Episode 13

6.7K 422 2
                                    

Rambut hitamnya yang basah dikeringkan olehnya dengan tuala. Dengan kuasa yang dimiliki, dia boleh membuatkan rambutnya kering dengan cepat.

Uniform telah siap dipasang dengan kemas dibadannya. Warna hitam sangat sesuai dengannya kerana anak mata dan rambutnya juga sama warna.

Ariel melihat pantulan dirinya dicermin. Tiada apa yang berubah pada dirinya. Kecuali tinggi yang semakin meningkat.

Matanya melirik kearah sebuah lukisan yang digantung disebelah cermin. Lukisan itu adalah lukisan tiga orang lelaki. Satunya sudah berumur 40-an sedang berdiri sambil tersenyum. Satunya lagi seorang lelaki dalam kalangan 15 tahun dan disebelahnya seorang kanak-kanak yang masih kecil dalam kalangan 6 tahun. Senyuman diwajah mereka sangat lebar.

Ariel melihat lukisan itu pada masa yang agak lama sebelum memusingkan badannya. Tuala yang digunakan untuk mengeringkan rambutnya dicampak keatas katil. Wajahnya menjadi lebih sedih. Namun dia terus hilangkan riak wajahnya itu.

Dia menuju keluar biliknya. Setelah berjalan beberapa langkah dan menuruni tangga dia melihat ahli Elementalist yang lain sedang menunggunya. Dia menuju kearah mereka.

"Maaf. Aku lambat." Seperti biasa, hanya tiga perkataan yang keluar dari mulutnya.

"Hm.. Tak apa. Kitorang pun baru je keluar." Xoel tersenyum kearah Ariel namum senyumannya tidak dibalas. Xoel yang sudah biasa dengan sikapnya itu bersikap seperti biasa.

Mereka semua berjalan bersama-sama menuju ke sekolah mereka.
Sambil berjalan mereka berborak sedikit.

"Selepas balik nanti, kita akan pergi ke Skyland. Semua berkumpul depan pagar sekolah. Faham." Ariel memberikan arahan kepada ahli Elementalist. Semua kecuali Kayna menjawab.

"Skyland tu apa?" Kayna yang tidak mengetahui apa yang dikatakan Ariel membuka suaranya.

"Oh. Skyland tu tempat kitorang beli senjata kitorang. Tempat tu adalah salah satu tempat yang membuat senjata untuk Altarian." Reyra menerangkan perkara yang tidak diketahui Kayna.

"Tapi, kenapa namanya Skyland?"

"Sebab tempat tu ialah bandar yang terapung diudara." Laura pula yang menjawab. Dia menjawab sambil mengangkat penumbuknya keudara.

"Wah.. Hebat." Kayna yang tidak pernah melihat sebuah bandar yang terapung diudara menjadi berasa ingin tahu.

Segala perkara yang luar biasa di Altar sudah menjadi biasa bagi Kayna kerana dia telah melihat banyak perkara-perkara luar biasa sejak datangke Altar.

"Tapi, senjata tu mesti mahal kan?" Kayna teringat.. Dia tidak pernah bekerja pun sejak berada di Altar. Bagaimana dia hendak membeli senjata tanpa duit?

"Jangan risau. Duit untuk Elementalist, The Council yang uruskan selama ni." Kata-kata daripada Xoel menenangkan hati Kayna yang risau.

"Cuma, penggunaannya ada terhad juga. Setiap bulan kitorang akan diberikan duit. Jadi, kita cuba untuk mengurangkan membeli barang supaya duit kitorang disimpan untuk waktu macam ni." Xoel menyambung lagi.

"Oh. Nasib baik." Kayna mendesah lega.

"Tapi, sekiranya duit dihabiskan sebelum masanya, kita kena bekerja supaya mendapat duit untuk beli apa yang diperlukan." Leo bersuara setelah lama berdiam.

"Ok. Aku faham semuanya."

Mereka sampai di sekolah. Sekarang mereka berdiri dihadapan pagar sekolah.

"Ingat. Habis sekolah kita jumpa disini." Ariel mengingatkan mereka semua. Yang lain pula hanya mengangguk.

Kesemua mereka muka melangkah melepasi pagar. Sejurus dengan itu, terdengar bunyi jeritan para murid-murid lain.

The Second Warriors [C]Where stories live. Discover now