"Terima kasih." Rania tersenyum seraya berlalu sambil memegang plastik-plastik penuh berisi groceries. Hari ni dia akan masak dinner lepas kalah rock-paper-scissor dengan Iris. Iris terus request Seafood Carbonara jadi terpaksalah dia singgah Aeon Big lepas mengajar tadi. Nasib baik Iris tak request Mee Kari ke, Nasi Beriani Gam ke memang tak kuasa dia nak layan.
Dalam pada fikiran Rania merewang entah ke mana tiba-tiba ada tangan merampas bungkusan plastik dia kedua-dua tangannya. Terus termati langkah Rania. Terkejut.
"Hai." Suara yang sangat familiar menampar telinga Rania. Tubuh yang tak diduga muncul di hadapannya.
"Ad.. Adli." Rania menghela nafas lega. Hampir melayang nyawa dia. Ingatkan siapa tadi.
"Kenapa kau ingat siapa? Orang popular tu?" Adli tersenyum walaupun tiada gula pada senyuman itu. Rania tercengang. Adli sindir dia?
"Aku ingat perompak mana nak rompak groceries aku tadi." Rania pukul lengan Adli sambil ketawa. Pesimis betul dia. Adli ikut ketawa. Senang mendengar tawa gadis di hadapannya.
"Makan dengan aku jom?" Ajak Adli tiba-tiba.
"Tak boleh la Adli. Aku dah janji nak makan dengan Iris. Malam ni turn aku masak." Lembut Rania menolak. "Barang semua aku dah beli." Rania memberi isyarat ke arah plastik di tangan Adli.
"Please, Rania. Kejap je. Teman aku?" Pujukan Adli menggoyahkan sedikit hati Rania. Jam di tangan di kerling. Sudah melewati 6.30petang. Kalau dia ikut Adli pukul berapa nak sampai rumah? Pukul berapa pula nak start masak? Rania gundah.
"Ke kau takut orang popular tu marah? Or jealous?"
"Kau cakap apa ni Adli?" Rania kurang senang dengan sindiran Adli. "Takde siapa nak marahlah cuma aku.."
"So, jom teman aku!" Adli memberi kata putus sebelum Rania sempat nak fikir alasan seterusnya. Rania tertinggal tanpa pilihan akhirnya dia mengatur langkah mengekori Adli yang sudah ke hadapan.
Rania melabuhkan punggung di kerusi yang dipilih Adli. “Kau tunggu kejap, aku pergi belikan makanan.” Laju Adli berlalu sebelum Rania sempat menolak lagi. Restoran makanan segera itu separuh penuh. Ramai yang makan bersama keluarga dan kawan kawan. Adli sedang beratur. Nasib baiklah barisan tidak begitu panjang. Di hadapan Adli ada dua orang sedang menunggu giliran.
Rania keluarkan handphone. WhatsApp dibuka. Dia kemudian menghantar pesanan kepada Adli. "Jangan beli makanan untuk aku. Aku temankan kau aje." Dia nampak lelaki itu membaca mesejnya namun Adli memilih untuk tidak membalasnya.
Rania kemudian mencari nama Ayden. Dia menghantar pesanan kepada lelaki itu pula. Rasanya lelaki itu masih dalam photoshoot. Semalam semasa berbual dihandphone, Ayden dah bentang semua jadualnya untuk hari ini. Langsung tak ada rehat!
"Ayden I'm out with a friend. A guy friend. Just so you know so you won't be surprised if you hear it from anyone else." Button send Rania tekan.
Walaupun Ayden tidak pernah mengongkongnya, Rania masih mahu berterus terang supaya tidak timbul salah faham di kemudian hari. Ayden juga selalu bercerita tentang aktivitinya setiap hari. Dengan siapa dia jumpa. Apa yang dilakukan. Rania senang dengan itu. Walaupun kadang kadang Ayden sering menangkap nada cemburunya bila Ayden ada sebarang aktiviti dengan artis artis wanita yang cantik. Ayden selalu ketawakannya. Kata Ayden tak perlu cemburu, hatinya hanya milik Rania. Terus cair Rania dibuatnya.
Belum beberapa saat WhatsApp dihantar, ada panggilan masuk. Ayden! Terus lebar senyuman Rania. "Hai sayang." Lembut suara Ayden menambah gula pada senyuman Rania. "Hi Baby." Terus terdengar ketawa Ayden. Rania memang suka panggil Ayden dengan macam macam nama. Baby, honey, dear, darling, kasih, arjuna. Ayden sudah naik lali.
YOU ARE READING
Putera Impian Milik Cinderella
Romance"Because this place is not save anymore." "Hah? Why??" Rania menggelabah. Cerita cinta tiba tiba jadi cerita seram ke? Kenapa tak selamat? Ada hantu? Macam macam persoalan muncul di fikiran Rania. Ayden merapati Rania. "They're coming." Ayden berbis...