Chapter 1

1.4K 125 9
                                    

***

"Omma !! Appa !!"
Kereta sederhana mewah itu terjunam ke dalam gaung . Kanak-kanak kecil itu hanya mampu menangis dan meraung semahu nya.
"Jung's family deserve to die" satu suara garau bersuara di dalam kegelapan.
"Just wait for your turn.. Jung Yerin"

--
"Huh !!" Yerin terjaga. Dia bangun dan duduk bersandar di kepala katil. Nafasnya tak teratur. Yerin meraup wajahnya.
'Mimpi yang sama lagi..'
Setelah dia bertenang, matanya tertumpu pada jam dinding. Dah pukul 7.45 pagi.
'Hm baik aku mandi dan sediakan sarapan'
Yerin bangun dan menuju ke tandas.

***

Yerin tersenyum puas selepas makanan siap dihidang di atas meja makan. Dia hanya masak nasi goreng dengan air coklat panas. Tiba-tiba seorang wanita menghampirinya.
"Morning Yerin !! Wah nampak sedap lah" ujar Park Eunji lalu terus mengambil tempat di kerusi di sebelah.

"Morning. Unnie dah mandi ?"
"Hehe belum. Unnie nak makan dulu boleh kan ?" Eunji membuat muka mintak simpati. Yerin ketawa kecil.
"Ye ye. Ikut suka unnie lah"
"Yeay thanks Yerin !!" Eunji terus menyuap nasi ke dalam mulut.

Yerin tersenyum memandang Eunji yang tua 10 tahun daripadanya. Wanita yang dipanggil unnie itu memang sudah dianggap sebagai kakak kandung. Dah 14 tahun dia tinggal bersama bekas pengasuhnya itu di Seoul. Yerin duduk di sebelahnya.

"Oh ya, bila Yerin nak bertolak ke sana ?" Yerin memandang Eunji yang mengelap mulutnya dengan tisu.
"Um.. kalau tak silap lagi tiga hari"
"Oh.." berubah terus wajah Eunji.
"Alolo kenapa ni unnie ? Sedih eh Yerin nak pergi ?"

"Huh. Mestilah. Nanti siapa nak manja-manja dengan unnie ?" Eunji memuncungkan mulut. Yerin ketawa dan memeluk Eunji.
"Don't worry lah. Nanti Yerin datang lah lawat ok ? Jangan lah muncung-muncung macam ni"
"Hm yelah. Janji jangan lupa contact unnie selalu"
"Okie..!!" Yerin tersenyum manis.

***

Yerin menarik bagasi biru gelapnya keluar dari kawasan lapangan terbang Daegu. Dia menghirup udara segar. 'Rindunya..' Dengan bersemangat, Yerin terus menarik bagasi masuk ke dalam teksi berdekatan.

Sepanjang perjalanan Yerin tak lepas memandang pemandangan di luar tingkap. Banyak perubahan dah berlaku hinggakan Yerin tak cam selok-belok di situ. Dia pindah dari Daegu ke Seoul sewaktu umurnya 7 tahun, dia dah 21 tahun sekarang. Memang dah tak ingat lah.

Teksinya berhenti di hadapan sebuah banglo satu tingkat. Bayaran dijelaskan dan dia menapak keluar dari perut kereta. Selepas membuka kunci, Yerin terus masuk ke dalam rumah yang disewanya tersebut. Yerin memasuki satu bilik yang menjadi bilik tidurnya. Terus dia melempar bagasinya ke tepi dan baring di atas single bed itu. "Waah... selesanya..." Yerin memejamkan mata. Segala penat lelahnya seharian dilepaskan di situ.

Yerin terjaga apabila terdengar salakan anjing dari luar rumah. Dalam keadaan mamai dia mengerling jam tangan.
'Omaigad !! Dah pukul 7 malam ?! Lamanya aku tidur aish Yerin..!!' Yerin bangun dan menggeledah bagasinya lalu mengeluarkan tuala, pakaian dan barang mandi yang lain.

***

Surat khabar lama di bawah meja kopi Yerin ambil dan lipat satu persatu. Dia tak suka melihat keadaan yang berselerak. Entah kenapa tuan rumah sebelum ni simpan surat khabar ni banyak-banyak. Tiba-tiba dia terbaca satu artikel di surat khabar 14 tahun yang lepas.

MISTERI SUMPAHAN KELUARGA JUNG, KETUA SYARIKAT TERKENAL DI DAEGU

You're my Poison | TAERINWhere stories live. Discover now