Episode 5

8.5K 503 1
                                    

Pintu rumah Kayna dibuka dan Kayna memasuki rumahnya. Dia mula mencari Ariel.

"Ariel, kau kat mana?" Dia mencari-cari kelibat Ariel yang tiada di dalam rumahnya. Setelah mencari didalam rumah dia keluar untuk melihat di belakang rumahnya.

Sampai saja di luar, dia melihat Ariel sedang tidur di buaian. "Patutlah tak dengar aku panggil. Tidur."

Kayna mula mendekati badan Ariel yang tertidur. Dia duduk mencangkung dan menatapi wajah Ariel yang sebelum ini dikatakan kacak olehnya.

"Kacak tu memang, tapi sebab tak ada senyuman, hilang dah." Kayna mengumpat sendirian di sebelah Ariel. 'Nasib baik tidur.' Fikir Kayna.

"Bila kau balik." Tiba-tiba Ariel bersuara dan membuat Kayna terkejut.

"Eh? Bukan kau tidur ke?" Kayna mula rasa cuak. Dia takut Ariel mendengar apa yang dikatakan olehnya.

"Aku tak cakap pun yang aku tidur." Masih tanpa perasaan di wajahnya.

"Ooh." Wajah Kayna mula merah kerana malu. Apa yang dirisaukan menjadi. "A-aku baru je b-balik tadi." Dia memusingkan badannya takut Ariel melihat wajahnya yang sangat merah.

"Pelik. Kenapa kau tak bagi je semalam surat tu?"

"Aku dah cakap kan aku tak nak dia cari aku. Sekarang ni dia ada kat sekolah jadi aku hantar kerumah dia je."

"Apa-apa je lah. Cepat berkemas. Kita nak pergi." Ariel mula bangun dari tidurnya dan bergerak kedalam rumah Kayna.

"Menyuruh je yang dia suka. Cuba ada senyuman sikit, boleh aku terima arahan dia." Umpatan sudah keluar setelah Ariel masuk.

"Jadi, macam mana nak pergi ke dunia tu?" Kayna bertanya kepada Ariel.

Sekarang mereka berada di ruang tamu rumah Kayna. Barang yang

"Dengan ni" Ariel menunjukkan pergelangan tangannya yang terdapat sebuah bulatan seperti bulatan magik.

"Apa benda tu?"

"Ni portal yang dipinjamkan dari profesor aku.

"Ooh."

"Kau dah sedia dah?"

"Yup."

"Apa yang kau bawak tu.? Benda penting je kan?

"Ye. Beberapa pakaian dan hadiah dari Zea. Tu je. Cepatlah."

Ariel membisikkan sesuatu lalu bulatan tadi terbang dari tangannya dan menjadi lebih besar. Ia mendarat di tengah-tengah ruang tamu rumah Kayna.

"Jom." Ariel menarik tangan Kayna dan mereka berdiri di tengah-tengah bulatan itu. Kayna merasa takut kerana ini adalah kali pertama dia melakukan benda yang luar biasa seperti ini. Kerana takut dia menggenggam tangan Ariel.

"Jangan takut." Dia membalas genggaman tangan Kayna.

Bulatan tadi bercahaya dan menghilang sekali dengan badan mereka yang berada di atasnya.

Portal yang mereka gunakan tiba di sebuah padang ditengah-tengah sebuah bangunan yang besar. Di tepi bulatan portal itu pula berdirinya dua orang lelaki dan seorang wanita mengelilinginya.

"Kayna, dah sampai"

"Eh? Dah eh?" Kayna membuka matanya yang tadi ditutup kerana takut.

"Selamat datang ke Altar." Salah seorang lelaki tadi menyambut kedatangan mereka. Dia tersenyum kearah Kayna dan Ariel.

"Altar?" Kayna yang baru mendengar nama itu bertanya kepada lelaki tadi.

"Altar nama dunia ni." Ariel menjawab pertanyaan Kayna. Dan Kayna hanya membulatkan mulutnya sambil mengangguk.

Wanita yang tadi bersama mereka mendekati Kayna dan melihat wajah Kayna. Dia tersenyum kearah Kayna.

"Apa nama kamu." Wanita yang bersama mereka tadi menanya Kayna.

"Nama saya Kayna Silveria." Jawab Kayna sambil tersenyum kearah wanita tadi.

"Masih sama nama kamu ye."

"Eh?" Kayna berasa pelik dengan apa yang dikatakan oleh wanita itu.

"Tak ada apalah." Wanita itu tidak menjawab malah hanya tersenyum memandang Kayna yang kebingungan.

"Sudahlah. Ariel mesti penat. Ariel bawa dia kerumah." Lelaki terakhir tadi menyampuk perbicaraan mereka dan menyuruh Ariel membawa Kayna.

"Baik, Prof."

"Jom Kayna." Ariel menarik tangan Kayna untuk pergi dari tempat tadi.

"Kalau ye pun jangan la tarik tangan aku terus. Aku boleh jalan sendiri la."

Ariel melepaskan tangan Kayna dan mula berjalan dihadapan manakala Kayna pula mengikutinya.

"Kita nak pergi mana pulak ni Ariel?"

Ariel tidak menjawab pertanyaan Kayna malah terus berjalan. Kayna yang dihiraukan pula mengumpat di dalam hatinya. 'Hati ais betul la dia ni.'

"Lelaki yang kau panggil Prof tadi tu kata bawak pergi rumah kan? Rumah apa?" Kayna masih ingin berbicara dengan Ariel walaupun dia mungkin akan dihiraukan sekali lagi.

"Rumah kumpulan kita. Cepatlah yang lain dah tunggu." Kayna lega mendengar Ariel menjawab soalannya, tapi dia berasa pelik lagi.

"Kumpulan? Yang lain?"

"Nanti kau tau lah. Ikut je."

"Ok. Tapi jauh ke?"

"Agak jauh."

"Dah tu naik apa? Tak kan jalan kaki je?"

"Kita akan naik kuda aku."

"Eh? Sini ada kuda ke?" Kayna yang mendengar ayat kuda menjadi seronok kerana dia tidak pernah menunggang kuda.

"Ye. Memangnya kat dunia manusia tak ada kuda ke?"

"Mestilah ada. Cuma tak guna kat jalan raya macam tu. Kalau nak jalan jauh tu selalunya guna kenderaan."

"Kenderaan apa."

"Kereta, motor, banyak la."

"Kereta dan motor tu apa?"

"Eh? Kau tak tau. Kat sini tak ada?"

"Kalau aku tau aku tak kan tanya. Dah la. Habiskan tanya jawab ni."

Ariel menghabiskan perbualan antara mereka setelah sampai diluar bangunan tadi. Dia membawa Kayna kearah seekor kuda putih berdekatan.

"Ni kuda aku. Kita akan naik ni." Kayna yang melihat kuda itu sangat kagum.

Ariel menaiki kuda itu dulu lalu menyuruh Kayna naik dibelakangnya. Kayna menuruti apa yang disuruh Ariel. Setelah kedua mereka naik diatas kuda tersebut, Ariel mula membuatkan kuda tersebut bergerak ke destinasi mereka.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now