1

85 1 1
                                    


CARLTON- di sebuah kediaman tidak jauh dari Universiti Melbourne,

"bapak..." suara Siti Nur Fiona bergetar. Perkhabaran yang disampaikan oleh Adam membuatkan hatinya pedih.

"Bapak tolonglah jangan buat keputusan macam ni. Fiona tak nak kahwin, bapak." Rayu Fiona. Mendengar nama Baim, Fiona rasa hampir nak luruh jantungnya. Adam terima pinangan Baim untuk dia secara senyap-senyap. Fiona tak nak kahwin dengan Baim. Kalau boleh Fiona nak cari jodoh sendiri yang lebih baik dari Baim. Kalau boleh dia nak kerja dahulu dan mengecap kejayaan dalam bidang kursus yang diambil. Dia mahu menghimpun pengalaman sebelum bergelar isteri orang. Kalau pun nak kawin, dia akan mencari jodohnya sendiri. Bukan jodoh yang telah ditentukan oleh Adam. Suka-suka hati sahaja bapaknya terima pinangan dari keluarga Baim. Baim tu...

"Bapak dah terima pinangan diorang... baik budaknya Baim tu. Sesuai sangat dengan kamu." Pujuk Adam.

"Fiona tak nak kahwin dengan Baim, bapak. Fiona tak suka dia. Bapak tolonglah putuskan pertunangan ni. Fiona tak nak!" Kali itu air mata Fiona sudah merambu-rambu keluar dan meleleh di pipi. Fiona tarik kain cadar yang terjuntai di lantai dan lap pipinya yang sudah basah. Mengingatkan tentang Baim, hatinya sakit sangat!

"Kamu jangan... bapak dah ikat janji dengan Syeikh Abdullah Fatwa tu... jangan sampai orang anggap bapak munafik pulak..." Adam sudah beramaran.

"Bapak memang tak sayangkan Fiona. Sanggup bapak paksa Fiona ikut kehendak bapak." Fiona sudah menggigil geram. Air matanya tidak menang dilap.

"Kamu jangan nak menderhaka dengan bapak, Fiona. Karang bapak tak izinkan kamu balik lagi ke rumah ini, baru kamu tahu!" Adam sudah pandai main ugut-ugut, membuatkan kecut perut Fiona sebaik sahaja terdengar suara meninggi Adam berserta ugutannya.

"Bapak..." Fiona cuba merayu.

"Sudah! Keputusan bapak muktamad! Kamu sekarang ni dah jadi tunang orang. Jangan nak bercinta dengan orang lain pulak!" Terus panggilan itu ditamatkan. Kata-kata Adam itu berupa kuasa veto yang tidak mampu untuk Fiona patahkan. Dia terpaksa menurut walaupun hatinya sangat tidak bersetuju ditunangkan dengan Baim.

Fiona rebah di tilam dengan lemah. Hancur lumat harapannya hendak membina kerjaya dahulu sebelum berumahtangga. Tak ada peluanglah untuk dia bercinta dengan lelaki pilihannya. Kawannya selepas tamat belajar, jawat jawatan tinggi-tinggi, bercinta dengan anak orang kaya, pemilik syarikat besar, anak tengku-tengku, anak Dato. Manakala dia pula terpaksa menerima Baim sebagai tunangnya tanpa rela. Baim. Entah macam manalah rupanya sekarang ini. Fiona ingat-ingat lupa rupa itu.

"Fffiii... Ffiiooona... Bbb... Bbbaa... Bbaaaim sssuuu... ssuuka Fffiiona." Sebaik sahaja Fiona kilas ke belakang untuk beri amaran kepada Baim supaya jangan ikut dia lagi, Baim luahkan pula isi hati kepadanya dengan tergagap-gagap, membuatkan hati Fiona benar-benar terbakar apabila mendengar ayat yang keluar ikut bibir yang baru menjilat hingus pekat yang baru meleleh keluar itu.

"Fffiii... Ffiiooona... jjj... jom kkkkiii...kita jjjalan ss...sama-sama." Baim sua tangan yang dia buat korek hidungnya yang meleleh pekat hingus hijaunya kepada Fiona. Fiona menggeletik geli melihat tangan Baim yang menghulur kepadanya.

"Jjjom ll... llaa FFF...Fiona..." Baim cuba capai tangan Fiona.

"Baimmmm!!!" Fiona jerit dengan kuat hingga terjaga dari tidur akibat bermimpi ngeri mengenai perkara lalu. Dia menggeletar di atas katil. Sejurus selepas itu, pintu biliknya dirempuh dengan kuat. 'Berdegum' bunyinya. Memey masuk menerpa.

"Apa dah jadi, Fiona?!" Terus kawan serumahnya itu menerpa ke katil dengan wajah cemas.

"Bapak aku dah tunangkan aku dengan... dengan..." Fiona tak sanggup sebut nama Baim di depan Memey. Dia risau nanti Memey gelakkan dia sampai terbit air mata.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 11, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SEMPADAN DUA DUNIAWhere stories live. Discover now