Siang dah say bye bye. Malam pulak say hye hye.
Jadi, bila malam dah menjelma. Nami pun menjadi kalut nak bersiap sedia untuk majlis yang dianjurkan oleh ayah Hanako sendiri iaitu Encik Hajime. Hatinya sedikit resah. Tapi, dia nekad. Malam ni dia akan bongkarkan misteri kematian keluarganya enam tahun lalu.
Pistol yang sememangnya berada didalam biliknya diambil lalu disisip dalam gaun hitam yang dipakainya. Pandaikan. Pistol hitam, baju pun hitam.
Dia menunggu yang lain diruang tamu. Sempat dia betulkan Rambut merahnya yang dibiarkan lepas.
Sai tiba disitu. Dia memakai tuxedo hitam. Sama seperti Naruto. Jenuh dia memaksa mereka untuk memakai pakaian formal itu.
"Nami, dekat mana nak pakai rama-rama ni?" Sai bertanya seraya menghulurkan rama-rama yang dimaksudkan.
Nami yang memandang ke arah rama-rama itu ketawa perlahan. Dia mencapai reben putih ditangan Sai lalu memasangnya dileher. "Siap."
"Nami! Tali apa pulak ni?" Naruto terkocoh-kocoh turun dari tangga. Dia yang kacak dalam sepersalinan seperti Sai menunjukkan tali yang dia kata tadi.
Tali tai terjuntai didepan mata Nami. Nami menggaru-garu kepalanya. Dia mana la reti dengan tali tai ni.
Last-last dia mintak bantuan dari pakcik google. Pakcik tu mesti tau macam mana nak belit benda alah tu.
Selepas berhempas pulas, akhirnya siap jugak. Nami mengemaskan sedikit belitan tali tersebut.
"Done!" Nami Menepuk sedikit dada Naruti. Dia puas hati dengan hasil kerjanya. Weh, first time kot! Bangga beb.
Tak lama kemudian, Hinata turun dari tangga diikuti dengan Sakura dan Kushina. Si lelaki-lelaki yang dah siap berkumpul disitu tak berkelip memandang mereka bertiga.
Hinata yang agak malu menyorok dibelakang Sakura. Dia tau dia nampak pelik bila dia pakai macam tu.
"Wah! Princess dah sampai. So, shall we?" Nami berkata sebaik sahaja mereka yang tersenarai dah berada disitu.
Naruto menjeling Hinata yang cantik dalam gaun berwarna ungu-lavender itu. Nampak sesuai dengan warna matanya.
Puas hati Shira dapat mekapkan orang yang secantik Hinata.
"Dah! Jom. Nanti Hanako beleber macam makcik tua pulak. Tadi, dia call saya bagitau yang dia dah sampai sana."
~
Kekok.Itulah yang dirasakan Naruto saat ini. Dia mana biasa dengan suasana formal macam ni.
Tepukan gemuruh bergema kuat di dewan hotel itu. Naruto yang tak tau apa-apa terus menepuk tangannya.
"Er, korang. Saya nak pergi tandas kejap eh. Korang duduk diam-diam kat sini. Hanako, jaga dorang." Nami bangun setelah Hanako mengangguk.
Sesampai sahaja di tandas, dia membuka smartphonenya. Gps dibuka.
Dia perlu mencari keberadaan Encik Hajime. Dia perlukan penjelasan.
Tadi, sebelum majlis bermula, dia sempat melekatkan alat penjejak beserta alat curi dengar yang dia peroleh dari seseorang semasa ayah Hanako memeluknya.
Dia melihat ada satu objek bulat berkelip di skrin telefonnya.
"Gotta." Dia keluar dari tandas.
Dengan bantuan cahaya yang agak malap ketika itu, dia berjaya sampai ke tempat yang dituju. Tempat Encik Hajime.
Alat bantu dengar dipasang. Suara Encik Hajime mula kedengaran. Dia seperti sedang bercakap dengan seseorang.
"Kali ni, kau kena pastikan budak tu mati. Aku tak kira la kalau kau nak buat sama macam kes 6 tahun lepas ke, nak letupkan kereta dia ke apa, yang penting dia mati. Aku taknak ada lagi pewaris Aizawa. Ingat! Kali ni, tak boleh gagal macam dulu." Encik Hajime berbisik. Seorang lelaki yang memakai baju hitam yang dilindungi dengan hud dikepalanya mengangguk faham.

YOU ARE READING
Naruto!! Enter!! √
FanficDisclaimer: Masashi Kishimoto.. Kisah tentang bagaimana Naruto terserap masuk ke dunia sebenar. Melihat bagaimana manusia di bumi sebenar hidup. Hidup tanpa menggunakan jutsu. Dimana dia, Sakura, Kakashi, Sai, Kapten Yamato dan juga Hinata yang ter...