"ARGHH!!!"
Terbangkit tubuh Edzuary daripada perbaringan. Dadanya yang hanya dilapisi singlet putih berombak kuat. Kemudian dia kembali menyandarkan tubuh pada kepala katil. Keluhan demi keluhan tercetus lemah dari bibirnya yang merah.
"Kenapa aku tiba-tiba mimpi pasal kejadian tu?" Edzuary bermonolog seorang diri di atas katil.
Sudah sekian lama kejadian hitam itu berlalu. Mungkin kerana terlalu kerap memikirkan kejadian itu, begitu sukar baginya untuk melupakan segala-gala yang berlaku di depan matanya ketika itu.
"Kau memang tak guna Julia!" Bentak Edzuary keras.
Tangannya lemah mencapai tuala miliknya lalu menapak perlahan ke bilik air. Singlet putih dibuka sebelum air shower membasahi tubuh sasanya.
........................................................................
ARIANA memarkir kereta Myvi kuning cair milik Uminya di luar pintu rumah. Nampak satu kereta mewah hitam berkilat terletak cantik di kawasan selalu tempatnya parking sebelum ini. Dari jauh lagi dah boleh agak yang kereta itu jenama Macedez Benz. Satu je persoalan dalam kepala Ariana. Milik siapa?
Walaupun kepala sarat dengan persoalan, Ariana tetap juga melangkah ke arah pintu masuk rumah.
"Assalamualaikum." Macam biasa, salam diberi.
"Waalaikumussalam. Ana, dah balik?" Puan Saleha tersenyum menyambut anak daranya pulang.
Pelik.. Umi sambut dia balik? Tangan Uminya disalam dengan penuh lemah-lembut.
"A'aa, Umi. Kak Roziah tutup kedai awal hari ni. Sebab tu Ariana balik cepat. Ada saudaranya nak kahwin esok." Jelas Ariana.
"Umi.. Siapa datang?" Ariana berbisik kepada Uminya. Taknak bagi tetamu dengar.
"Kawan Abah, Uncle Erizal. Masuklah. Jumpa dia dulu."
Ariana cuma akur. Dia membontoti Uminya menuju ke ruang tamu rumah. Sampai di ruang tamu, Ariana nampak seorang lelaki sebaya Abahnya sedang duduk di atas sofa. Walaupun dah berumur, tapi masih segak. Tak kenal, tapi senyuman manis tetap dihulurkan.
"Ana dah balik?" Mesra Encik Zafri menegur anak daranya. Ariana senyum lagi sebelum bersalam dengan Abahnya.
"Dah, Abah."
"Haa.. Erizal, ni la anak aku yang aku cerita. Ariana Elisya."
"Dah besar rupanya anak kau ye, Zaf. Dulu aku tengok, comot je. Sekarang ni, dah besar panjang. Cantik pulak tu." Tan Sri Erizal puji Ariana. Sejuk matanya melihat raut tenang dan lembut anak sahabatnya itu walaupun kali pertama bersua muka.
Ariana pulak rasa macam nak terbang ke Pluto bila kena puji macam tu. Aku cantik? Waa. Terima kasih Uncle.
"Ariana baru balik kerja ya?" Ramah Tan Sri Erizal bertanya.
"A'aa Uncle. Balik awal sikit hari ni."
"Anak aku ni macam ni lah, Erizal. Kalau dah lepas grad tu faham-fahamlah. Kalau tak buat kerja tak sah. Daripada duduk kat rumah, baik jugaklah si Ariana ni kerja apa-apa aje dulu sementara nak dapat kerja tetap." Encik Zafri menambah.
Ariana sengih. Apalah Abah ni. Normallah kalau orang tiga bulan baru grad tu menganggur. Hehe...
"Ariana belum dapat apa-apa tawaran lagi ker?" Soal Tan Sri Erizal lagi.
Kali ini Ariana mengeluh berat. Dah berpuluh-puluh borang mohon kerja dihantar. Tapi satu pun tak pernah beri jawapan positif. Dia hanya mampu berdoa je supaya dimurahkan rezeki.
YOU ARE READING
AWAS KALAU DAH SUKA!!
RomanceKisah Edzuary Safuan dan Ariana Elisya. Sejak pertama kali bertentang mata, bertegang urat adalah perkara biasa dan wajib apabila mereka bertembung. Ariana seorang perempuan cantik bertudung tetapi mulut, ya Tuhan! Mengalahkan machine gun! Setelah d...