***
Yerin terus berlari keluar sebaik pintu lif dibuka dan tercari-cari kelibat V. Dengan kertas di tangan, dia menoleh ke kiri dan kanan.
Bum bum bum !!!
Yerin menoleh ke arah punca bunyi. Dengan penuh tanda tanya, perlahan-lahan dia berjalan ke sana. Ramai orang sedang berbisik-bisik dan memandang seorang lelaki yang berdiri di hadapan mesin air.
"Kenapa dengan dia tu ?"
"Gila ke ?"
Yerin menghampiri dan matanya membulat . 'Wadehek ?'Bum bum bumm !!!
"Yah !! Mesin tak guna !!" V menendang mesin air itu beberapa kali. Dia tak peduli berapa ribu orang sedang mengutuknya sekarang. Dia mahukan keadilan !Yerin menerpa V dan menghalangnya dari terus memukul mesin yang tidak bernyawa itu.
"V !! Kau dah kenapa ? Hilang akal ke ?!" Yerin meninggikan sedikit suaranya. V terkejut dengan kemunculan Yerin di situ. Jarinya menuding mesin air tersebut."Mesin air ni lah ! Makan duit aku, tak guna betul !"
"Aish kau ni dah la jom" Yerin menarik lengan V menuju ke pintu utama bangunan itu. Mukanya sebijik macam mak yang dah fed up dengan perangai anaknya."Kita nak pergi mana ni ?"
"Balik"
"Eh dah nak balik dah ?"
"Kau je yang balik. Aku still ada kerja kat sini" V buat muka.
"Aaah takmau !! Aku taknak balik" V berlari masuk semula ke dalam. Yerin mengejarnya."Yah !! Kim Taehyung !!!"
"Waaah sweetnya ketua dengan boyfriend dia.."
"Boyfriend ketua handsome do~" bisik beberapa pekerja di situ.'DIA BUKAN BOYFRIEND AKU LAH !!!' jerit Yerin dalam hati. Laju jugak V ni lari. Tapi Yerin masih dapat mengejarnya. Tangannya berjaya menarik bahagian belakang baju V.
V yang perasan akan hal itu terus memusingkan badannya agar Yerin melepaskan bajunya. Namun aksinya itu menyebabkan Yerin hampir jatuh tersembam.V memeluk Yerin dan mereka jatuh terbaring di atas lantai. Semua pekerja memerhatikan mereka.
"Are you..okay ?" tanya V masih memeluk Yerin.
"Y-yah.. aku okay, lepas lah" merah padam wajah Yerin. Yerin menolak V namun dia tak berganjak. Pekak ke apa mamat ni ?"Lepaslah..!! Malu orang tengok !" bisik Yerin dengan lebih tegas. V pun meleraikan pelukan. Yerin terus bangun dan membetulkan pakaiannya.
"Dah dah 'drama' dah tamat gi sambung buat kerja" arah Yerin lalu para pekerjanya pun kembali membuat aktiviti masing-masing. V tersenyum seorang diri. Yerin menjeling lelaki itu."Kau, ikut aku" lengan V ditarik oleh Yerin dan mereka memasuki pejabatnya semula.
V terduduk di atas sofa setelah ditolak (entah kasar or lembut) oleh Yerin. V tergamam.
"Kau.. nak buat apa kat aku..?" V menutup dadanya dengan wajah ketakutan. Gaya macam orang yang nak kena rogol. Acah."Ish kau ni !! Jangan fikir bukan-bukan lah" Yerin meraup wajahnya.
"Wahai Kim Taehyung.. Kan aku dah cakap, jangan buat hal ? Kau ni memalukan aku tau tak ?"
"Alaa.. Jangan lah marah. Mesin air tu yang buat hal. Bukan aku" selamba V menjawab. Yerin mendengus lalu duduk di atas kerusinya."Habislah.. Mesti diorang tengah membawang pasal aku.." Yerin tunduk merenung lantai. V tak faham apa yang digumam Yerin.
"Apa ?" Yerin sekadar pandang V dan menggeleng. Malas nak layan.V menghampiri Yerin.
"By the way, ada mesej untuk Cik Jung" V berdiri di belakang kerusi Yerin.
"Huh ? Mesej ?"
V mengangguk.
"Mesej apa ?"
"Esok kan, pukul 9 pagi kan, Cik Jung ada mesyuarat penting. Cik setiausaha bagitau tadi"
"Yeke ? Mesyuarat dengan..?"
"Entah"
Yerin mengeluh.
