BAB 5

258 21 9
                                    

ARIANA cuma memakai baju kurung merah jambu bercorak dipadankan dengan tudung kosong, juga berwarna merah jambu. Wajahnya pula hanya disapu dengan bedak asas dan bibirnya pula cuma dicalitkan dengan lip gloss yang menyerlahkan warna asli bibirnya.

Segala persediaan dah disiapkan. Terutama sekali reka bentuk Nature City yang dimahukan oleh Edzuary Safuan. Semalaman dia bersengkang mata semata-mata nak pastikan tiada kecacatan pada lukisan itu.

Berdebar-debar rasanya. Tapi, dia cuba bertenang.

"Umi... Abah... Pergi dulu." Ariana meminta diri. Juga restu daripada orang tuanya. Tangan orang tuanya disalam.

"Hati-hati drive, Ana.. Abah doakan semoga Ana berjaya kali ni. Doa Abah selalu bersama Ana." Encik Zafri memberi semangat kepada puteri tunggalnya itu.

"Baca doa tenangkan hati. Jangan cepat melatah kalau kena marah nanti. Kita kalau datang tempat orang, kena pandai suaikan diri. Kuatkan pegangan. Biar kita yang ubah orang, jangan orang yang ubah kita nanti." Panjang lebar pula Uminya memberi nasihat.

"Yalah.. Terima kasih, Umi, Abah sebab selalu bagi semangat kat Ana."

Lepas dengar kata-kata semangat serta dorongan daripada orang tuanya, terus naik semangat Ariana. Hilang separuh rasa gundahnya.

Ya Tuhan.. Kuatkanlah semangatku! Ariana berdoa dalam hati.

........................................................................

RASANYA dah tak salah. Kalau diikutkan alamat yang Tan Sri Erizal bagi, memang ni la bangunan yang dimaksudkannya.

Ariana menapak masuk ke dalam lobi syarikat itu. Tak salah lagi bila lihat terpampang besar tulisan Edzuary Holdings di dinding belakang dua orang penyambut tetamu.

"Ye, boleh saya bantu?" Balas penyambut tetamu yang bernama Alya itu ramah. Tak balas salam pun.

"Saya hari ni ada appointment dengan Encik Edzuary. Saya kena pergi mana, ya?" Ariana membalas dengan lembut.

"Tunggu kejap. I call PA dia." Kata Alya kemudian mencapai telefon di mejanya.

"Siapa nama?" Dia tanya Ariana.

"Ariana Elisya bt Mohamad Zafri."

Lepas tu Alya sambung cakap balik. Tak sampai setengah minit, dia kembali pandang Ariana.

"You boleh naik tingkat 18 sekarang. Nanti you jumpa Cik Eva, PA Encik Ary.

"Okey, terima kasih.."

Ariana cepat-cepat berlalu ke depan lif. Butang lif ditekan. Ariana pandang lif di depannya. Ada seorang lelaki muncul berdiri di sebelahnya. Turut sama menunggu lif.

Pintu lif terbuka. Dengan lagak gentleman, lelaki itu mempersilakan Ariana masuk dulu sebelum dia menerobos masuk.

"Hai.. Awak ni pekerja baru ker? Tak pernah nampak pun sebelum ni." Tegur lelaki itu.

Ariana cuma senyum. "Tak. Hari ni saya ada interview kat syarikat ni."

Lelaki itu mengangguk. Oo.. Patutlah dia nampak kat tangan Ariana ada satu fail. Fail resume kot. Dan ada satu beg yang ada beberapa gulungan kertas.

"Arkitek?" Teka lelaki itu lagi.

Ariana cuma angguk.

"Saya Edry." Lelaki itu memperkenalkan dirinya tanpa disuruh. Tangan dihulurkan untuk bersalam dengan Ariana.

Tapi Ariana cuma senyum sambil menundukkan sedikit tubuhnya. Menunjukkan dia menghargai Edry yang memberitahu namanya. Salam Edry dibiarkan sepi sebab memang dia tak bersalam dengan lelaki bukan muhrim.

AWAS KALAU DAH SUKA!!Where stories live. Discover now