*Kita akan takkan kenal seseoranh tuh dengan sebetul betulnya, hinggalah kita sebumbung, sebilik, sekatil, sebantal dengannya.
°°°
Selesai sudah majlis perkahwinan kami. Tiba masa untuk honeymoon. Kata Encik Nazri, dia ada kerja, saya kena ikut dia dulu barulah boleh bercuti. Reda saja laa. Mula mula rasa sedih juga, berkahwin dengan drebar, nak dapat cuti pun susah. Ada sekali aku tanya, drebar apa? Drebar bas katanya. Terus terdiam, nak bertanya banyak lagi pun dah terlambat. Aku yang terima dia.
Sehari saja perlu berkerja, kemudian cuti dua minggu. Seminggu lebih di luar, katanya. Ada beberapa hari di sini, jadi masa berehat sebelum mula berkerja lagi. Lagipun, bila balik nanti kami perlu memindahkan barang barang aku ke rumahnya pula.
Kata Encik Nazri rumah dia di kawasan flat permata. Setahu aku lah, flat disana boleh tahan mewah juga. Macam mana dia mampu duduk di kawasan yang mewah?
Sebagai isteri yang tak banyak kerenah, aku mengemas apa apa yang perlu di bawa. Encik Nazri ada beg yang sesuai untuk kami berdua. Kalau bercuti ke mana mana, aku lebih suka bawa baju yang mudah dicuci. Tak perlu nak bawa banyak banyak baju, senang cuci, senang kering.
"Awak, kita nakp mana?"
"Airport"
"Oh, okay."
Sepatutnya aku bertanya, kenapa ke airport? Tapi tak, aku reda ja dengan jawapnya. Akhmal yang sedang memandu di depan tersenyum senyum. Entah apa kena dengan abang aku tu, dari rumah lagi.
"Korang nak p bercuti di mana ni?" Soal Akhmal.
"Doha"
Doha? DOHA?? Aku di belakang terkebil kebil. Hebatnya kerja laki aku ni, sampaikan jadi drebar di Doha?.
Sampai saja di Airport, Akhmal hanya menurunkan kami kemudian terus meluncur pergi. Ada janji dengan kawan malam ni katanya. Aku hanya mengekori Encik Nazri. Dia mendaftar masuk bagasi kami dan hanya menghulurkan passport aku di kaunter Aire ways. Papan tanda di kaunter menunjukkan penerbangan untuk ke Doha, bertolak jam 11 malam. Apabila passport dihulurkan kembali pada aku, Encik Nazri menyuruh aku masuk melalui kaunter imigrasi sendiri.
"Wait! Sendiri? Kenapa? Bukan masuk sama sama ke?"
"Saya kan kena kerja. Nak jumpa kawan saya dulu, ambil uniform."
"Tapi, kerja apa? Dekat Doha?"
Suami aku tersenyum saja lalu menjawap.
"Awak, malam ni saya bertugas. Kena bawa awak dan penumpang penumpang lain ke Doha.""Hah??"
"Bonda dan Kak Ina masih tak bagitau awak lagi?"
"Bagitau apa?"
"Lah, saya pilot untuk Air ways. Bonda dgn Kak Ina kata diorang nak bgtau awak sendiri. Diorang cakap kalau bgtau awai awai maybe awak taknak kenai dengan saya."
"Ehh?"
Wah! Selamba badak ja diorang ni tipu aku hidup hidup. Drebar konon. Bagi alasan aku taknak kenai pulak. Sapa taknak kawin dengan pilot Kak Ina oi??.
"Tapi, awak kata awak drebar bas?"
"Tu saya gurau ja. Tapi bawak bas jugak, Airbus"
"Jadi, nanti saya duk sorang lanih?"
"Nak duk kat depan sekali dengan saya ke"?
"Eh, takpa takpa. Saya takut. Awak, bini pilot tak dapat duk business class ke?"
Encik Nazri tersenyum lebar mendengar soalan aku sambil menggeleng kepala.
"Bini pilot duduk tempat lagi best. First class.
Semasa di dalam kapal terbang, aku ternampak Encik Nazri sudah berada di kokpit.
Encik Nazri melambaikan tangannya pada aku yang sedang memerhatikannya sejak tadi. Aku hanya membalas dengan senyuman. Padahal dalam hati tengah berbunga bunga oiyyy.
YOU ARE READING
Isteri Drebar Airbus♡
RomanceSemua orang suruh kawin dan Nur tidak pernah peduli. Nur sudah penat bercinta, mencari, mengejar dan lebih suka bercinta dengan buku sahaja. Hinggalah bonda dan kak Ina serahkan padanya fail 'Encik Nazri' "Apa ni?" Fail biru diletakkan di hadapan N...