BAB 3

32 2 0
                                    

Ash menyarungkan jeans berwarna biru serta jaket jeans itu kebadannya. Shawl biru cair  dililit rapi menambahkan lagi keayuan diwajah Ash. 'Heh, ayu ke?'  Canon 700D di silang ke bahu menandakan Ash sudah bersedia untuk berangkat keluar. Dia menyusun langkah menuruni tangga menuju ke ruang dapur di mana ibunya berada.

"Bu, Ash pergi dulu ye"

"Laa, breakfast la dulu kalau ye pun"

"Haha yela bu. Emm sedapnye bau!"

"Ishh, ngengada je kamu ni. Roti dengan scrambble egg je pun haa", Ash memulakan suapan selepas selesai membaca doa makan.

"Okay la bu, Ash gerak dulu" Ash berkata seraya menyalami tangan ibunya serta mencium kedua pipi ibunya. 

"Bai, assalamualaikum bu!" kata Ash seraya bergerak ke arah Swift berwarna biru gelap hadiah dari ayahnya, sempena dia berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

"Waalaikummusalam. Haa, kamu merayap sensorang tu hati-hati tau. Ingat pesan ibu, jangan balik sampai lewat malam!"

"Aip aip madam! Pergi dulu bu!" Ash berkata seraya mengundur Swifftnya itu.

Puan Mazu tersenyum sambil melambai-lambai anaknya sehingga kereta anaknya itu hilang dari pandangan mata.

----------------------------------------------------------------------

Vrooommmmm! Swift Ash terus berderum membelah jalan. Kedengaran lagu Closer nyanyian The Chainsmokers memecah kesunyian Ash yang sedang tekun memandu itu. 

"So baby pull me closer in the backseat of your Rover, that I know you can't afford, bite that tattoo on your shoulder"

Ash mengikuti rentak lagu tersebut sambil muka feel habis.

Tiba-tiba

Vroom! Vroom! Vroommmmmm!

Ash menoleh ke sebelah kanannya. Kelihatan sebuah kereta Audi berwarna hitam berkilat berderum berkali-kali seolah-olah mengajak Ash untuk berlumba. Ash pada mulanya mengendahkan sahaja. 

"Dak-dak baru nak up ler tu. Heh, baik aku layan carta Era-40 ni"

Tetapi Audi disebelah seakan-akan tidak mahu mengalah untuk memancing perhatian Ash untuk berlumba dengan Audinya.

"Ish! Tahan Ash tahan"

Vroomm!  Vroom! Vroom! 

"Haa kau nak sangat kan!" Ash menaikkan meter keretanya kepada 300 ke 400 meter.

"Hah rasakan, mampos lah kau. Nak berlagak sangat, takat Audi Black tu ingat aku heran?!"

Mereka terus-terusan berlumba untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. 

Weewoo! Weewoo! 

"Kamu berdua! ASH98 dan FKR26! Sila berhenti ketepi! Anda berdua telah melepasi had kelajuan di jalan raya!" Sebuah motor peronda polis berkata sambil membunyikan siren  di belakang kereta Ash dan Audi hitam disebelahnya.

"Hamagad! Siol la! Ni semua mamat Audi nie punya pasal! Eiii spoil mood betol la!"

Ash memberhentikan keretanya ketepi jalan. Begitu juga Audi hitam yang dari tadi tak habis-habis cari pasal dengan Ash.

"Siaplah kau mamat takguna" Ash masih mengomel kegeraman.





POTRET (In The Making)Where stories live. Discover now