Part 17[The hulk]

251 25 1
                                    

Pagi yang sunyi.

Langsung tak menyeronokkan bagi Boruto. Dia bosan. Dah la Nami tak bagi dia keluar rumah.

Kini, Shira diberi kepercayaan untuk menjaga Boruto dan Sarada. Shira yang memang tak tau apa-apa hanya mengikut perintah tuannya.

Boruto merendam kakinya dalam kolam ikan yang berada di taman milik Nami. Dia suka lepak disitu.

Tenang.

Nyaman.

Bila boleh balik kedunianya semua, dia nak suruh ayahnya buatkan satu la untuk dia. Hoho. Best nya!

Fikirannya menerawang jauh. Dia teringatkan Sarada. Entah kemana budak tu pergi. Tadi, ada dalam bilik yang dia kongsi dengan ibu dan makcik Sakuranya. Mungkin masih tidur lagi.

Ye la. Bukan senang nak dapat peluang keemasan macam ni. Sekali seumur hidup beb.

Kakashi, Yamato, Kushina dan Minato tiada dirumah. Mereka keluar mencari maklumat tentang akatsuki. Mana la tau tiba-tiba mereka boleh terjumpa jalan pulang ke demensi asal mereka.

Selebihnya? Pergi sekolah la. Kan mereka sekolah.

"Boruto! Tak nak makan ke? Kalau nak makan, bagitau nee-chan ye. Nanti nee-chan sediakan." Shira tiba-tiba menjelma bersama bekas makanan Mocha. Ingat lagi tak Mocha? Anjing betina milik Nami.

Apa yang berada difikiran Boruto terus berterabur. Ala, macam puzzle yang diporak perandakan.

"Hai." Balas Boruto. Dia bosan. Teramat bosan sebenarnya. Dia hanya memerhati langkah Shira yang kian menjauh.

"Nee-chan! Nee-chan nak pergi mana tu?" Soal Boruto lantas bangun dari mengadap kolam ikan. Macam tak ada kerja lain. Tapi, memang tak ada kerja pun.

Shira berhenti daripada melangkah. Dia memusingkan badannya ke arah Boruto yang semakin menghampirinya.

"Ni. Nak bagi makanan Mocha. Kenapa? Nak ikut?" ujarnya sambil menunjukkan bekas makanan yang ada ditangannya. Lepas ni, kena mandikan pulak budak bertuah kesayangan Nami tu. Dan pertanyaan Shira tadi menerbitkan senyuman dibibir Boruto.

"Nak!!"

~
Seisi kelas menjadi sunyi apabila guru biologi tersebut naik angin.

"Kenapa semua diam ni? Saya tanya, jawab la!!" Jerit Mikio-sensei dengan suara yang nyaring. Rasanya, dah cair dah taik telinga anak muridnya.

Nafas Mikio-sensei masih lagi kuat. Marah sangat dah tu. Dia menjeling pelajarnya yang berambut merah jambu. Sesekali matanya menangkap wajah pelajar yang ditakuti disekolah tersebut. Pelajar berambut merah! Rambut yang diwarisi dari keturunan ayahnya. Hui, seram duh tengok rambut macam tu.

Si rambut merah membelek buku biologinya. Cuba mencari apa yang diminta oleh gurunya itu.

"Ha, pelajar baru yang berambut merah jambu. Sila jawab apa yag saya tanya tadi." Arahnya. Sakura tersentak.

"Hah?" Dia menyoal gurunya kembali. Sesungguhnya, dia 'tak ada' dikelasnya tadi. Fikirannya melayang kearah Sasuke. Dia berfikir, macam mana nak kembalikan ingatan Sasuke. Rasanya, dia pernah terbaca buku Tsunade dulu. Berkaitan otak.

Mikio-sensei melepaskan nafas. Kalau tak difikirkan budak tu 'sepupu' si rambut merah, memang dah kena hikmat rotan tak terbelah dah ni.

"Saya tanya, macam mana sel-sel dalam badan berkembang?"

Sakura bangun, dia terdiam sejenak sebelum membuka mulutnya. "Dari apa yang pernah saya belajar. Sel-sel dapat dikembangkan kalau kita mengalirkan cakra dengan baik dan betul.

Naruto!! Enter!! √Where stories live. Discover now