Pemandangan di taman adalah sangat cantik pada waktu malam. Dengan cahaya bulan dan bintang. Melodi merdu serangga kecil. Itu semua boleh menjadi penenang hati yang gelisah.
Ditengah-tengah taman, Kayna duduk disebuah bangku yang menghadap kolam. Fikirannya sekarang hanya tertumpu pada satu. Lebih tepat lagi, seorang. Zea.
Dua minggu Kayna berada di Altar dan kuasa airnya menjadi lebih kuat dan tenaganya lebih banyak. Dan dua minggu tidak berjumpa dengan sahabatnya membuat dia sangat rindu.
Matanya sekarang hanya tertumpu pada langit diatasnya. Berjuta bintang disana kelihatan lebih dekat berbanding dilihat didunia manusia. Sangat cantik sehingga senyumannya mekar tanpa disedari.
"Beautiful right?" Sebuah suara dari belakang membuatkan lamuan Kayna terhenti. Dia melihat seorang gadis berambut coklat bersandar di dinding sambil tangannya disilangkan.
"Reyra"
Reyra berjalan kearah Kayna dan duduk di sebelahnya.
"Aku kacau tidur kau ke?" Kayna terus menanya soalan setelah Reyra duduk di sebelahnya.
"Tak lah. Tadi aku ada kat dapur. Waktu aku nak naik, aku nampak kau keluar. Aku ikutlah."
"O-oh." Kayna menundukkan kepalanya.
"Let me guess. Miss your friends?"
"It's not friends. It's just friend. And yes, I do miss her. Lima tahun aku berkawan dengan dia lepastu aku kena tinggalkan dia. Dan dah dua minggu aku tak jumpa. Mestilah aku rindu."
"Siapa nama kawan kau tu?"
"Nama dia Zea Ulloa."
"She must be a really good friend." Reyra tersenyum memuji Zea walaupun dia tidak mengenalnya.
"Indeed."
Reyra menggenggam tangan Kayna.
"Kayna. Aku tahu aku tak sebagus kawan kau, Zea. Tapi aku akan cuba jadi sebaik dia. Aku nak kau gembira tinggal kat sini.
"Tidak, Reyra. Jangan jadi orang lain hanya nak buat aku gembira. Aku gembira dengan diri kau yang aku nampak sekarang."
"Maksud kau, sifat aku yang macam seorang mak?" Reyra cuba untuk bergurau dengan Kayna.
"Iye, mungkin jugak." Kayna termakan dengan gurauan Reyra. Mereka berdua tertawa bersama.
"Kalau kau nak, esok aku boleh teman kau jumpa Professor Fiz. Minta dia bukakan portal untuk ke dunia manusia."
"Boleh ke?"
"Tak cuba tak tahu kan."
"Haha. Ye betul."
"Jadi. Kau nak duduk kat sini sampai matahari terbit atau kau nak naik ke bilik."
"Tadi aku fikir nak tunggu matahari jugak. Tapi lepas kau datang, hati aku dah lega, jadi aku nak masuk tidur."
"Okay. Jom." Mereka berdua pun masuk ke dalam dan menuju ke bilik masing-masing.
"Tidak"
Seperti yang dijanjikan, Reyra menemani Kayna berjumoa dengan Professor Fiz. Dan sekarang mereka berada didalam bilik kerjanya.
"Tapi, Prof. Sekejap je. Saya nak jumpa kawan saya je. Lepastu saya balik la."
"Tidak Kayna."
"Tapi kenapa Prof?" Laura pula yang bertanya kepada Professor Fiz. Laura? Ye. Dia juga mengikuti mereka setelah Reyra menceritakan kisah semalam.
"Kalau kamu ada kat dunia manusia, Shadow dengan senang boleh mengesan kuasa kau."
"Tapi dua minggu saya kat sini, tak ada masalah pun." Kayna masih berkeras dengan Professor Fiz.
"Itu kerana di Altar semuanya ada kuasa mereka sendiri. Bahkan tumbuhan, haiwan juga ada. Jadi kuasa kamu bergabung dengan kuasa disini dan tidak dapat dikesan.
Tapi di dunia manusia, tiada satupun yang memiliki kuasa. Jadi mereka boleh mengesan kuasa kamu." Profesor Fiz menerangkan dengan panjang lebar supaya Kayna faham.
"Sekarang saya dah boleh kawal kuasa saya. Saya boleh lawan mereka." Namun niat Kayna masih teguh.
"Saya yakin Ariel ada cakap. Shadow akan buat APA SAHAJA untuk dapatkan kamu." Professor Fiz menekankan ayat 'apa sahaja' untuk membuat Kayna lebih faham.
"Mereka boleh menggunakan sahabat kamu supaya kamu tak boleh lawan mereka, Kayna. Untuk melindungi sahabat, bukan, semua manusia, kamu harus berasa disini."
"Tapi.." Sebelum sempat mengucapkan ayat seterusnya, kata-katanya terhenti kerana hentakan diatas meja oleh Profesor Fiz.
"Kayna. Cukup dengan semua ni. Keputusan saya dah muktamad. Kami tidak akan bukakan portal untuk kedunia manusia untuk kamu. FAHAM." Sekali lagi ayat ditekankan untuk membuat Kayna setuju.
"Baik Prof." Akhirnya Kayna menyerah kalah stelah kekurangan kata-kata.
"Baiklah kamu semua boleh keluar."
Mereka semua keluar dari bilik Profesor Fiz dengan hati yang gusar.
"Maaf Kayna. Aku tak boleh buat apa-apa." Reyra meminta maaf kerana berasa bersalah.
"Ye. Aku pun minta maaf." Dan Laura juga.
"Kenapa korang pula yang minta maaf. Bukan salah korang pun.
Lagipun apa yang Prof cakap memang betul. Aku kena lindungi manusia lain. Bukan Zea je."
Kayna tersenyum menutupi kesedihannya. Sedih tidak dapat bertemu dengan Zea.
"Apa kata kalau kita balik dan aku masakkan sesuatu yang kau suka. Supaya hati kay ceria balik." Reyra cuba untuk kembalikan keceriaan Kayna.
"Ye, betul. Jom Kayna."
"Okay la. Masakan kau memang boleh buat aku lebih gembira." Kesedihan Kayna tidak kekal lama setelah melihat dua sahabatnya cuba untuk ceriakannya.
"Jom." Laura yang periang menarik tangan mereka berdua.
Merekapun berjalan balik ke rumah Elementalist dengan gelak tawa seperti kesedihan mereka sebelum ini tidak pernah wujud.
YOU ARE READING
The Second Warriors [C]
Fantasy-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tahun. Pada hari kelahirannya, dia menyangka hanya hari yang biasa. Namun apa yang disangkanya meleset apabila sesuatu luar biasa berlaku pada...