"Rumah ini telah dilengkapi dengan televisyen, peti sejuk , mesin basuh, katil, almari dan sebagainya. Awak boleh terus berpindah ke sini ,"
seorang elen hartanah sedang memujuk Sang-eun.
Oleh sebab tempat kerja Sang-eun telah berpindah ke kawasan yang terpencil, maka semua staf perlu mencari tempat tinggal baharu yang berdekatan dengan syarikat.
Kononnya, tapak baharu syarikat itu merupakan sebuah tempat perkuburan sebelum ini. Oleh itu, rakan sekerja Sang-eun lebih rela tinggal di kawasan bandar yang jauh walaupun terdapat sebuah pangsapuri lama berhampiran dengan syarikat.
Namun, rumah yang disyorkan oleh ejen hartanah itu kepada Sang-eun ialah salah sebuah unit di dalam pangsapuri lama di situ.
"Rumah ini bukan sahaja dilengkapi dengan pelbagai perabot dan peralatan elektrik, tetapi harga sewa juga murah. Sayanglah jika awak menolak,"
kata ejen hartanah itu.
Akhirnya, Sang-eun bersetuju untu menyewa rumah itu.
Sang-eun amat berpuas hati dengan rumah baharunya.
Semua perabot dan peralatan elektrik kelihatan baharu. Selain itu, terdapat sebuah cermin yang besar di dalam biliknya.
Yang penting sekali, dia tidak perlu bergegas ke pejabat setiap pagi lagi.
Setiap hari, Sang-eun akan berdandan selepas bersarapan.
Selalunya, Sang-eun hanya bersarapan dengan beberapa keping roti dan segelas susu.
"Peliknya"
Sang-eun mendapati bayang dirinya di dalam cermin besar itu amat asing sekali ketika sedang memilih pakaian.
"Mungkin solekan aku terlalu menonjol,"
Fikir Sang-eun.
Beberapa hari kemudian, Sang-eun menyapu krim pelembap di hadapan cermin besar itu selepas mandi.
Tiba-tiba, dia ternampak sesuatu yang pelik pada bayangan wajahnya di dalam cermin
"Eh! Mengapa ada sebiji tahi lalat di sebelah bawah mata kanan aku?"
Sang-eun berasa terkejut kerana mukannya tidak ada tahi lalat selama ini.
"Adakah itu kekotoran?"
Sang-eun mengangkat tangan kanan untuk mengelap cermin itu.
Akan tetapi bayangannya telah mengangkat tangan kiri.
"Ah!"
Sang-eun menggigil ketakutan. Dia mencapai telefon bimbitnya dan berlari meniggalkan rumah itu sengan serta-merta.
Kebetulan pada masa itu, lif sudah tiba.
Sang-eun meluru masuk ke dalam lif sebaik-baik sahaja pintu lif terbuka. Dia menekan butang nombor satu lalu menelefon kawannya, Myung-hee.
"Myung-hee, saya sangat takut,"
suara Sang-eun menggeletar.
"Apakah yang terjadi?"
Myung-hee terkejut mendengar suara cemas Sang-eun.
"Cermin...di rumah saya..."
Tiba-tiba, Sang-eun tergamam apabila ternampak bayangannya di dalam cermin lif yang sedang memegagang telefon bimbit dengan bertentangan tangan.
"Sang-eun!...Sang-eun!...Sang-eun!... Apakah yang telah berlaku?"
jeritan Myung-hee yang penuh kerisauan kedengaran di hujung talian.
"Saya... saya... saya..."
Sang-eun tidak mampu bercakap kerana masih dalam ketakutan.
"Ah"
Bayangan Sang-eun bersuara lalu mengeluarkan bunyi tawa yang seram.
"Alamak, tersilap pula!"
Bayangan Sang-eun mengalihkan telefon bimbitnya ke tangan yang satu lagi.
"Nampaknya, awak telah mengetahuinya"
Pada keesokkan harinya, Sang-eun pergi bekerja seperti biasa.Myung-hee terus bertanya kepada Sang-eun tentang peristiwa semalam sebaik-baik sahaja dia tiba di pejabat.
Wajah Sang-eun kelihatan tenang semasa menjawab soalan Myung-hee.
Sebenarnya, Myung-hee tidak menyedari bahawa satu tahi lalat telah muncul di sebelah bawah mata kanan Sang-eun.
YOU ARE READING
CERITA HANTU KOREA
De TodoSemasa kecil, saya pernah menonton sebuah drama bersiri yang dasyat, iaitu " HANTU KEMBAR ". Dalam filem itu, Gumiho dan hantu anak dara muncul setiap kali menjelang musim panas. Semasa hantu muncul pada kaca televisyen, saya akan segera menutup mat...