Encik Park ialah seorang pesara.
Dia suka memancing ikan di pusat memancing ikan yang berlainan pada masa lapang.Pada suatu malam, Encik Park pergi ke pusat memancing ikan di Koku.
Dia mengeluarkan semua alatan memancing memancing lalu meletakkan alatan itu di atas lantai.
"Bagusnya tempat ini! Nampaknya, aku akan mendapat banyak hasil."
Encik Park berbisik sambil duduk di atas sebuah kerusi lipat.
Namun, Encik Park tidak dapat duduk dengan selesa kerana tanah tidak rata.
"Aku tidak dapat menumpukan perhatian jika tidak dapat duduk dengan selesa."
Encik Park mengeluarkan sebuah lampu suluh lalu menyuluh kawasan sekelliling.
Dia mendapati ada banyak batu yang berlainan saiz di bawah tempat duduknya.
"Rupa-rupanya batu inilah puncanya."
Tiba-tiba, Encik Park terjumpa seketul batu yang besar.
Dia memijak di atas batu itu dengan kaki kanan untuk mengekalkan keseimbangan badan.
Encik Park mencapai pancingnya lalu mula memancing.
Walau bagaimanapun, dia tertidur tidak lama kemudian.
Tiba-tiba dia terjaga.
"Alamak! Mengapakah aku terlena? Sudahkah dapat ikan?"
Malangnya, Encik Park tidak mendapat sebarang hasil walaupun umpannya telah dimakan.
Dia terus memancing selepas memasang umpan.
Apabila mengangkat semula kepalanya, Encik Park ternampak seorang gadis yang sedang duduk tidak jauh daripadanya.
"Bilakah gadis itu datang? Bahayanya dia seorang diri di sini pada waktu malam,"
Fikir Encik Park drngan risau.
Dia berjalan mendekati gadis itu lalu bertanya.
"Cik, mengapa cik duduk berseorangan di sini? Apakah yang telah berlaku?"
Gadis itu hanya mengangguk kepala tanpa bercakap apa-apa.
"Tempat ini sangat bahaya. Cik harus balik ke rumah dengan segera,"
"Sakitnya kepala saya..."
Muka gadis itu kelihatan sengsara menahan kesakitan.
"Di manakah tempat tinggal cik? Biar saya hantar cik pulang ke rumah."
Gadis itu menunjukkan jarinya ke arah tapak kaki Encik Park.
Tangannya panjang dan halus.
"Cik, jangan bergurau. Di manakah tempat tinggal cik?"
Gadis itu menunjukkan jarinya ke arah tapak kaki Encik Park.
Encik Park mula berasa marah tetapi tetap bersabar selepas mempertimbangkan keadaan gadis itu.
"Cik tinggal di bawah tapak kaki saya?"
Encik Park bercakap sambil menyuluh ke arah tapak kakinya.
Tiba-tiba Encik Park terdiam. Matanya terbeliak. Dahinya pula berpeluh.
Rupa-rupanya dia terpijak satu tengkorak!
Encik Park terus duduk. Gadis itu menghampirinya dan bersuara sambil menahan kesakitan yang teramat sangat.
"Encik telah memijak...kepala saya... Sakitnya kepala saya!"
YOU ARE READING
CERITA HANTU KOREA
De TodoSemasa kecil, saya pernah menonton sebuah drama bersiri yang dasyat, iaitu " HANTU KEMBAR ". Dalam filem itu, Gumiho dan hantu anak dara muncul setiap kali menjelang musim panas. Semasa hantu muncul pada kaca televisyen, saya akan segera menutup mat...