"Pagi!" Sapa Jinho kepada Kino dan Shinwon yang sedang menyediakan sarapan pagi. Mereka hanya memandang Jinho dengan pandangan tajam. Jinho hanya tersenyum sambil menggaru tengkuknya yang tidak gatal. Jinho tahu bahawa adik-adiknya itu sedang marah akan dirinya. Jinho sudah berjanji akan membantu adiknya hari ini tetapi apakan daya tabiatnya yang selalu bangun lambat yang menjadi penghalang."Hongseok mana?" Tanya Jinho apabila melihat Shinwon yang berada dengan Kino, bukannya Hongseok.
"Saya tak tahulah, abang tak ingat ke, buat-buat tak ingat! Kan abang Hongseok tak sihat!" Ujar Shinwon. Jinho mengetuk dahinya perlahan apabila mengingati adiknya sedang sakit.
Tidak sampai satu minit, seorang demi seorang keluarga Jung turun ke meja makan. "Pagi!"Jerit Hui iaitu putera terakhir Jung yang turun kecuali Hongseok.
Yang lain hanya memandang tajam melihat kelambatan abang kedua mereka.Hui hanya tersenyum lalu mengambil tempat di meja makan.
"Pagi.."Ucap Hongseok perlahan. Semua yang ada di situ memandang pelik ke arah Hongseok. Hongseok hanya berjalan mengambil tempat di meja makan tanpa menghiraukan pandangan adik-beradiknya.
"Hongseok? Kenapa pakai baju sekolah? Bukankah cikgu dah bagi kamu cuti sakit? Kamu dah sihat ke?" Tanya Hui kepada Hongseok.
"Saya tak apa-apalah. Lagipun saya demam sekejap je!" Ujar Hongseok sambil tersenyum. Hongseok memulakan pemakanannya. Adik-beradiknya yang lain hanya memandang Hongseok dan selepas beberapa saat mereka pun menjamu selera.
Tiba-tiba Hongseok menolak kerusinya ke belakang dan berlari ke arah bilik air yang berdekatan sambil menutup mulut serta memegang perutnya. Hongseok menutup pintu bilik air dan terdengar suara seakan Hongseok sedang muntah di dalam bilik air.
Jinho bangun lalu berlari ke arah bilik air. "Hongseok! Kamu tak apa-apa ke?! Hongseok bukak pintu ni! Hongseok! Hongseok!"Jerit Jinho sambil mengetuk kuat pintu bilik air tersebut. Adik-beradik Jung yang lain turut bangun dan berganjak mendekati Jinho.
"Abang macam ne ni? Hongseok tak nak bukak pintu ke?" Tanya Hui kepada Jinho. Jinho hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Tiba-tiba terdengar bunyi seolah-olah ada benda jatuh. Jinho dan adik-adiknya terkejut akan bunyi itu lalu cuba membuka pintu itu dengan menendang pintu tersebut.
"Hongseok! Hongseok, bukak pintu ni! HONGSEOK!" Jerit Jinho sambil menendang pintu itu.Dengan tiga kali sepakan, akhirnya pintu itu berjaya di buka. Alangkah terkejutnya adik-beradik Jung apabila melihat Hongseok pingsan di lantai dengan air yang berlumuran darah. Mereka bertambah terkejut melihat darah itu datang dari mulut Hongseok.
"HONGSEOK!!!!" Jerit Jinho sambil mendekati Hongseok. Jinho memangku kepala adiknya di riba lalu menepuk pelan pipi adiknya dan berharap agar adiknya sedar.
"Hong... Hongseok! Ba...ngun..." Ujar Jinho sambil menepuk pelan pipi Hongseok dengan tangannya yang bergetar. "Abang Hongseok! Bangunlah" Ujar Wooseok sambil memegang tangan abangnya. Adik-beradik Jung yang lain turut cuba mengejutkan Hongseok, namun tidak berjaya.
"Hui, kamu telefon Encik Kim! Cakap kat dia suruh datang cepat sebab nak bawak Hongseok pergi hospital!" Ujar Jinho. Hui hanya mengangguk dan berjalan keluar dari bilik air untuk mengambil telefon bimbitnya di beg.
"Wooseok, Shinwon, Yuto dan Yanan! Kamu berempat tolong abang angkat Hongseok dan yang lain ke tepi." Perintah Jinho. Wooseok, Shinwon, Yuto, Yanan dan Jinho mengangkat tubuh Hongseok ke sofa. Jinho mencapai selimut yang di ambil oleh Yeo one untuk menyelimuti tubuh Hongseok.
" Hongseok bertahanlah..." Ucap Jinho sambil menggenggam tangan Hongseok.
"Kamu semua!" Jerit Encik Kim. "Kenapa dengan Hongseok?" Tanya Encik Kim apabila melihat Hongseok yang terbaring lemah di sofa. " Takde masa saya nak jelaskan! Kita bawa dia ke hospital sekarang!" Ujar Jinho. Encik Kim menganggukkan kepalanya, lalu menggendong tubuh Hongseok ke kereta.
"Hui, kamu jaga adik-adik! E'dawn kamu ikut abang!" Ujar Jinho. E'dawn mengikut abangnya tanpa sebarang bantahan kerana dia turut risau akan kembarnya itu.
"Abang! Jangan lupa telefon kami untuk bagitahu keadaan Hongseok, tau?" Ujar Hui dan Jinho hanya menganggukkan kepalanya sebagai jawapan.
Tidak lama kemudian kereta yang dibawa Encik Kim pun berganjak pergi.
"Abang?" Panggil Yanan kepada Hui. Hui hanya memandang adiknya itu.
"Abang Hongseok tak apa-apakan?"Tanya Yanan.
"Dah tentulah! Abang Hongseok kamu kan kuat!" Ucap Hui untuk menenangkan adik-adiknya yang lain walaupun dia sendiri turut risau memikirkan adiknya itu.
TBC
YOU ARE READING
Tidak Akan Kubenarkan !
Bí ẩn / Giật gânmengisahkan adik beradik yang sentiasa aman tetapi berubah secara tiba-tiba hanya dengan satu mimpi.... Apa yang akan terjadi kepada sepuluh orang adik beradik ini? Nantikannya ya?! Harap suka sebab saya baru mula menulis...