Jujurnya, dahulu tidak terlintas di benak hati, akan menyertai kumpulan perbincangan keibubapaan di alam maya mahupun di dunia sebenar pada usia sebegini. Pada hemat ku, anak-anak sudah besar-besar belaka, mungkin aku lebih perlu ilmu menangani jiwarasa anak-anak yang meningkat remaja. Namun ketentuan olehNya tidak dapat ku sangkal. Ya, aku perlu ulangkaji ilmu keibubapaan lagi. Segalanya bermula semula selepas kelahiran puteri bongsu. Laman-laman sesawang dan buku-buku adalah 'kitab awalan' ku sepanjang proses mengulangkaji. Kemudian, bertukar nota dengan sahabat handai yang sekapal dengan ku. Lama-kelamaan, aku mula tertarik hati untuk ke seminar dan menyertai kumpulan perbincangan keibubapaan. Pada awalnya, ku rasakan seperti berada di planet lain. Mana itdaknya, rata-rata ahli di dalamnya masih dalam peringkat awal keibubapaan. Masih muda. Malu pula di hati ini. Mujur, ya mujur aku ternampak dua tiga ahli yang aku kira sebaya dan sekapal dengan ku.
(Nanti sambung)