BAB 4

1.3K 10 0
                                    

  Selepas mandi dan bersiap siap, Qaisara turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi untuk sahabat sahabatnya. Qaisara mengeluarkan sayur sayuran daripada peti lalu memotong untuk dimasukkan ke dalam bihun goreng campaknya. Setelah siap bihun yang digoreng, Qaisara meletakkan bihun tersebut kedalam pinggan dan membawanya ke meja makan.

  "Emm.. sedapnya bau bihun goreng kau ni Sara. Dari dalam bilik aku boleh bau kau tahu." Kata Riana. "Eh kau baru bangun ke?  Harini kau tak kerja eh?" Pelik juga sebab biasanya Riana akan bangun awal pagi untuk pergi kerja tapi harini tidak. "Tak harini aku ambil cuti sampai hari khamis. Tiba tiba mak aku suruh balik kampung katanya bapa aku masuk hospital malam tadi sebab darah tinggi" kata Riana sambil menguis bihun yang terisi di pinggannya. "Masya-Allah, sabar ye Rian. In sha Allah ayah kau akan kembali sembuh seperti biasa. Aku doakan yang terbaik untuk ayah kau. Dah dah cepat makan nanti lewat aku nak pergi kerja sekali dengan kau pun lewat nak balik kampung."

  "Korang!!!!!" Teriak Lina apabila dia nampak Qaisara dan Riana yang sedang makan sarapan bersama sama. "Weh kau ni kan kalau tak menjerit pagi pagi macam ni tak sah kan hidup. Haih dah nak jadi bini orang pun perangai budak budak lagi." Ujar Riana. Anak dara jenis apa lah Lina tu pagi pagi buat kecoh kalau dengar jiran sebelah buat malu je. Dah la mereka sahaja orang bujang yang tinggal dia kawasan perumahan itu. Sebenarnya rumah yang mereka tinggal itu milik Riana tetapi Riana menyewakan bilik untuk rakan rakannya semenjak mereka di universiti lagi. Dan sampai sekarang mereka masih tinggal bersama sama walaupun satu sama lain sudah berkerja.

  "La aku bukan apa ye la korang makan tak ajak aku. Aku nak merajuk la macam ni. Sampai hati korang." Belum sempat Lina mengatur langkah untuk keluar dari dapur Qaisara pula membalas. "Lina,  jom la makan sekali jangan la merajuk nanti tak cantik muka kau yang dah berseri seri tu. Jom makan sekali meh." Ujar Qaisara sambil menarik tangan Lina untuk duduk bersama mereka di meja makan.

"Eh Rian, kenapa mata kau merah tu? Kau tak apa apa ke?" Risau Lina. Jarang dia melihat Riana menangis atau bersedih kerana Riana merupakan seorang yang agak happy go lucky seperti Qaisara tetapi bila marah ha naik dua tanduk atas kepala jeng jeng jeng. "Ayah aku masuk hospital malam tadi sebab darah tinggi mak aku call aku." "Ya Allah. Besarnya dugaan yang menimpa keluarga kau Rian. Aku harap ayah kau cepat sihat walfiat. Bila kau nak balik kampung?" Kata Lina. Setahunya memang ayah Riana mempunyai darah tinggi tapi tidak lah seteruk sehingga perlu masuk ke hospital.

  "Ingatkan lepas breakfast aku nak terus gerak. Malam tadi aku dah siap packing so just tunggu adik aku ambil aku la pastu kita orang gerak balik kampung." Terang Riana. Dia sudah meminta mc awal awal pagi lagi pada staff pejabatnya nanti tiada la mereka penat mencari dia pula kan. "Baiklah kalau begitu. Aku kena gerak dulu. Ada pesakit pukul 8.30 nanti. Drive elok elok tau kau orang. Assalamualaikum." Qaisara mencapai handbag dan beg kerjanya dan terus pergi ke arah keretanya. Sebelum itu dia sudah menghabis kan makanannya dan membasuh pinggan. "Waalaikummusalam. Kau juga!" Jawab Riana dan Lina serentak seperti kembar (HAHAHAAHGA).

