Cuti musim panas kali ni Jihyo terpaksa membantu abang iparnya untuk menjaga anak saudaranya yang bernama Honggi dan Mir. Sejak kakaknya meninggal dunia kerana bersalinkan sepasang kembar membuatkan kembar itu membesar hanya dengan kasih sayang ayah mereka yang sentiasa out station. Jihyo dipertanggungjawabkan untuk menjaga kembar itu sejak mereka kecil lagi. Secara tak langsung hubungannya dengan kembar itu memang rapat.
Jihyo menekan loceng rumah kembar itu berkali2 tapi tiada siapa membuka pintu. Jihyo mengambil kunci pendua yang tersimpan di bawah alas kaki dan membuka pintunya. sebaik saja pintu dibuka sana sini rumah itu tergantung berbagai2 jenis perabot dan patung2 koleksi yang pelik2 dan menyeramkan. Kini Honggi dan Mir dah meningkat remaja dan menjadi pelajar popular di sekolah menengah tinggi. Jihyo memerhati rumah tersebut dengan perasaan berjaga2. Bukan sekali dia berkunjung ke rumah tu dan Jihyo sentiasa berjaga2 dengan kenakalan kembar tersebut. Jihyo terlanggar tali yang menghubungkannya pada beg pasir boxing yang tergantung 10 meter darinya. Jihyo mengelak dengan bijak. Seketika kemudian kedengaran bunyi tepukan tangan dari Honggi dan Mir.
"Seperti yang dijangkakan aunt Jihyo memang Ace."puji Mir sambil mengangkat kedua2 ibu jarinya. Honggi pun melakukan hal yang sama. "Lain kali kita try letak kapak pula. Boleh tak aunt elak macam tadi."cadang Mir pada kembarnya membuatkan Jihyo mencubit telinga kedua2 pemuda didepannya itu."So sekolah kamu macam mana?"soal Jihyo ketika mereka semua berkumpul makan malam. Honggi dan Mir berpandangan sesama sendiri. "Biasa je."jawab mereka dengan serentak. Jihyo mengangguk2. "So kali ni kita nak buat apa?"soal Jihyo lagi kerana setiap kali Jihyo melawat anak saudaranya itu mereka pasti dah merancang apa yang mereka lakukan sepanjang Jihyo berada di situ. Sebaik saja mendengar soalan itu, Honggi dan Mir meletakkan mangkuk nasinya dan memandang muka makcik mereka dengan pandangan yang serius. "Kenapa?"soal Jihyo yang masih tiada sebarang jawapan. "Kami ada jumpa satu permainan yang mencabar. Peraturannya simple je siapa yang tumpah darah dulu dia kalah."jawab Honggi dengan nada yang serius. Jihyo pula mengangkat keningnya dan berminat nak tahu permainan itu dan Mir pula mengambil kotak lusuh dan menunjukkannya pada Jihyo. Jihyo membelek seketika dan meletakkannya di tepi. Selepas selesai makan mereka bertiga berkumpul di ruang tamu dan berbincang tentang permainan itu.
Di permukaan kotak itu tertulis D.O.A [Dead Or Alive] dan syarat untuk bermainnya adalah minimum pemainnya 3 orang dan mereka perlukan seorang pengadil yang terdiri dari D.O.A sendiri. Cara bermainnya pula pemain perlu menulis nama mereka di barisan nama pemain yang tertera dibelakang penutup kotak tersebut dengan darah sendiri. Jihyo, Mir dan Honggi perasan di belakang kotak itu terdapat orang lain selain nama mereka. ada 5 pemain terdahulu tapi mereka tak meletakkan nama yang sebenar. Killers, Sparta, Zion, Thunder dan Delon. "Kita nak letak nama betul ke?"soal Honggi sambil memandang Mir dan Jihyo. "Pemain dulu pun tak letak nama betul. Diorang letak nama samaran je. Macam kita main game online tu. Kalau macam tu aku letak nama Zuko."kata Mir sambil menulis nama Zuko di bawah nama Delon. Jihyo tersengih dan melihat Honggi pula meletakkan nama Jeremy dan Jihyo meletakkan Ace dibarisan akhir sekali.
Tiba2 ruang tamu itu berpusing2 bagaikan di landa puting beliung menyebabkan semua barang2 terbang satu persatu dan diri mereka juga terbang masuk ke lubang hitam yang muncul secara tiba2 di dalam rumah tersebut. Sebaik saja mereka semua masuk ke dalam lubang tersebut. Lubang itu hilang dan angin juga dah reda seperti sedia kala. Jihyo, Mir dan Honggi menjerit kerana tak tahu apa yang berlaku. Angin kencang membawa mereka ke sebuah tempat yang sangat asing dengan mereka. Jihyo, Mir dan Honggi memandang keadaan sekeliling seakan sebuah tapak kem yang terletak di tengah hutan. Di gerbang kem tu tergantung kain rentang yang besar tertulis 'Welcome to D.O.A". Siren kem dibunyikan membuatkan Jihyo dan anak buahnya itu terkejut.
"SELAMAT DATANG KE D.O.A DAN SILA AMBIL BARANG2 KAMU DI TEPI DAN BERSEDIA UNTUK MELALUI SATU PERMAINAN YANG MENCABAR. KAMU DI KEHENDAKI BERGERAK SECARA BERASINGAN."
YOU ARE READING
Running Man FF Collection [Bahasa Melayu]❄️complete❄️
FanficHimpunan ilham aq dalam membuat FF Running Man. Idea memang dah lama ada dan most story kat sini aq dah publish dalam Personal group ff aq. Aq tak tiru idea sape2. Sebab ada story yang aq publish kat sejak tahun 2014 lg. Aku tak paksa korang nak ko...