Dunia asal"Hehe, apa yang abang cuba sampaikan ni? Abang nak bagitau adik yang first kiss abang, Amir lah kan? Alahai, kesian isteri abang nanti. Haha."
"Ish, adik ni. Part tak penting dengar je. Yang penting sekarang ni, Amir tu executive Dark Mafia. Dah. Jangan potong abang boleh tak. Susahlah nak cerita nanti."
"Okay."
Throwback... Azim POV
Ergh! Apa dia buat ni? My first kiss. Tidaakk!!! Hancurlah dunia aku. Tak. Semua tu dah tak penting lagi. Macam mana aku nak lari sekarang ni yang penting.
Dush
Aku tumbuknya untuk melarikan diri. Tetapi, dia tak bergerak langsung. As expected from executive Dark Mafia.
"Kau tumbuk aku ke tadi? Aku taktaula macam mana kau boleh tumbangkan diorang tadi."
Ergh. Tu aku belasah secara tak sengaja. Bila aku belasah secara tak sengaja, tumbukanku menjadi 500% lebih kuat kerana aku menumbuk untuk mempertahankan diri. Bukannya berniat jahat. Tetapi bila tumbuk secara sengaja... macam ginilah jadinya.
Amir mengangkat aku. Aku menendang nendang tanda protes. Dia nak bawa aku ke mana? Nak culik aku ke?
"Kau nak bawa aku ke mana?"
"Tak ke mana. Ikut aku balik je."
Jadi, betullah dia nak culik aku. Mode power aku tiba tiba on. Aku taknak kena culik. Aku masih ada Atikah untuk dilindungi. Aku terus belasah dia sehingga dia terbaring. Aku melihatnya terluka sana sini. Aku ke yang buat ni? Apa apa pun baik aku lari dulu. Ketika berlari, aku sempat menoleh ke belakang. Kelihatan Amir sedang bangun dan mengesat luka di bibirnya. Eh? Dia tersenyum? Maybe dia gila.
Aku mencari kereta aku lalu dengan lajunya drive ke rumah. Aku memasuki rumah dan mengunci pintu. Haih~ apalah nak jadi dengan aku lepasni. Aku berjalan ke ruang tamu dan alangkah terkejutnya aku bila nampak Amir di situ. Tertidur.
What The... macam mana dia masuk rumah aku? Aku lupa nak kunci ke? Tapi tadi aku masuk pakai kunci kan?
Uhuk.. uhuk..
Ehh... bangun dah dia. Amir bangun lalu berdiri di hadapanku.
"Kau nak apa hah? Macam mana kau masuk rumah aku? Macam mana kau tau rumah aku?"
"Apa aku nak? Aku nak kau jadi partner aku."
"Part-partner?"
Tangan aku dah mula menyediakan buku lima.
"Wait. Aku tak habis cakap lagi. Aku nak kau jadi partner aku dalam Dark Mafia. Kau seorang je satu satunya orang yang boleh belasah aku sampai luka. Jadi, kau sorang je yang layak jadi partner aku. Dalam pada masa yang sama, boleh lah aku kenal kau dengan lebih rapat dan boleh lah kita jadi lov-.."
"Taknak. Aku masih ada keluarga dan adik untuk di protect. Aku taknak risiko kan nyawa aku secara sia sia."
"Oh. Okay. Nampaknya aku kena serang keluarga kau untuk dapatkan kau lah kan? Baiklah. Aku call budak budak aku dulu."
"Jangan!"
Aku merampas telefonnya lalu memijaknya sehingga hancur.
"Apa kau dah buat? Takpelah. Aku boleh je beli fon baru. Bye. Aku pergi kedai sekejap."
"Fine! Aku jadi partner kau!"
"Hehe. Macam tu lah aku nak. Apa yang aku nak, gerenti aku dapat."
YOU ARE READING
Milikku Seorang
RomanceAtikah ke rumah abangnya setelah mendapat tahu abangnya gay. Tiba sahaja di rumah abangnya Atikah terjumpa dengan lelaki yang mengaku dirinya kawan abang Atikah. Adakah dia kawan atau lebih?