  🍃🍃🍃

  Tengku Zarul masuk ke dalam pejabatnya lewat pada pagi ni. Mana tak nya malam tadi main berapa round bola sepak di dalam ps4 bersama adiknya, Tengku Zikri. Tengku Zarul masih lagi menguap nguap ketika dalam perjalanan ke bilik kerjanya yang terletak di tingkat 12. TF Holding dibina sebanyak 13 tingkat. Tingkat 13 disediakan khas untuk ayahnya, Tengku Irshad. Tengku Irshad masih lagi bekerja tetapi hanya datang apabila dia mempunyai urusan yang tidak dapat dilakukan di rumah. Yang selebihnya, Tengku Zarul yang akan menguruskan segala galanya sebagai CEO TF Holding. TF Holding telah diwarisi semenjak moyang Tengku Zarul lagi. Tanya la satu Kuala Lumpur ni siapa yang tak kenal TF Holding. Syarikat yang paling dikagumi oleh ramai orang.

  TF Holding merupakan syarikat yang mendirikan banyak bangunan yang berdiri megah di Malaysia. Binaannya yang cukup menarik dan unik membuatkan ramai orang ingin berkerjasama dengan TF Holding. "Good morning Tengku. Coffee ada di atas meja seperti selalu Tengku." Kata setiausaha Tengku Zarul, Yati. "Baiklah. Thanks Kak Yati." Ucap Tengku Zarul. Beza umur Tengku Zarul dan Yati sebanyak 5 tahun. Tengku Zarul berumur  28 tahun manakala Yati pula 33 tahun.

  Tengku Zarul masuk kedalam bilik nya lalu duduk di kerusi meja nya sambil mencicip(?) sedikit kopi yang telah dibuat oleh setiausahanya. Yati mengetuk pintu kaca untuk meminta izin Tengku Zarul untuk masuk ke dalam bilik pejabat. Bagi Yati, walaupun dia lebih tua tetapi bila berada di pejabat dia harus menjadi seseorang yang profesional. Bos tetap bos. "Masuk." "Hari ini Tengku ada meeting dengan syarikat pembekal untuk projek kita di Seremban. Selain itu, Tengku akan melawat site kita di Cyberjaya. Itu sahaja untuk hari ini" Terang Yati. Tugas biasa bagi seorang setiausaha untuk memberitahu jadual bos mereka. "Kalau macam itu, kak Yati keluar dulu ye." "Baiklah kak." Setelah Yati keluar, Tengku Zarul sambung menandatangani beberapa fail sebelum diserahkan semula kepada setiausahanya.

🍃🍃🍃

Hai semuaaaaaa! Harini author dah update satu bab so author harap korang baca, vote dan comment.  Author nak sangat korang promote cerita ni dekat kawan kwan korang.

  Kalau ade yang tak puas hati dengan penulisan author yang tah pape ni boleh comment dan author mintak maaf sekali sbb typo ke ape ke author tak pro nak menulis novel ni AHAKS😂 HAHAHAAHHA first time author tulis banyak sangat smpai 8++ lebih macam tak percaya pulak sebab author takde idea and tetiba malam ni otak toing toing.

  Maaf sebab author update lewat macam ni confirm korang dah tido kan author pun sebenarnya mengantuk satu hari berjalan dekat kk sabah ( kalau korg tahu tempat ape best kat sini komen ye thanks!) . Author wish korg good night have a sweet dream! Jangan lupa basuh kaki sebelum tido dan jangan lupa mimpi kan author ni HAHAHAHA ok panjang pulak mesti korg menyampah author tulis pepanjang ni kan okok tido la byebye.

Your lovely author,

Ainun♡ (1013 patah perkataan (kesemuanya))

Dia Si Pemilik Hati Where stories live. Discover now