Malam itu kembali sunyi setelah staff mengemas semua barang barang untuk pulang setelah penggambaran Running Man.Angin kuat kedengaran kuat di telinga Gary.
"Hey,korang!"Gary memanggil dari keretanya dari mana dia berdiri sedari tadi dengan kunci keretanya di tangan.
"Ha,kenapa?"Seokjin yang pertama sekali menoleh saat itu dan memandang wajahnya yang sugul. "Boleh tak kita makan tengahari sama sama esok?Saya belanja."Gary menggaru belakang tengkuknya.
"Wow,ini sudah bagus.Bukan selalu abang Gary nak belanja makan."Kwangsoo tersengih luas seperti matahari yang bersinar di tengah malam itu. "Ok juga tu.Dah lama tak luangkan masa sama sama."Jaesuk mengemas barang barangnya ke dalam beg untuk pulang.
"Tiba tiba je ni?"Jongkook memeluk tubuh,tidak bermaksud untuk curiga..Tapi kenapa Gary sepertinya sugul sedari tadi.Seperti ada berita buruk.Sebenarnya,semua ahli dan staff juga menyedari perubahan perwatakan Gary yang tidak seperti selalunya.
"Betul jugak.Tiba tiba je?"Haha mendekati Gary yang terpaku di keretanya itu.Dia kelihtan panik,seperti rahsianya telah diketahui semua orang. "Saja jelah."Gary menjawab pendek lalu ketawa olok olok.
"Oklah,jumpa esok."Jihyo yang dari tadi diam tak berkata apa melambai tangan kepada semua orang dan masuk ke dalam kereta. "Anyeong,Jihyo nuna~"Kwangsoo melambai.Saat itu,persoalan tentang perwatakan Gary yang berubah mendadak itu kekal menjadi tanda tanya.
"Saya harap awak tak simpan rahsia dari kami,Gary."Kata Haha sebelum meninggalkan Gary dan masuk ke dalam keretanya untuk pulang ke rumah.Gary menggigit bibirnya dan mengeluh kesal kerana tidak beritahu hal yang sebenar tadi.
"Anyeong,semua."Jeritnya sederhana kuat dari dalam keretanya lalu meninggalkan perkarangan set penggambaran RunningMan hari itu.Tangannya diletak di sisi pintu dan menongkat kepalanya.Sungguh,dia rasa tak bermaya.Bukan kerana penggambaran yang penat dari pagi tadi,ianya kerana penat memikirkan bagaiman untuk memberitahu kebenaran pada ahli ahli lain tentang...Penarikkan dirinya dari program terkenal RunningMan itu.
Saat itu,radio di dalam keretanya memainkan lagu Leesang yang kerap mengungguli carta radio dahulu..The Girl Who Can't Say Goodbye, the Boy Who Can't Leave.
Liur ditelan sambil dia mendengar setiap bait bait lirik yang dinyanyikan sendiri.
Adakah lelaki yang bercinta itu lemah?
Adakah lelaki yang memerlukan cinta itu tidak layak untuknya?
Adakah lelaki yang menyimpan rahsia itu jahat?
Kenapa cinta berubah?
Dalam tidak sedar,air matanya mengalir di pipinya mengenangkan keputusan yang akan dia lakukan.
RunningMan yang tidak boleh mengucapkan selamat tinggal ,Gary yang tidak boleh meninggalkan.
TO BE CONTINUED..
YOU ARE READING
Tribute For Gary
FanfictionGary telah ambil keputusan untuk tinggalkan RunningMan.So this is my tribute for him~ :')