"Saradaaaa!!!!!" Jeritan Boruto makin kuat. Dia dah tak tau nak cari dimana buah hatinya itu.. eh!!
Ah!! Tak kisah la semua tu. Apa yang penting, Sarada selamat. Sejak dia keluar dari rumah beberapa jam yang lepas, dia tak dapat mengesan Sarada. Habis satu rumah dipusing. Lepas penat mencari disekitar rumah, dia berlari keluar kawasan kediaman Nami itu
Kakinya melangkah ke tempat riadah. Hujan lebat langsung tak dihiraukan. 'Sarada. Mana kau. Apa aku nak jawab dengan papa kau nanti. Aduh! Mati la aku. Kan tak pasal-pasal aku kena serang dengan Susano Sensei nanti.'
Hujan semakin menggila. Tapi, tak la segila Boruto sekarang. Guruh berdentum kuat. Kilat terpancar di langit. Boruto mendongak melihat keatas.
'Kalau macam ni, sampai bila tak jumpa. Baik aku balik bagitau yang lain. Lantak la nak kena marah pun. Dah bukannya salah aku. Dia sendiri yang gatal nak keluar.' Akhirnya, Boruto beredar dari situ. Dia tak sedar bahawa Sarada berada disebalik semak tu aje.
~
Cuaca yang agak buruk menjadi punca Nami dan yang lain pulang agak lewat. Trafik yang agak teruk dan jalan yang licin menyukarkan kereta bergerak dengan lancar.Minato dan pasukan pencari maklumatnya juga belum pulang lagi. Mungkin tersekat dengan cuaca jugak kot. Biasa la kalau hujan, suama benda jadi susah. Cakra pun payah nak dikesan bila dah hujan lebat macam ni.
Yang tinggal cuma la Shira yang masih lagi pengsan di tingkat tiga. Lama betul dia tak sedarkan diri.
"Tadaima." Nami memberi ucapan. Namun, tiada balasan. Dia menjadi pelik. Beg sekolah diletakkan diatas sofa.
"Nee-chan??" Dia menyeru pembantunya itu. Hanako pula dah selamat tiba dirumahnya. Yang lain dah masuk ke dalam bilik masing-masing. Nak mandi la pulak.
Nami masih lagi tak puas hati apabila Shira masih tak munculkan dirinya.
'Nak kena Nee-chan ni.' Dia menggumam perlahan."Sarada. Boruto! Mana korang." Senyap. Juga tiada balasan. Dia dah tak sedap hati. 'Tidur kot.'
"Nami! Tengok ni!" Sai yang sedang membawa Shira terus menuju ke arah Nami.
Dia terkejut melihat Shira yang pengsan. Dia mula membuat spekulasi. Shira pengsan. Sarada dengan Boruto tak ada. Takkan la....
Tak.
Tak mungkin. Dia salah kot. Tapi...Arh!! Dia dah mula stress. Otaknya cuba berfikiran rasional. Punggungnya dihenyak ke atas sofa. Tenang! Tenang!! Mungkin mereka main sembunyi-sembunyi.
Namun, gerak hatinya terus berfikiran buruk.
"Sai. Bagitau yang lain, cari Boruto dengan Sarada. Sekarang!" Nami berkata dan terus berlari ke arah biliknya.
Dengan kelajuan super, dia menyalin pakaiannya. Baju T dicapai dan seluar trek juga dipakai. Budak berdua tu perlu dicari.
Semua dah siap berkumpul di ruang tamu. "Jom cari budak berdua tu. Saya rasa, kemungkinan besar mereka diculik. Mungkin musuh korang dah tau pasal mereka."
Yang lain mengangguk.
Pintu utama dibuka.
Semua terkejut. Terpampang.
"Bo.." belum sempat Nami bersuara, Naruto dahulu memintas.
"Boruto!! Nasib la kamu selamat." Naruto pantas memeluk anaknya. Boruto yang nampak agak kesejukan cuba memberitahu sesuatu. Tapi, belum sempat dia membuka mulut, badannya dah terkulai layu.
"Boruto! Kenapa ni?" Naruto bertanya sambil menggoncang tubuh anaknya itu.
"Cakranya dah hilang terlalu banyak masa dia cari Sarada." Tiba-tiba, muncul dua manusia dewasa di perkarangan rumah Nami. Aih! Dah kenapa semua pakat berminat nak jumpa Nami ni?

YOU ARE READING
Naruto!! Enter!! √
FanfictionDisclaimer: Masashi Kishimoto.. Kisah tentang bagaimana Naruto terserap masuk ke dunia sebenar. Melihat bagaimana manusia di bumi sebenar hidup. Hidup tanpa menggunakan jutsu. Dimana dia, Sakura, Kakashi, Sai, Kapten Yamato dan juga Hinata yang ter...