BAB 17

3.3K 183 0
                                    

PETANG itu,setelah majlis perkahwinan anak Datin Maimun melabuhkan tirai,Marlyana naik ke bilik hotel.Malam ini Datin Maimun akan mengadakan makan malam buat semua pekerja-pekerja yang telah terlibat dalam menjayakan majlis kahwin anaknya.Jadi setiap pekerja akan tidur di hotel ini untuk satu malam.Bagus juga begitu sebab dia pun terlalu penat untuk memandu pulang ke rumah.

Hm.. Walaupun Datin Maimun ni cerewet orangnya,tapi dalam hati masih baik.Sanggup dia menanggung  perbelanjaan penginapan semua pekerja-pekerja yang terlibat dalam majlis perkahwinan anaknya.
Sudahlah kos perbelanjaan untuk majlis itu sahaja sudah mencecah beribu ringgit.Haih.. murah betul hati wanita itu.

Selesai membersihkan diri,Marlyana merebahkan badannya di atas katil.Argh.. nikmat betul bila dia dapat merasa keempukan tilam di dalam bilik hotel itu.Maklumlah,sejak beberapa minggu lepas dia tersangatlah sibuk untuk menguruskan majlis Datin Maimun sampaikan tidur malamnya pun entah ke mana.Bila segalanya sudah selesai,terasa seperti segala bebanan yang dipikul selama ini sudah terlepas dari bahunya.

Jam digital di skrin telefonnya ditatap.Baru pukul 3:25 petang.Tak salah rasanya kalau dia tidur buat seketika.Dapat lelap beberapa jam pun jadilah.Lagipun semalam dia dapst tidur tiga jam sahaja.

Perlahan-lahan matanya dipejam dan tidak sampai lima minit dia sudah pun tertidur.

ADRIAN merenung dinding di dalam bilik itu lama.Orang kata sampai dah nak tertembus dah dinding tu ke belakang.Selepas dia keluar dari bilik air,dia terus duduk di birai katil sambil merenung dinding di hadapannya.Fikirannya boleh dikatakan terlalu berserabut sekarang ini.Macam-macam yang sedang bermain di fikirannya dan membuatkan dia hampir gila jadinya.

Semalam ketika dia baru saja pulang selepas berjumpa Aina buat kali pertama,dia terus diserbu oleh Puan Jasmin dan kata-kata yang keluar dari mulut ibunya itu membuatkan dia hilang semangat.

"Ad dah jumpa dengan Aina tu?", soal Puan Jasmin dengan senyuman lebar di wajahnya.

Adrian tidak menjawab sebaliknya dia mengambil tempat bersebelahan dengan Puan Jasmin.

" Dah..", jawabnya sepatah.

"Hah.. habis macam mana?",

" Macam mana apa?",

"Macam mana dengan dia? Okay tak?",

" Boleh lah..", jawab Adrian yang jelas tidak berminat dengan topik yang sedang mereka bualkan sekarang ini.Dia mencapai remote control di atas meja kopi di hadapannya dan siara televisyen ditukar.

"Boleh lah aje?", Puan Jasmin tidak puas hati.Mustahil jawapan yang keluar dari mulut Adrian sekadar boleh lah saja.

Adrian melepaskan keluhan panjang.Wajah Puan Jasmin di sebelahnya dipandang.

Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang