CAP TANGAN HITAM

1.2K 27 1
                                    

Doktor Kim ialah ketua doktor di Hospital Geon In.

Sia sedang berikhtiar untuk mengumpulkan sejumlah wang yang banyak dalam masa yang singkat kerana hutangnya sekeliling pinggang.

"O ya, insurans kebakaran! Hospital akan mendapat pampasan jika berlaku kebakaran."

Pada suatu malam, Doktor Kim telah membakar sebuah gudang di dalam hospital.

Api merebak dengan sangat cepat. Hospital itu hampir musnah dijilat api semasa ahli bomba tiba.

Malangnya, seorang pesakit kanak-kanak lelaki terkorban kerana tidak sempat menyelamatkan diri.

Walaupun pihak polis telah mengenal pasti bahawa kebakaran itu bukan sekadar kemalangan tetapi gagal mengesan suspek yang mencetuskan kebakaran.

Tidak lama kemudian, Doktor Kim mendapat pampasan wang yang lumayan daripada pihak insurans.

Selepas hutangnya dilangsaikan, dia menggunakan baki yang selebihnya untuk mengubah suai hospital.

Hospital yang kelihatan baharu itu menjadi semakin popular kerana dilengkapi dengan peralatan perubatan yang canggih.

Pada suatu hari, Doktor Kim balik ke pejabatnya selepas pembedahan selesai.

Dia terjumpa cap tangan hitam di atas mejanya. Cap tangan itu kepunyaan seorang budak.

"Mengapakah ada cap tangan budak di sini? Nampaknya aku perlu memasang kunci keselamatan di dalam pejabat aku."

Kod rahsia bagi kunci keselamatan itu hanya diketahui oleh Doktor Kim sahaja.

Beberapa hari kemudian, Doktor Kim terjumpa cap tangan di atas meja dan dinding pejabatnya lagi.

Perkara itu membangkitkan kemarahan Doktor Kim.

Dia segera memanggil ketua jururawat yang bertugas di wad kanak-kanak.

"Ini mesti gurauan budak-budak!
Mengapakah kalian tidak melaksanakan tugas dengan baik? Siapakah yang membocorkankod rahsia kunci pejabat saya?"

"Doktor Kim, kami langsung tidak mengetahui kod rahsia itu. Mungkinkah kunci itu telah rosak?"

kata ketua jururawat.

Doktor Kim meminta tukang kunci untu memeriksa kunci pejabatnya tetapi tiada sebarang masalah dijumpai.

Pejabat Doktor Kim kembali normal selepas ketua jururawat memberi amaran kepada semua pesakit kanak-kanak.

Pada suatu hari, Doktor Kim memanggil semua semua staf hospital untuk memberi amaran.

"Saya akan menghadiri satu mesyuarat lada hujung minggu ini."

"Mesyuarat ini amat penting untuk Hospital Sea Sim,  iaitu hospital baharu kita."

"Jadi saya perlu menumpukan perhatian untuk menyediakan laporan dan tidak mahu diganggu melainkan ada hal kecemasan. Faham?"

Semua staf berjanji dengan Doktor Kim bahawa mereka tidak akan mengganggunya.

Maka, Doktor Kim pun mula membuat laporan sehingga larut malam.

"Alamak, sudah larut malam!"

Doktor Kim bersiap sedia untuk  balik ke rumahnnya selepas mengemas dokumen-dokumennya.

Tiba-tiba dia terhidu bau hangus.

"Ada benda terbakar?"

Doktor Kim segera memeriksa persekitaran pejabatnya dengan teliti. Rupa-rupannya bakul sampah di dalam pejabatnya telah terbakar.

"Bagaimanakah bakul sampah ini boleh terbakar secara tiba-tiba?"

Ketika Doktor Kim ingin mengambil alat pemadam api di koridor, kunci pejabatnya tiba-tiba bermasalah.

Dia memasukkan kod rahsia tetapi gagal .

Api semakin marak. Doktor Kim terkunci di dalam pejabatnya.

Dia meminta pertolongan sambil mengetuk-ngetuk pintu pejabatnya dengan kuat.

"Kebakaran!!! Tolong!!!"

Jeritan Doktor Kim tidak didengari kerana tiada sesiapa yang ada berdekatan dengan pejabatnya.

Doktor Kim cuba mencapai telefonnya di atas meja.

"Tut"

"Telefon telah rosak?"

Doktor Kim segera mengeluarkan telefon bimbitnya tetapi malangnya bateri sudah kehabisan.

Dia menjadi cemas dan buntu.

Tiba-tiba seorang budak lelaki memakai baju pesakit berdiri di luar pejabatnya.

"Adik tolong doktor! Cepat buka pintu!"

jerit Doktor Kim.

Dia tercegat apabila ternampak nama ' Hospital Geon In' tercetak pada baju budak itu.

"Doktor yang membakar gudang, bukan? Jangan sesekali bermain dengan api. Kerana api sangat bahaya.

"Mengapakah kamu...Uhuk!Uhuk!"

Doktor Kim mula rasa pening lalu pengsan akibat akibat terhidu asap yang berlebihan.

Budak lelaki itu melihat Doktor Kim yang tumbang ke atas lantai sambil mengukir seyuman yang seram.

"Memang sakit apabila badan kita dibakar hidup-hidup,hehe!"

Loceng kecemasan berbunyi.

Namun, pejabat Doktor Kim telah dipenuhi dengan api yang marak membara.






CERITA HANTU KOREAWhere stories live. Discover now