"Tanya lah lain kali" apa sangat lah yang dia harap daripada V yang hanya menyibuk di sini untuk satu hari."Ah, ada satu lagi mesej"
"Hm ?"
"Esok kan, Kim Taehyung akan bawak Cik Jung datang pejabat okie ?"
"Ha ? Tak paya-"
"Aa-aa ! Ingat lagi tak syarat aku tu ? Jangan elakkan diri daripada aku~" Yerin tergamam.
"Oh.. Macam tu rupanya 'game' kau" gumam Yerin perlahan namun V dapat mendengarnya. Terus V memusingkan kerusi roda Yerin dan mengunci Yerin di kerusi tersebut. Dia tunduk dan mendekatkan wajah. Terkejut Yerin dengan aksi drastiknya."Kau cakap apa tadi ? Game ?"
"Apa..V.." Yerin gagap. V tersenyum sinis.
"Menarik jugak tu. Jom kita tengok siapa menang dan siapa kalah dalam 'game' ni" bisik V. Yerin memalingkan muka. Dia tak dapat tahan panahan mata yang tajam tersebut.'Mende dia cakap ni.. Aku tak faham !'
Dan wajah mereka masih berada dalam jarak yang dekat. Tak lama sebelum telefon bimbit Yerin berdering membuatkan drama dilwale mereka terganggu. V pun mula menjarakkan diri daripada Yerin. Fuh boleh bernafas semula. Telefon diangkat."He-Hello ?"
"Anyeong adik kesayangan unnie ni~"
"Eh Unnie !! Rindu gila kat Unnie.."
"Kalau rindu balik lah sini"
"Yerin tak dapat cuti lagi lah. Nanti Yerin cuti, Yerin bagitau Unnie okay ?"
"Yolah.. Yerin tengah buat apa tu ? Busy ke ?"
"Ada je kat office ni–""Haii kakaknya si Yerin !!" celah V tiba-tiba. Sengaja, dia memang tak boleh duduk diam. Yerin menjegilkan matanya, memberi amaran.
"Siapa tu Yerin ?"
"Eh takda siapa lah !! Kawan Yerin ni je.."
"Hurm.. Kawan ke...boyfriend~?" usik Eunji.
"KAWAN lah""Kakaknya Yerin sihat ? Bikin apa sih itu ? Yerin rindu nih sama kamu. Nanti kalau boleh saya mau ikut bali-" mulut V ditutup oleh Yerin.
"Unnie, nanti Yerin call balik okey ?!"
"Haha okay. Bergembira lah dengan boyfrien-"
"Bye !!"Yerin terus memutuskan talian. Pandangan maut dihadiahkan kepada V. Sekarang ni dia mula ragu-ragu sama ada V ni normal atau tak. Kejap perangai serius, kejap masuk air, kejap okay, kejap tak. Dia ada split personality ke apa doh ?
"Kau ni kan...!!!"
"Apa ?" soal V acah inosen.
"Yah ! Geramnya akuuu !!" Yerin menggaru kepalanya. Penat melayan kerenah V yang entah apa-apa.V bangun dari duduknya.
"Jom lah, balik rumah. Dah pukul 6 lebih dah ni" ajak V. Yerin memandangnya sekilas sebelum mengeluh dan mengemas mejanya.***
"Weh... Ribut lah" Yerin dan V berdiri di hadapan pintu utama bangunan. Hujan lebat plus angin membantutkan perjalanan mereka. V menggaru leher.
"Takpelah kau tunggu je sini, aku gi ambik motosikal datang sini"
"Tapi nanti kau basah-"
"Takda apa lah sekejap je pun. Aku pergi dulu" V berlari meredah hujan ke tempat dia meninggalkan motosikalnya.Merempitlah mereka berdua di dalam hujan. V menjeling Yerin di belakang yang berkerut kening kerana sudah basah kuyup.
'Kalau hantar Yerin balik rumah dia, jauh lagi. Ah, aku bawak dia balik rumah Omma dulu lah. Tak rugi apa-apa pun.....kan ?'
V terus menyimpang ke rumah neneknya.******
Anyeong readers !! Yea V seorang yang suka buat masalah . Dah la perasan hensem , nasib baik memang hensem lol .Thanks for reading my fanfic !!
So...vote n comment ? :3
YOU ARE READING
You're my Poison | TAERIN
Fanfic[ EDITING ] .You can be the drug that heals. .But you can aslo be the poison that kills. "Setiap manusia ada masalah tersendiri" Pembunuhan , dendam , cinta . Dicampur aduk lalu digaul rata maka terhasil lah cerita ini . Hope you enjoy this book, ba...