Bekas Kekasih Suraya

516 7 0
                                    

"Apa yang Syam hantar ni?" kata Suraya dalam hati sambil bermain telefonnya

Suraya melihat gambar yang dihantar Hisyam dengan penuh rasa cemburu dan tidak puas hati.Suraya menaip sesuatu dalam chatnya bersama Hisyam itu

"Wah tahniahla dapat gambar dengan idola" kata Suraya seperti menyindir
"Hahahaha Alhamdulillah dah lama teringin" balas Hisyam selamba
"Lepas ni sapa plak?" sindiran Suraya mula semakin jelas
"Errr takde dah,Mira Filzah jela" Hisyam menaip dengan tangan yang menggeletar

Conservation mereka terhenti setakat itu saja

"Suraya tu jeles ke?" terdetik dalam hati Hisyam

"Hello Mira kau kat mana?" Hisyam menelefon Ayda yang sudah setengah jam tidak sampai di set penggambaran
"Aku on the way ni sabar sabar" balas Ayda
"Ha cepat sikit"
"Okay okay" panggilan dimatikan

Hisyam dan krewnya yang lain penat menunggu Ayda.Ayda pun tiba dengan kereta BMWnya yang berkilat seperti baru walaupun sudah berusia 3 tahun.

"Melayu betul kau ni Mira" kata Hisyam
"Alah sorryla aku bukan sengaja" kata Ayda sambil membuat muka bersalahnya yang comel
"Ha yela yela cepat ambil kedudukan"

Walaupun Ayda lewat tetapi semuanya berjalan dengan lancar dan video tersebut sudah pun siap dirakam kini tinggal proses penyuntingan sebelum diupload ke laman sosial.Hisyam yang sedang sibuk melihat semula semua rakaman yang telah diambil ditegur oleh Ayda.

"Hei Syam macam mana okay tak?" kata Ayda
"Setakat ni semua okay.Confirm menang ni" balas Hisyam
"Bagusla macam tu"
"Eh Mira kau lapar tak sekarang ni?"
"Err laparla juga sebab nak kejar masa datang sini tak sempat makan"
"Jom aku belanja makan,aku pun ada nak cakap sesuatu dengan kau"
"Ouh okay jom.Aku okay je kalau belanja ni hahaha"

Hisyam membawa Ayda ke tempat makan yang tidak jauh dari tempat mereka itu.Ayda dan Hisyam pun memesan makanan dan setelah kenyang barula Hisyam membuka mulut

"Eh Mira,semalam aku ada chat Suraya" kata Hisyam
"Ha kenapa?" kata Ayda
"Aku send gambar aku dengan Mira Filzah kat dia"
"Okay pastu?"
"Pastu dia ada menyindir aku macam dia ni jeles kat aku"
"Kenapa kalau dia jeles?"
"Yela dia dah benci aku kenapa nak jeles pula?"
"Kau ni.Suraya tu perempuan macam aku,perempuan ni walaupun dia macam marah marah tapi hati dia lembut apatah lagi Suraya ni memang orangnya sopan santun"
"Tapi kenapa dia perlu buat seolah olah aku dengan dia dah takde apa apa hubungan lagi?"
"Sebab hati dia dah terlukalah.Takkan kau tak faham lagi?"
"Erm..tak"
"Kau ni....Suraya tu dulu ada ex boyfriend"
"Eh aku tak tahu pun"
"Mungkin dia terlalu sedih nak cerita"
"Kenapa sedih pula?"
"Ex boyfriend dia dulu hensem sangat pastu baik orangnya lebih kurang macam kaula cuma dia ni sukakan fotografi.Kau pula lebih kepada videografi"
"Ouh patutla Suraya ni suka sangat bidang fotografi.Eh tapi apa jadi dengan ex Suraya?"
"Ex Suraya ni nama dia Azam kemalangan motorsikal pastu meninggal dalam perjalanan ke hospital"
"Ouh....." Hisyam terkenang pranknya
"Azam tu mati betul betul depan mata Suraya ni.Jadi sedihla dia"
"Sedihnya,aku rasa macam nak nangis je"
"Alah gembeng gila kau tapi sebenarnya memang sedih.Sebab tula dia macam tak boleh terima prank kau tu"
"Kalau kau bagitahu awal awal kan bagus Mira"
"Hehehe aku lupa sorry"
"Takpelah benda dah lepas.Sekarang barulah aku tahu cerita sebenar dia"
"Ha sebenarnya Suraya tu masih tak boleh lupakan si Azam ni.Kalau ikut perangai Azam ni lagi baik daripada kau"

Muka Hisyam sudah berubah

"Janganlah ambil hati Syam hehehe kau pun baik cuma kurang sikit je"
"Erm yela" kata Hisyam
"Jadi sekarang kau dah faham kan?"
"Ya aku dah faham" Hisyam memikirkan Suraya ketika itu

Rasa kesalnya semakin bertambah dengan kisah sedih itu.Hisyam pun mengajak Ayda untuk pulang dan seperti yang dijanjikan Hisyam yang membelanja Ayda.Ayda sangat kenyang dengan senang hati.

Kawanku Mira Filzah Tak OriWhere stories live. Discover now