. . . 3 tahun kemudian . . .
Kereta Audi R8 yang dipandu Wonwoo berhenti betul-betul di hadapan bangunan 55 tingkat yang merupakan tempat Yunji akan mula bekerja pagi ini. Gadis 20 tahun itu kelihatan berat mahu keluar dari kereta. Dia berpusing dan menoleh ke abangnya. " Abang... betul ke abang taknak teman adik sampai masuk pejabat? " Wonwoo menjongketkan keningnya untuk beberapa ketika lantas ketawanya dihambur keluar. Berkerut seribu dahi adik perempuannya itu.
" Apa yang lawak, abang? "
" Adik bukannya nak masuk tadika ke apa sampai abang kena temankan... nak lapor diri dekat tempat kerja saja pun, abang kena teman? Biar betul adik ni... Nanti kena ketawakan dengan kawan sekerja, baru tahu. " Wonwoo memandang anak mata Yunji yang berwarna hazel terang. Gadis itu mengeluh panjang dan bibirnya memuncung panjang. Nak merajuklah tu... Jari Yunji mula bermain dengan hujung rambut lurusnya.
" Kalau adik kena buli ke, kena kacau ke, adik terus telefon abang, tau. Bukan abang taknak teman maksudnya tak sayang adik dah... tapi abang nak adik berdikari. Takda siapalah yang berani nak gigit adik abang yang comel gebu-gebas ni walaupun abang tak teman sampai masuk office pun... " Rambut lembut Yunji dielus perlahan. Yunji membalas pandangan Wonwoo lalu merengek manja. " Abang, nak kerja dekat office abang.. " Pipi halus tanpa cela milik gadis itu dicuit dan diusap lembut.
" Kalau abang bos, dah lama abang ambil adik kerja dekat office itu, tau. Tapi, abang ni... sama-sama saja kuli. " Balas Wonwoo dengan nada memujuk. Jam hampir ke angka 8 pagi , dia perlu masuk kerja... tapi si Yunji ni masih tak mahu turun dari kereta.
Pin pinnn!
Terkejut lelaki dan perempuan itu apabila mereka dihon oleh kereta belakang. " Adik, adik keluarlah cepat. Kereta belakang tu dah marah dah... " Bahu Wonwoo dipukul. " Tengok tu! Nampak sangat abang dah tak sayangkan adik. Kan? Eeee! Taknak kawan! " Yunji mengambil beg bimbitnya di tempat duduk belakang lalu keluar dari kereta mewah itu. Wonwoo menurunkan tingkap. " Nanti telefon abang bila dah balik! "
" Yalah..."
" Kerja elok-elok. "
" Ya! " Pendek sahaja jawapan yang diberikan oleh Yunji. Wonwoo mengusap bahunya yang sakit dipukul oleh adiknya tadi sebelum dia mula memandu keretanya keluar dari pekarangan pejabat 55 tingkat itu. Yunji melihat sahaja kereta hitam abangnya itu bergerak jauh dan semakin jauh sehingga hilang dari pandangan.
" Okay, Song Yunji... Huu.. " nafas panjang dihembus. " Kau boleh buat, aku boleh buat. Okay, go, go. " Yunji cuba memberi kata-kata semangat pada dirinya sendiri. Gadis itu mula menapak dan mendaki anak tangga menuju ke ruang utama pejabatnya. Sedang menaiki tangga, dia ditegur seseorang. Seorang lelaki. Tampan. Comel. Bergaya.
" Hi. Saya Mingyu. Kim Mingyu. " Tegur lelaki yang berpenampilan kemas lagikan wangi itu. Yunji membalas senyuman manis Mingyu yang mengalahkan madu lebah. Auch, manis sehingga memotong kaki....
" Hai, saya Yunji. Song Yunji. " Mingyu membentuk mulutnya seperti huruf 'o' sambil meng-ooo panjang. Sedar tak sedar, mereka berborak sehingga tiba di hadapan pintu lif.
