f o u r

2.2K 216 3
                                    

Tukk tukk tukkk...


" Abang.. eomma suruh turun bawah dan makan malam. "

" Abang.. sudah-sudahlah tu. Tak payahlah merajuk lagi. "

" Abang! "

" Abang ooo abang! "


Jemu dah Yunji menyeru abangnya itu. Tangannya juga sudah penat mahu mengetuk pintu bilik tersebut. Malah, lutut kakinya juga sudah terasa mahu tercabut kerana berdiri lama di hadapan bilik Wonwoo. Ceh... baru dua minit...

Yunji menyilangkan tangannya ke dada lalu berkata, " Abang... kalau ada yang abang tak puas hati, bagitahu saja dekat adik. Tak perlu nak merajuk, nak marah-marah adik semua tu... abang tu dah besar panjang. Cubalah berfikiran matang sikit.. kita boleh berbincang, okay? " Acah-acah orang dewasa, Yunji bersuara... walhal, dalam hati... dia benar-benar takut reaksi apa yang akan diberikan oleh Wonwoo.


Wonwoo yang sedang duduk berteleku di atas katil hanya mengajuk kata-kata Yunji. "Meh, meh, meh.. bla,bla,bla. ceh. bukan aku yang berfikiran matang... dia tu... ish... " Wonwoo bangkit dan berjalan menghampiri pintu bilik. Pintu bilik dibuka. Wonwoo memandang Yunji yang berdiri bak patung. Bahu gadis itu dipegang dan dicengkam perlahan.

" Kau tak tahu ke aku cemburu bila kau puji si budak Mingyu tuuu...? Kau tak tahu lagi ke selama ni... aku sayang dan cintakan kau. Bukan sebagai adik beradik tapi lebihhh... Hei, Yunji... apa susah sangat untuk kau faham, ha? "


" Abang... " Yunji memanggil Wonwoo sambil mengetuk pintu dan lelaki itu seperti tersedar dari lamunannya. Oh.. dia masih berdiri di hadapan pintu. Oh..... tadi, cuma berangan saja? "...kalau abang taknak makan, suka hati abanglah tapi.... kalau abang taknak sakit, lebih baik abang makan. "

Wonwoo duduk kembali di birai katil. Lelaki itu tidak berselera untuk menjamah apa-apa hidangan. Leher digaru lalu kakinya dibawa ke atas katil dan bersila. Dia berfikir... dia tahu dia tak boleh mengalah sekarang. Setakat Mingyu yang tak tahu apa-apa tentang Yunji... mesti hubungan mereka tak lama. Tak kira dengan cara apa pun, Yunji kena jadi miliknya seorang!


" Abang! Keluarlahhh! "


Wonwoo mencapai bantalnya lalu dibaling ke pintu. Sebiji bantal lagi diambil lantas dipeluk kuat. Lelaki itu kemudiannya baring dan termenung lama sehingga terlelap. Yunji cuba memulas tombol pintu bilik Wonwoo tetapi berkunci... Ha. Dia dah agak abangnya itu akan kunci pintu, tapi, kenapa dia masih perlu cuba... haih... tak tahulah...

Dengan pasrahnya, Yunji mengalah lantas melangkah turun dari tingkat dua ke dapur.


-


"Abang..." Yunji mengetuk permukaan pintu bilik Wonwoo. Puan Song yang kebetulan naik ke tingkat dua setelah selesai mencuci pinggan mangkuk, mendekati anaknya itu. " Abang belum keluar lagi? " Yunji mengangguk laju. " Adik takut je abang tu sakit perut... mengada betul nak merajuk bagai. "

"Aih, Yunji ni... abang tu kalau kecil hati, memang macam ni. Adik macam tak tahu saja perangai abang tu... Dah, biar eomma pujuk abang. "


" Abang... buka pintu ni. Eomma nak cakap sikit. "


Seperti dijangka, pintu bilik dibuka. Wajah pucat Wonwoo menyapa pandangan kedua-dua perempuan itu. Wonwoo baring di tilamnya semula. Yunji menepuk lengan Wonwoo. "Mengada!" Wonwoo menjeling Yunji tajam. Puan Song menarik tangan Yunji supaya berada lebih jauh dari Wonwoo yang masih dingin. "Adik janganlah kacau abang... Wonwoo, kenapa tak turun makan tadi masa adik panggil? " Tanya wanita itu dengan lembut sambil mengusap rambut anak lelakinya itu. Yunji yang duduk di hujung katil sekadar mencebik kecil.

" Abang tu gedik nak diet! "


Wonwoo bangkit dan bersila di atas katil seraya memandang Yunji tidak berkelip. Wajahnya masam mencuka. "Kalau kau nak bising dan sakitkan hati aku saja, kau boleh keluar. Wonwoo penat, eomma. " Yunji memeluk tubuh lalu mendengus kasar. "Haritu masa appa nak belikan kereta untuk Yunji, abang kata tak payah sebab abang boleh hantar dan ambil adik masa adik kerja. Tapi, baru saja sehari ambil dan hantar adik, abang dah mengadu penat? Teruk. "

" Ha'ah kan, Wonwoo... kalau macam ni, lepas ni, Wonwoo tak payahlah hantar dan ambil adik balik dari kerja. Pejabat abang dengan adik pun jauh, kan? Susah saja abang memandu jauh-jauh. Biar saja adik ada kereta sendiri. Kan dia dah besar. "


Wonwoo mengeluh kasar. Yunji tersenyum sinis lalu duduk di sisi Wonwoo. "Dengar tu, abang? Adik dah cukup besar untuk ada kereta sendiri. "

" Bising ah kau! Pergi main jauh-jauh. " Wonwoo menolak tubuh Yunji dengan kuat sehingga gadis itu terjatuh dari katil. "Ahh! " Wonwoo turun dari katil dan duduk di sebelah Yunji. Lelaki itu ketawa. " Padan muka! " Yunji menumbuk dada Wonwoo lalu menggosok belakang badannya yang sakit kerana terjatuh dengan kuat. "Abang ni jahatlah! Adik sakit, tahu tak?! " Wonwoo menjulingkan matanya lalu membantu Yunji untuk duduk. "Yalah, abang minta maaf. Mana yang sakit tu? Biar abang urut. "


" Taknak! Abang jahat! "


" Eh, budak ni! "


Yunji menjelirkan lidahnya. Wonwoo mencuit lengan Yunji perlahan. " Dahlah! Mulai saat ni, abang dipecat dari jawatan pemandu adik. "

" Eleh. Habis, siapa nak hantar adik pergi kerja esok? Bukannya adik dapat kereta baru malam ini juga... " