Akhirnya kaki Ariana berpijak juga pada lantai berkilat Edzuary Holdings untuk kali kedua. Berat hati betul! Kena pula menghadap CEO syarikat ini untuk kali keempat juga.
"Come in!"
Dingin dan beku suara Edzuary di pendengaran Ariana. Ariana memang tawakal dengan apa yang terjadi. Tahulah dia membalas nanti.
Edzuary pandang jam mahalnya di pergelangan kiri.
"Nine thirty two. Din't tell you to come here nine thirty sharply, did I? What a bad record? First day pun dah ada masalah disiplin ker?" Sindir Edzuary.
"Eleh... Dua minit aje pun! Itu pun nak berkira ker?!" Ariana bela diri sendiri. Memang dah nekad lancarkan perang nampaknya.
"Kalau Encik nak buang saya sekarang pun saya tak kesah.." Selamba Ariana balas balik.
"Kalau ikutkan hati aku, memang aku nak buang kau. Tapi bukan main Papa bela kau sampai-sampai aku tak boleh nak buat apa-apa. Eh, apa kau dah buat dekat Papa aku hah?" Marah Edzuary. Geram betul melihat wajah Ariana yang tidak mempamerkan rasa takut padanya.
Menyirap darah Ariana. "Hei, aku takde buat apa-apalah dekat Papa kau tu! Apa? Kau ingat aku hadap sangat ker dengan syarikat kau ni?! Kenapalah kawan Abah tu ada anak macam ni? Perangai jauh dari bapak!" Kutuk Ariana panjang lebar. Jangan fikir dia senang kena cerca! Huh, salah besarlah!
Edzuary terdiam. Mulut minah ni... Boleh tahan. Kali pertama Edzuary rasa dalam hidupnya dia tak dapat balas balik. Tekak pun susah nak keluarkan suara.
"Okey, Encik Edzuary. On my first day, what I need to do?" Soal Ariana. Tak pedulikan pandangan tajam Edzuary. Nampak marah bebenar.
Mata bertentang mata. Edzuary tak membalas apa-apa dengan pertanyaan Ariana. What she needs to do on her first day, ya? Persoalan itu terus bermain di dalam kepala.
Hari pertama kerja, ya? Apa budak ni nak buat, ya? Matanya menangkap kelibat dari luar. Yes, that's it! Edzuary senyum misteri sambil pandang muka Ariana. Edzuary bangun daripada kerusi empuknya. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar slek hitamnya. Lagak seorang bos besar.
Weh, dia nak kemana tu? Desis Ariana setelah tubuh tinggi lelaki itu melimpasinya menuju ke pintu. Tak sampai seminit, lelaki itu masuk balik.
"Kau nak tau apa pekerja baru buat pada hari pertama?" Edzuary sudah tayang senyuman jahat. Edzuary berdiri betul-betul di depan Ariana. Lain macam dah Ariana rasa. Meremang bulu romanya. Kali pertama dia terpacak di depan lelaki. Ariana tidak bersuara, geleng dan angguk pun tak.
"Kau nampak pembersih hampagas kat luar tu? Kau bawak masuk sini.." Edzuary menuding jari ke arah pintu biliknya.
Ariana menoleh ke arah yang ditunjukkan. Berkerut-kerut dia cuba mentafsir arahan Edzuary.
"Cepatlah!" Jerkah Edzuary bila tengok Ariana masih terpacak di depannya. Langkah diatur menuju ke sofa dan melabuhkan duduk di situ. Senyuman kemenangan menghiasi bibir ketika ini.
Ariana menggepal tangan. Menahan kemarahan di hati. Mentang-mentang dia bos!
"Apa lagi yang dimenungkan tu, cepat buat kerja. Kau nak aku cium kau ker?!" Arah Edzuary bernada ugutan.
Ariana mencebik. Sakit telinganya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Edzuary. Mamat mereng gatal! Tanpa berlengah, dia segera mencapai peralatan cleaner dan dibawa menghampiri sofa. Ditarik pembersih hampagas dan dipasang suis ke soket. Tunggu kau, taulah macam mana aku nak kerjakan kau nanti. Azam Ariana dalam hati sambil otak jahatnya sedang ligat merencanakan sesuatu.
YOU ARE READING
AWAS KALAU DAH SUKA!!
RomanceKisah Edzuary Safuan dan Ariana Elisya. Sejak pertama kali bertentang mata, bertegang urat adalah perkara biasa dan wajib apabila mereka bertembung. Ariana seorang perempuan cantik bertudung tetapi mulut, ya Tuhan! Mengalahkan machine gun! Setelah d...