***
"V.....dibuang keluarga...?"
Puan Kim mengangguk. Yerin diam, sedia untuk mendengar cerita Puan Kim.
"Taehyung tu budak baik. Omma sangat sayangkan dia. Dia selalu sedia nak tolong orang dalam apa jua keadaan. Dah tu memang sifat dia, suka bantu sesiapa ja. Semua orang sukakan Tae. Yang bukan orang pun suka kat dia.." dia menarik nafas."..tapi...ada yang tak suka sifat semulajadi Tae, mak ayah dia sendiri. Appanya cukup tak suka perangai Tae yang suka menghulurkan wang dekat orang susah. Dia anggap Tae membuang duit. Dah banyak kali appanya melarang Tae buat baik, tapi Tae buat jugak. Sebab geram, dia dipukul, dirotan atas benda tak logik.."
Puan Kim menahan sebak."Tae selalu mengadu semuanya kat Omma. Ada hari tu dia datang, menangis kat Omma sebab appa dia pukul dia. Appa dia tak bagi duit langsung kat dia sebagai hukuman. Tapi Tae tu, bijak. Dia sanggup kerja diam-diam dengan makcik jual nasi lemak tepi jalan. Duit dia kumpul sedikit demi sedikit.
Tapi satu hari... Appa dia dapat tahu. Appa dia malu sangat-sangat malu, sebab anak orang kaya macam dia kerja macam tu. Malam itu..." air mata Puan Kim mengalir membasahi pipinya yang berkedut. Yerin memeluk bahu Puan Kim untuk menenangkannya. Rasa bersalah pulak.
"Malam tu Tae kena pukul paling teruk. Habis luka satu badannya. Duit yang dikumpul oleh Tae pun, dirampas appanya. Tak cukup dengan tu, dia halau Tae keluar dari rumah tu dan tak mengaku Tae anaknya. Dia memang tak berhati perut. Tae pun, dah takde hala tuju, datang ke rumah Omma. Omma lah yang jaga dia sampai sekarang ni" Puan Kim menggenggam tangan Yerin. Dia mengesat air mata.
"Yerin, nanti kalau Omma tak ada, jagakan Tae untuk Omma ye ? Walau kita baru kenal harini, Omma yakin dengan hati Omma, Yerin boleh jadi yang terbaik untuk Tae" Yerin blur. Dia tak faham apa yang cuba disampaikan oleh Puan Kim. Dia sekadar mengangguk mengiyakan. Puan Kim kemudiannya bangun dan membawa gelas susu tadi.
"Okeylah. Omma keluar dulu. Tidur elok-elok" pesan Puan Kim sebelum menutup pintu bilik, meninggalkan Yerin sendirian. Yerin termenung, memikirkan cerita Puan Kim tadi. Dia tak sangka, latar belakang hidup V tak seindah dan seceria personalitinya. Dalam hati, terkutik rasa simpati terhadap lelaki itu. Yerin menepuk bantal dan baring untuk tidur.
'No wonder dia selalu tolong aku selama ni..'
Dia merenung syiling. Ayat Puan Kim tak boleh berhenti diulang di fikirannya.
'..Yerin yang terbaik..untuk Tae..?'
***
•Taehyung POV•
Aku terjaga apabila Omma mengetuk pintu bilik. Rutin biasa, memang cara Omma mengejutkanku. Aku mengeliat sepuasnya. Rasa malas sangat nak bangun meneruskan hidup. Tapi, rasa macam ada sesuatu hari ni yang aku terlepas.. Mende eh ?
Eh jap, dah pukul berapa ni ? Aku kan dah janji nak hantar si Yerin ?? Astaga V !!
Aku tendang selimut yang membaluti tubuhku dan meluru ke pintu.
"Omma ! Dah pukul berapa ?" laungku.
"Sepuluh suku pagi dah pun. Bangun, makan"
Aish, mesti Yerin dah pergi. Terlepas aku nak hantar dia, tak pasal-pasal dah mungkir janji. Aku mengeluh, serabutkan rambut yang dah sedia kusut. Takpelah, lain kali. Tuala dicapai.Selesai mandi, aku menuju ke dapur untuk mengisi perut yang kosong. Sambil-sambil aku menguap semahunya. Kalau boleh nak ja aku sambung tidur kat sini sekarang. Peti sejuk dibuka tanpa minat. Takda apa yang boleh dimakan segera ke kat dalam peti sejuk ni ? Aku menggaru perut yang tak gatal. Peti sejuk ditutup dan aku beralih pula ke arah kabinet. Habis aku selongkar macam-macam.
"Tae !! Buat apa tuh ?" tegur Omma dari belakang. Aku berhenti menyelongkar dan duduk di kerusi.