" Jadi, awak ni... pengarah pemasaran yang baru, kan? " Yunji mengangguk sambil menjawab ringkas, " ya. " Mingyu ketawa sambil menekan butang buka di sebelah pintu lif. " Bahagialah saya lepas ni... "
" sebab? "
" Sebab dapat jumpa awak selalu lepas ini.. Kita akan bekerja di bahagian pejabat yang sama. "
Yunji ketawa. " Awak bos sayalah ni? "
" Hm... lebih kuranglah tapi saya bos kecil saja. "
" Okay, bos. "
" Kalau ada apa-apa, bagitahu dan tanya saja saya. Kitakan kawan. " Yunji menganggukkan kepalanya lantas kedua-dua mereka itu masuk ke dalam lif.
-
Wonwoo berhenti menaip kertas kerjanya di laptop lalu bersandar pada kerusi empuknya. Iphonenya yang berada di tepi laptop dipandang bersama kerutan pada dahinya. " Pelik betul... dah tengah hari tapi dia langsung tak telefon aku. " Telefon pintarnya diambil dan ditenung. Bibirnya yang kering dijilat sekilas. " Dia dah lupakan aku ke? Sekurang-kurangnya... bagitahulah tempat kerja okay ke tidak... apa ke... eh, budak ni... "
Nak tak nak... Wonwoo jugalah yang mengalah.
Nombor telefon Yunji didail dan telefon dipegang di tepi telinga. Menunggu beberapa ketika sebelum Yunji menjawab. " Abang nak apa? "
" Eh... macam tak suka saja abang telefon. " Wonwoo meleraikan sedikit tali lehernya. Terasa sesak nafasnya setelah hampir setengah hari tidak mendengar suara adiknya yang tercinta itu... " Bukan tak suka.. adik ada hal ni. "
" Oh... abang baru nak ajak makan tengah hari. "
" Tak apalah. Nanti adik keluar makan dengan kawan sekerja. "
" Lelaki ke perempuan? "
" Lelaki. Okaylah, abang. Adik telefon lagi nanti, eh. "
" Eh, adik... "
Tutt.. tut...
Wonwoo merenung skrin telefonnya smabil mulutnya ternganga. " Biar betul... dapat kawan baru, terus abaikan abang dia ni? Huu, adik siapa ni... "
-
Wonwoo memeluk tubuh lantas bersandar pada keretanya. Dah sepuluh minit dia menunggu Yunji di situ... Jam tangan jenama Fossil di pergelangan tangan dijeling sekilas. " Haih, budak ni... berjanggut aku tunggu... dia tak muncul-muncul lagi pun. " Bebelnya perlahan. Wonwoo memandang sekeliling dan... di belakangnya... kelihatan Yunji sedang berjalan bersama seorang lelaki yang tampan. Wonwoo menjuihkan bibir, 'heh. aku lagi kacak!'
Yunji yang sedang bergelak tawa bersama Mingyu terus tersentak apabila melihat Wonwoo sedang memeluk tubuh bersama wajah yang masam mencuka seperti tauhu tamat tempoh. " Abang! " Yunji berlari anak ke arah Wonwoo dan meninggalkan Mingyu seorang diri. Wonwoo menjentik dahi Yunji. " Eee, suka buat abang tunggu lama! " Yunji mengusap dahinya. Wonwoo melihat Yunji yang tak cukup tangan memegang beg kerjanya, beg tangan dan... sejambak bunga... bunga?
" Siapa bagi bunga ini? "
" Tuu.. " Yunji memuncungkan bibirnya ke Mingyu yang berdiri dan memerhatikan adik-beradik itu dari jauh. " Siapa dia? " Dingin sahaja nada lelaki itu semasa bertanya. Yunji tersenyum simpul. " Kawan adik... Nama dia Mingyu. Kacak, kan, bang? " jawab Yunji sambil melambai tangan ke arah Mingyu yang sedang menyeluk kocek seluar. Lelaki itu membalas lambaian Yunji. Kening Wonwoo bercantum semasa memandang Mingyu. Berani dia mengurat adik kesayangan aku ni depan mata aku sendiri?
Wonwoo menarik tangan Yunji. " Jom balik. Eomma dah tunggu dekat rumah. " Tak mahu cemburunya menjadi lebih teruk, lebih baik dia dan Yunji balik.
YOU ARE READING
Oppa • Wonwoo ✔️
Fanfiction" kalau boleh bercinta dengan orang yang dekat , kenapa nak bercinta dengan orang yang jauh?! " Inspirasi drama melayu wkwkwk status ; (✔️)completed ( )on-going ( )on-hold ( )coming soon