"Rasengan!!" Suara Naruto bergema kuat. Minato tersenyum melihat kekuatan anaknya. Bangga beb ada anak macam tu.
Mata Boruto bersinar. Bukan senang nak tengok ayahnya beraksi. Siap dengan pakej ayah muda lagi. Lagipun, Kampungnya kan dah tenang sekarang.
Sakura pulak menepuk dahinya. Tak makan saman betul la. Orang rancang lain, dia buat lain. Geram pun ada dengan sikap rakannya itu.
Ingatannya kembali kepada beberapa jam yang lalu..
Minato mula membentangkan rancangannya. "Mula-mula kita kena cari tempat persembunyian mereka. Kakashi, kamu ingat lagi tempat tu kan?"
Kakashi mengangguk. "Lagi satu, jangan bazirkan cakra terlalu banyak. Naruto!! nanti kamu jangan bertindak sembarangan. Tunggu arahan dari kami dulu." Kakashi memperingati Naruto yang masih remaja.
"Huh!" Naruto mendengus lantas memalingkan wajahnya ke arah lain. Naruto yang lagi satu hanya ketawa. Tahu sangat perangai tak makan samannya itu.
"Sensei." Naruto memanggil gurunya.
Kakashi berpaling ke arah Naruto. "Kali ni sensei jangan risau. Misi menyelamatkan budak tu takkan gagal. Saya sendiri akan pastikan dia selamat. Walau nyawa saya yang jadi galang ganti. Sebab, tulah jalan ninja saya." Sambungnya lagi. Tangannya yang berada separas dadanya digenggam erat.Nami tersentak. Patut la Hanako gila sangat dekat Naruto. Sekarang, baru dia faham.
"Hn! Lagipun, saya boleh kesan mereka dengan menggunakan rinnengan saya ni. Rasanya, Kurama pun dah lama tak beraksi. Kan Naruto?" Sasuke menyampuk.
"Kurama? Siapa pulak tu?" Tanya Kakashi, Minato dan Yamato serentak. Tak pernah pulak mereka dengar nama pelik tu.
Senyuman Naruto semakin membuatkan mereka sangsi. "Nanti korang tahu la."
"Dah! Jom pergi. Sasuke, bukak portal cepat." Arah Naruto. Sasuke pulak menjulingkan matanya ke atas. Suka-suki mak bapak dia je nak arah orang kan?
Kakashi mengerutkan dahinya. "Portal?"
"Yup! Semalam, selepas budak tu kena culik, Sasuke sempat kesan cakra Tobi." Balas Naruto.
Sasuke cuba fokus. Rambut yang menutupi matanya diselak. Terserlah mata rinnengannya. Tak lama kemudian, satu terowong hitam keluar dari mata Sasuke. Naruto yang melihat Sasuke itu terpampam.
"Sugoi!" Jerit Naruto.
"Relaks, awak tak jumpa lagi Kurama dengan Susano. Masa tu, jangan pengsan ye." Ujar Naruto. Dia ketawa perlahan melihat dirinya itu teruja semacam.
"Dah, semua, lompat ke dalam sana."
~
Sasuke menghela nafasnya. Dia menjeling Naruto yang dah bertindak sembarangan itu. "Utsurutonkachi!" Gumamnya perlahan."Oi teme. Saya dengar lah." Naruto menyiku perut Sasuke.
Tiba-tiba, tubuh Naruto melayang ke arah mereka semula. Yang lain terkejut.
"Tak guna." Naruto bingkas bangun. Dia cuba berlari semula le arah Tobi yang sewenang-wenangnya menumbuknya tadi.
Tapi, Sasuke lagi pantas. Dia menghalang tindakan Naruto yang seterusnya.
YOU ARE READING
Naruto!! Enter!! √
FanfictionDisclaimer: Masashi Kishimoto.. Kisah tentang bagaimana Naruto terserap masuk ke dunia sebenar. Melihat bagaimana manusia di bumi sebenar hidup. Hidup tanpa menggunakan jutsu. Dimana dia, Sakura, Kakashi, Sai, Kapten Yamato dan juga Hinata yang ter...