bab 2

54 11 11
                                    

Bab ni khas untuk mak jah (khadijah) - CikMystery 🌹

Mereka bertiga berjalan tanpa arah tuju sambil membawa beg besar yang berisi pakaian.

"Mak.. kita nak pergi mana ni.. sarah dah penatlah..." Rungut sarah.

"Mak pun tak tahu sarah.." mak jah mengeluh.

"Bella, kamu okey ke?"

"Bella okey mak jah" jawab bella dengan senyum kelat.

Bella masih tidak boleh percaya yang mak su iaitu tengku kamalia telah menghalau dia dari rumah arwah papanya. yang sekarang menjadi hak milik Tengku kamalia.

"Kita berehat dulu di pondok tu." Ujar mak jah yang menunjuk kearah pondok bas yang tidak jauh di hadapan mereka.

Mereka pun menuju ke pondok yang mak jah tunjuk tadi, untuk berehat dan melepaskan lelah sekejap.

"maafkan bella.. kalau tak disebabkan bella, mak jah dengan sarah tak kena halau sekali macam bella.." Ujar bella sayu.

"Apa kau cakap ni bella? Kau dah macam adik aku, kita dah macam keluarga, susah senang sama-sama." Ujar sarah.

"Betul kata sarah tu, mak jah pun dah anggap bella macam anak mak jah sendiri. Lagipun mak jah yang jaga kamu dari kamu kecil sampailah sekarang." kata mak jah.

"mak jah masih ingat lagi macam mana mak jah boleh bekerja dirumah bella. Masa tu mak jah lari dari rumah sebab suami mak jah halau dan mengugut mahu bunuh sarah kalau mak jah tidak keluar dari rumah tu.  papa dan mama kamulah yang tolong mak jah masa tu." Sambung mak jah, mula mengingati kejadian 15tahun yang lalu.

(Flashback)

4:45 am

Tok! Tok! Tok!!!

"Yee! Kejap!" Jerit khadijah atau lebih senang dipanggil jah.

Khadijah bergegas membuka pintu rumah yang dari tadi berbunyi. Sebaik saja khadijah membuka pintu, seorang lelaki terus menerjah masuk merempuh bahu khadijah sehingga dia tertolak kebelakang.

"Kenapa lambat sangat buka pintu hah!" Marah lelaki itu dengan langkahnya yang terhuyung-hayang.

"ya Allah.. abang mabuk lagi ke!? tolonglah berhenti minum air setan tu bang! Haram hukumnya minum arak ni, HARAM!" Marah khadijah pada suaminya.

"Kau siapa hah?! Kau jangan nak mengajar aku lah!." Jerit kasim.

"Saya ni isteri abang. memang patut pun saya cakap macam tu, biar abang sedar. abang... abang tak kesian dengan saya ke? Tak kesian dengan sarah?" khadijah melihat wajah suaminya.

"Sayang... Kenapa lambat sangat ni?" Datang seorang wanita seksi bernama sally yang memanggil kasim SAYANG.

"Abang! Siapa perempuan ni?!" suara Khatijah mendatar. Matanya sudah mula memerah.

"You tunggu kat luar dulu ye, nanti I datang." arah kasim lembut pada sally.

"Okey sayang.. jangan lama-lama tau.." sally menurut dan berlalu menuju keluar rumah.

Keadaan di antara khadijah dan kasim senyap seketika. Perlahan-lahan air mata khadijah turun mengalir ke pipi.

"Sampai hati abang buat jah macam ni, apa salah jah sampai abang buat jah macam ni?" Khadijah mula menangis teresak-esak.

"Arghh.. ada aku kesah, aku dah tak suka pada kau, aku nak kawin dengan sally tak lama lagi, jadi.. aku mau kau keluar dari rumah ni, sebab sally tak nak kau ada dekat sini."

issabellaWhere stories live. Discover now