CHAPTER 14

7.8K 67 1
                                    

Selepas makan tengahari, mereka sekeluarga duduk berborak di ruang tamu.

"Firdaus ? Ayu ? Bila kamu berdua nak pergi honeymoon ?" tanya Dato' Nazlan.

"Honeymoon ?" tanya Tasha kembali.

"Ya la. Honeymoon. Bulan madu,"

Tasha telan liur.

Perlu ke pergi honeymoon ? Honeymoon kan tempat orang meraikan perkahwinan. Kalau suami isteri pergi honeymoon mesti ada perasaan suka, sayang, dan cinta. Dia ada ke perasaan tu?

Tasha mengerling Firdaus di sisi. Tasha mengerutkan dahi.

Dia ni, tenang je.

Tasha menyiku lengan Firdaus.

Firdaus menoleh ke sisi apabila terasa lengannya disiku. Muka bengang terhias diwajahnya. Digosok-gosok lengannya. Pedih. Itu yang dia rasa. Kuat juga minah ni siku.

Firdaus memandang Tasha di sisi. Muka tidak puas hati ditujukkan.

"Apa ?" tanya Firdaus perlahan. Tidak mahu ahli keluarga mereka mendengar perbicaraan mereka.

"Papa tanya tu jawab la," bisik Tasha.

"Kau la yang jawab,"

"Apa aku pula ? Kau la."

Firdaus dan Tasha saling berbisik. Tanpa mereka sedari perilaku mereka ditonton oleh keluarga mereka sendiri .

Ahli keluarga mereka berpandangan antara satu sama lain.

"Apa yang kamu berdua tengah bisik-bisik tu ? Kami dekat sini nak tahu bila kamu berdua nak pergi honeymoon. Bukan nak tengok kamu berdua berbisik," ujar Tan Sri Faris penuh sarkastik.

Firdaus dan Tasha berhenti berbisik dan menatap satu-persatu wajah ahli keluarganya.

Datin Auni dan Puan Sri Amira mengelengkan kepala melihat telatah anak dan menantu mereka.

Rina dan Rini tertawa kecil melihat abang dan kakak ipar mereka terkulat-kulat apabila ditegur.

Firdaus dan Tasha tersengih. Belakang leher yang tidak gatal digosok.

"Hah ! Macam mana ?" tanya Dato' Nazlan.

Firdaus dan Tasha saling berpandangan. Tasha membuat isyarat mata supaya Firdaus menjawab pertanyaan ahli keluarga mereka.

Firdaus mengeluh perlahan. Mengalah dengan isteri sendiri apa salahnya.

"Belum bincang lagi. Lagipun Daus dengan Ayu sibuk dengan projek dekat Terengganu tu. Lepas projek tu siap rasanya baru kami pergi honeymoon," ujar Firdaus.

Tasha menarik nafas lega. Dia lega apabila Firdaus kata begitu. Tasha memang tidak bersedia untuk pergi berbulan madu. Dia tidak bersedia sekiranya Firdaus pergi bukan dengan kerelaan. Tasha takut apabila berjauhan dengan keluarganya Firdaus akan menyakitinya. Itu yang dia tidak bersedia untuk dihadapi.

"Ikut kamulah. Kamu dah kahwin dah boleh fikir secara rasional pun. Kalau kamu nak pergi bercuti atau honeymoon, beritahu daddy. Pasal campony kamu jangan risau daddy boleh uruskan," balas Tan Sri Faris.

Firdaus hanya mengangguk.

"Kamu jangan kuat sangat kerja. Kesian dekat menantu mummy. Bawalah sama pergi bercuti. Rehatkan diri. Bawa Ayu tu pergi honeymoon," bebel Puan Sri Amira.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now