Ganjaran kepada orang yang berselawat ke atas Nabi (m)

26 1 0
                                    

Nabi (m) bersabda,
yang bermaksud:" Malaikat Jibril,Mikail,Israfil dan Izrail berkata kepadaku.Berkata Jibril, "Wahai Rasulullah,sesiapa yang membaca selawat ke atasmu setiap hari sebanyak 10kali, maka akan aku bimbing tangannya dan membawa dia melintasi Titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail,"Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka minum dari telagamu."Berkata pula Israfil,"mereka yang berselawat kepadamu ,akanku sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat kepalaku selagi Allah tidak mengampuninya."Malaikat Izrail pula berkata ,"Mereka yang berselawat ke atas mu , akan aku cabut roh mereka itu dengan lembut seperti aku mencabut roh anbiya."

Dalam hadis lain,Rasulullah bersabda :"Sesiapa berselawat ke atas ku sekali,maka Allah akan membalasnya dengan sepuluh kali selawat."Sebahagian ulama terdahulu berkata,jika Allah berselawat ke atas hambanya sekali saja sepanjang hidup hamba itu ,nescaya selawat yang satu itu cukup menjadikannya mulia dan terhormat.Justeru, tidak dapat dibayangkan  bagaimana beruntungnya manusia yang menerima sepuluh selawat daripada Allah, hanya mengucapkan satu selawat ke atas kekasihnya-Muhammad..

Ganjarannya :
1.satu selawat dapat digandakan menjadi 10
2.malaikat-malaikat akan membantu kita dalam kehidupan kita
3. Mendapat pahala dan disayangi Allah

JADI ,BERSELAWAT LAH KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW KERANA BANYAK LAGI MANFAAT YANG KITA DAPAT PEROLEHI...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 06, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tazkirah:Ganjaran kepada orang yang berselawat ke atas Nabi (m)Where stories live. Discover now