wajahnya.

"Akhir-akhir ni, aku kerap pergi berenang."

Jin Lu Lu mengikuti Gu Hai ke ruangan rehat, menghulurkan dua helai tisu kepada teman lelakinya untuk menyapu peluh yang memenuhi badannya.

Setiap kali dia mendekati Gu Hai, dia dapat menghidu bau aroma keringat yang bercampur bau tembakau.

Jika dia menutup matanya, dia dapat membayangkan bagaimana Gu Hai telah menjadi seorang lelaki yang matang di usia separuh abad. Tetapi, apabila matanya di buka kembali, dia hanya dapat melihat Gu Hai sebagai seorang remaja yang dipaksa untuk membesar dengan pantas.

"Kau tengok apa, gadis bodoh?"

Gu Hai meregangkan tangan lalu menarik Jin Lu Lu kedalam pelukannya. Dia menghela nafas lembut. "Ayah aku akan berkahwin. Majlisnya esok."

"Cepatnya."

Jin Lu Lu mengangkat kepalanya. Memandang Gu Hai dengan pandangan yang tajam. "Macam mana dengan kau? Kau nak pergi atau tak ke majlis kahwinnya?"

"Kau rasa aku patut pergi atau tak?"

"Ya, mestilah kau kena pergi. Kau kena buatkan isteri baru ayah kau tu faham yang kau juga sebahagian ahli keluarga ni. Dia tak akan berani buat apa-apa hal."

Apa yang mampu dilakukan Gu Hai hanyalah memendamkan ketidakupayaannya jauh ke lubuk hati.

"Aku cuma tak nak tengok mereka berdua. Mereka sebenarnya dah berkenalan sebelum kemalangan itu menimpa ibu aku. Sekarang, dengan statusnya begitu memang senang untuk dia kahwin lagi. Kalau aku tak cakap pun kau akan faham kan?"

"Kau tak fikir benda ni akan bertambah rumit?"

Gu Hai meminum dua teguk air dari gelasnya. Halkumnya turun naik. Jin Lu Lu yang memandang dengan perasaan geli hati cuba untuk mencuit halkum teman lelakinya itu. Hampir-hampir saja dia tersedak.

"Katakanlah, kalau aku bawa sekumpulan wartawan untuk buat liputan di majlis kahwin itu, adakah ia akan berikan kesan negatif ke atas mereka berdua?"

Jin Lu Lu terkejut mendengar kata-kata Gu Hai. "Kau nak huru-harakan majlis kahwin mereka?"

"Aku memang dah lama nak balas dendam pada ayah."

"Tapi, aku tak rasa mengundang wartawan satu idea yang baik. Meskipun mereka dapat membuat liputan di sana, belum tentu lagi pihak stesen tv mahu menyiarkannya dalam berita dan hasilnya usaha kau hanyalah sia-sia."

"Kau silap. Tujuan sebenar aku bukanlah mahu menyiarkan berita itu di dalam tv. Aku cuma mahu para wartawan ke sana dan membuatkan ayah dan wanita itu terpaksa menghadapi kesulitan untuk menghalau mereka sehinggakan perkahwinan tersebut dihentikan. Setelah itu, siapa yang akan gembira dengan perkahwinan tu?"

"Ohhh" Jin Lu Lu kehairanan. "Baru aku faham sekarang. Kunci utamanya bukan pada wartawan, tapi situasi yang akan dilalui oleh kedua-dua mereka. Kau cuba untuk menimbulkan kebimbangan di antara mereka yang berada di sana, kan?"

"Kau bijak sekali."

Percikan kebiadapan menyala dalam mata Gu Hai.

Are You Addicted? (Bahasa Melayu)Where stories live. Discover now