Min-yi berumur tujuh tahun. Dia tinggal bersama nenek dan datuknya di sebuah kampung yang terpencil.
Di belakang rumah mereka terdapat sebuah gudang lama.
Walau bagaimanapun, nemek Min-yi tidak mengizinkan sesiapa pun masuk ke dalam gudang itu.
Pada suatu hari, Min-yi sedang bermain bola seorang diri di halaman rumah.
Tiba-tiba, bolanya berguling ke hadapan pintu gudang.
Min-yi mendapati mangga pintu gudang itu sudah berkarat apabila ingin mengambil bolanya.
Dia cuba menyentuh mangga itu.
Mangga itu terus terbuka dan jatuh ke atas lantai.
Min-yi tercengang kehairanan.
"Mengapakah nenek tidak mengizinkan sesiapa masuk ke dalam gudang ini?"
"Jangan-jangan ada harta karun tersembunyi di dalam gudang ini?"
Min-yi bertukar menjadi seorang pencari harta karun.
Dia terus menolak pintu itu dan terus masuk ke dalam gudang.
"Rupa-rupanya gudang ini cuma bilik stor!"
Min-yi berasa sangat kecewa kerana gudang itu tidak mempunyai harta karun selain perabot lama, alatan pertanian dan barang-barang lain.
Ketika meninggalkan gudang itu, Min-yi terdengar suara seseorang yang mengajaknya bermain.
Dia menoleh ke belakang dan ternampak seorang budak lelaki di satu sudut.
"Adakah awak berasa bosan kerana tiada kawan?"
Tanya Min-yi
"Saya juga tidak mempunyai kawan."
Min-yi berasa gembira kerana mendapat kawan baharu.
Mereka pun bermain bersama- sama.
Tidak lama kemudian, Min-yi terdengar suara jeritan dari luar gudang.
Rupa-rupannya nenek sedang mencarinya.
"Alamak, saya perlu balik sekarang! Nenek akan memarahi saya kalau mengetahui saya berada di sini."
"Adakah awak akan datang lagi esok?"
"Saya pasti akan datang lagi. Saya berjanji bahawa kita akan bermain bersama-sama setiap hari,"
Kata Min-yi.
Sejak hari itu, Min-yi bermain dengan budak lelaki itu secara curi-curi di dalam gudang itu setiap hari.
Namun pada suatu hari, ibu bapa Minyi telah datang mengambilnya untuk tinggal di bersama-sama di Seoul.
Min-yi tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada kawan baharunnya.
Berpuluh-pulih tahun kemudian,
Min-yi kembali ke kampung bersama-sama dengan ibu bapanya untuk mengemaskan barang peniggalan datuk dan neneknya.Kenangan sewaktu kecil menjadi kian segar apabila Min-yi bersiar-siar di halaman rumah.
Kemudian, dia ternampak gudang yang usang itu.
"Ah, nampaknya gudang ini akan runtuh tidak lama lagi!"
Tiba-tiba, Min-yi teringat akan kawan rakannya di dalam gudang itu.
Dia membuka pintu gudang itu dengan berhati-hati lalu melangkah masuk ke dalam gudang itu.
Gudang itu masih kelihatan seperti dahulu.
Set perabot lama dan barang-barang lain masih berada di dalam kedudukan yang asal.
"Adakah budak lelaki itu telah berpindah ke tempat lain?"
Fikir Min-yi.
"Akhirnya, awak telah balik!"
Suara kedengaran secara tiba-tiba mengejutkan Min-yi.
Min-yi menoleh belakang. Rupa-rupany, itu suara rakan dikenalinya sewaktu bermain di dalam gudang itu dahulu.
"Awak ialah... kawan saya semasa kecil... "
Cakap Min-yi sambil berundur.
"Mengapakah awak tidak datang ke sini lagi selama ini? Bukankah awak telah berjanji untuk bermain dengan saya setiap hari? Jom kita main sama-sama!"
Budak lelaki itu menghulurkan tangannya sambil mendekati Min-yi.
Min-yi berasa hairan.
Wajah, saiz badan budak lelaki itu langsung berubah walaupun masa telah berlalu sekian lama.
Pada ketika itu, hanya satu perkara yang terlintas di fikiran Min-yi.
Budak itu adalah hantu!
Min-yi berundur sehingga ke satu sudut dinding.
Seluruh badannya seram sejuk kerana senyuman budak lelaki itu sungguh ane.
"Minta maaf. Saya tidak akan bermain dengan awak lagi!"
Kata Min-yi tegas.
"Mengapa"
"Saya sudah dewasa dan tidak dapat menemani awak lagi."
Budak lelaki itu berasa kecewa selepas mendengar jawapan Min-yi.
Namun, dia mengukir senyuman yang seram serta-merta.
"Tidak boleh. JANJI awak mesti dikotakan."
YOU ARE READING
CERITA HANTU KOREA
SonstigesSemasa kecil, saya pernah menonton sebuah drama bersiri yang dasyat, iaitu " HANTU KEMBAR ". Dalam filem itu, Gumiho dan hantu anak dara muncul setiap kali menjelang musim panas. Semasa hantu muncul pada kaca televisyen, saya akan segera menutup mat...