"Lapar lah Omma..." rengekku manja. Omma tersenyum. Dia menggosok kepalaku. Sukanya..
"Tu lah siapa suruh bangun lewat ? Kejap.." aku perhatikan gerak-geri Omma, dia mengangkat tudung saji di atas meja makan. Fulamak ada spageti ! Sedap uh !Tak terfikir langsung nak angkat tudung saji ni. Tu lah kan orang cakap, bila perut kosong minda pun kosong. Eh ye ke ?
Omma memberikan pinggan yang siap diisi spageti kepadaku. Aku pun mula makan dengan penuh elegennya. Tipu, siapa ja tak hodoh time makan ?"Yerin yang masak" ujar Omma tiba-tiba. Tanpa disoal. Out of nowhere. Takde angin takde ribut. Terus aku tersedak. Omma menghulurkan air kepadaku.
"Aik tetiba je tersedak ni ?" nada Omma seakan-akan mengusik. Aku terbatuk-batuk.
"Yerin yang..masak ?" mata dah berair. Bukan terharu, pedih.
"Haah. Rajin betul budak tu. Omma suka la"
Omma suka ? Hah sudah. Kenapa lain macam je ni ? Omma ni pelik dah ni, Yerin kau buat apa kat Omma aku ?***
You :
Weh, kau balik sini tak ? ʕ•ε•ʔYerin :
Tak kot. Thanks anyway.You :
Ala ( TДT)Yerin :
??? Asal ?You :
Nothing, lupakan je.Aku melempar telefon di atas meja kopi selepas menghantar mesej kepada Yerin. Aku baring di atas sofa berbantalkan lengan, tak ada apa yang nak dibuat. Duduk bersantai aja.
Mataku menangkap Omma yang sedang bersiap, nak keluar.
"Eh, Omma nak pergi mana ?"
"Nak pergi kedai runcit jap. Barang dapur dah nak habis ni"
"Biar Tae lah yang pergi" aku bangun.
"Aish tak payah la. Omma boleh pergi sendiri. Tae kan cuti, jagakan rumah je"
Aku mengangguk menurut perintah. Walaupun sebenarnya risau nak biarkan Omma keluar sendirian.•End POV•
***
Eunji yang sedang mengelap meja di kedai makan, tempat dia bekerja tergesa-gesa mencapai telefonnya yang kuat berdering. Dia mengepit telefon di antara bahu dengan telinga dan meneruskan kerjanya.
"Halu ?"
"Anyeong big sis !!" sapa suara di hujung talian. Wajahnya bertukar ceria."Yerin ?"
"Iyo ler.. Siapa lagi ?"
"Tetiba call ni ada apa ?"
"Macam tak suka je Yerin call.." Yerin acah-acah merajuk. Eunji ketawa kecil."By the way, Yerin ada good news!!"
"Serius ? Boyfriend Yerin masuk minang ke ?"
"Unnie..!!"
Eunji ketawa. Dia menekup mulut apabila sedar ketawanya terlalu kuat. Tak manis dipandang orang gitu."Takdelah. Unnie gurau je. Ha, good news apa ?"
"Yerin boleh balik Seoul minggu depan !!" cerita Yerin dengan terujanya. Terus Eunji tersenyum lebar.
"Baguslah. Nanti Yerin on the way bagitau Unnie okey ? Dah la Unnie ada kerja ni. Jumpa nanti"
"Okeyy"Talian diputuskan. Eunji bernyanyi riang. Hatinya berbunga macam baru lepas OTP dengan boipren.
"Siapa yang nak balik sini ?" soal satu suara. Eunji menoleh memandang rakannya.
"Adik angkat aku. Aku rindu dia gila weh !! Walaupun baru berpisah berapa minggu"
Perempuan itu tersenyum sinis."Kalau kau tak kisah, boleh kenalkan aku kat dia ? Nak jugak tahu siapa adik angkat kau" soalnya. Eunji senyum.
"Mestilah. Tak sabar nak kenalkan kat kau nanti" Eunji sambung membuat kerja sambil menyanyi tak henti-henti."Tulah.. Aku pun tak sabar.."
******
Hai readers yg comel-comel ni
Amacam bedtime story drpd OmmaKim ?Abaikan ayat yang merapu yah
Yeah thanks for reading and vote n comment ? :3
YOU ARE READING
You're my Poison | TAERIN
Hayran Kurgu[ EDITING ] .You can be the drug that heals. .But you can aslo be the poison that kills. "Setiap manusia ada masalah tersendiri" Pembunuhan , dendam , cinta . Dicampur aduk lalu digaul rata maka terhasil lah cerita ini . Hope you enjoy this book, ba...