1.Sebelah engkau jadi apa?
Sebelah engkau jadi apa
Takat itu pun engkau lupa
Ada hati berdiri di dewan negara
Ada hati berbicara hal rakyat jelata
Mungkin kerana duit menjadi buah mata
Ada hati ,sedar diri itu insan biasa2.Mungkin engkau nabi?
Mungkin engkau nabi
Engkau menghukum tanpa erti
Umpama pesalah itu telah murtad!
Sedarkah , engkau menjauhkan
Bukannya dekatkan
Ada hati bicara umpama wahyu ditanggungi engkau
Sedar diri yg engkau bukan nabi
Dosa sendiri pun tak tertanggung
Inikan lagi dosa orang3.Kita laung bangsa agung !!
Kita laung bangsa agung !
Kita bina empayar rasisma
Laungan ini yg sibuk dilontar
Umpama bangsa ini yang terbaik
Pelbagai kelebihan diberikan
Tetapi dinistakan
Ekonomi bangsa ini yang tercorot
Ada hati hendak berkuasa
Sebelum berkuasa biar ilmu di dada
Jangan alpa melaungkan kata kata khayalan..
Ada hati,sedar diri bangsa kau lemah.

YOU ARE READING
Apa Khabar Duhai Jiwa
Poetryluahan hati dan penceritaan mengenai persekitaran yang kita alpa tentangnya