JAM tangan di pergelangan tangannya dipandang buat kesekian kali.Hampir 20 minit dia berada di restoran itu namun orang yang ditunggu masih lagi belum tiba.Secawan Americano panas yang dipesan 15 minit yang lalu pun hampir habis diminum olehnya.
Kiri dan kanannya ditoleh seketika.Sudah beberapa kali dia berkira untuk pergi saja dari situ namun seringkali juga dia terpaksa membatalkan niatnya.
Belakang tengkuknya diusap perlahan.Haih.. entah sampai bila lagilah dia perlu menunggu dan terus menunggu.Penat dah dia rasa.Dia bukan jenis yang gemar menunggu.
"Assalamualaikum", satu suara lembut tiba-tiba menegurnya.Adrian segera menoleh ke belakang dan dia lihat ada seorang gadis bertudung sedang tersenyum manis ke arahnya.
Hm.. mungkin inilah dia.Bisik hatinya.
Mahu atau tidak,Adrian terpaksa juga berdiri dan menyambut kedatangan gadis yang Puan Jasmin mahu kenalkan padanya.Segaris senyuman palsu ditarik menghiasi wajah.Nanti kalau tak senyum takut orang kata sombong pula.
" Waalaikumussalam", jawabnya sepatah.
"Awak ni Chef Adrian Harfiey kan?",
Adrian sekadar tersenyum sambil mengangguk.
" Saya Aina Amanda.Anak kepada Puan Mastura",
"Ya,Puan Jasmin dah bagitahu pasal awak semalam.Erm.. duduklah dulu",
Aina tersenyum sipu sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang bertentangan dengan Aina.Sesekali dia mencuri pandang lelaki di hadapannya itu.
Aduh.. handsome nya anak Puan Jasmin ni! Dahlah segak,tinggi,Chef pula tu! Macam tak percaya je dia belum berpunya lagi.
"Awak nak order apa-apa ke?",
" Ermm.. boleh juga",
Adrian terus memanggil pelayan di restoran itu.Setelah membuat pesanan,masing-masing hanya mendiamkan diri.Adrian memang malas hendak berkata apa-apa.Lagipun dia bukannya jenis yang gemar bercakap dengan perempuan yang tidak dikenali.Tambahan lagi gadis ini sedang menjadi kegilaan Puan Jasmin untuk dijadikan menantu,lagilah dia tak boleh beri muka!
"Awak ada cafe dekat area sini ke?", soal Aina.Bila dia lihat Adrian diam tadi,jadi dialah yang perlu suara.
Habis takkanlah masing-masing tidak bersuara pula kan? Sia-sia sahajalah pertemuan mereka hari ini." Ye.. cafe saya dekat-dekat sini je",
"Ohh.. jadi bolehlah saya datang cafe awak tu selalu,kan?",
Adrian hanya tersenyum.Jawab ya tidal,tak pun tidak.Jadi pandai-pandailah gadis di hadapannya itu berfikir.Tapi sejujurnya dia tidak mahu Aina datang ke cafenya.Bukan apa,dia takut nanti menjadi buah mulut orang saja.Ye lah.. selama ini tiada perempuan yang datang ke cafenya semata-mata nak bertemu dengannya selain dari urusan kerja.Dia takut jika ada yang kata dia mencampur adukkan urusan peribadi dengan kerja.
"Puan Jasmin kata awak belum ada kekasih,betul ke?", soal Aina sambil tersipu.
Adrian membiarkan soalan itu berlalu buat seketika.Dia boleh lagi menghirup secawan Americano di hadapannya.
"Ye.. buat masa ni tak adalah", jawab Adrian acuh tak acuh.Baru sekejap berjumpa,dia sudah rasa tidak selesa dengan gadis itu.
" Ohh.. kalau macam tu bolehlah saya berkenalan dengan awak,kan?",
Wajah Aina dipandang lama.Boleh tak lalau dia cakap "Tak,saya dah tak nak jumpa awak lagi dah lepas ni".Erhh.. tapi itu kejam sangat.
" Kalau berkenalan dan sekadar nak berkawan,saya tak kisah.Tapi kalau ada niat selain dari tu,saya tak rasa kita patut teruskan perkenalan ni", jawab Adrian lembut tapi tegas dalam masa yang sama.Dia mahu sangat Aina faham yang dia memang tidak berminat dengan gadis itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔
Teen FictionNur Marlyana Umaira,seorang perancang perkahwinan dan juga seorang yang benci pada makanan pastri terpaksa bekerjasama dengan seorang lelaki a.k.a pemilik cafe Je T'aime demi melayan kerenah pelanggan cerewetnya,Datin Maimun.Pertemuan pertama yang d...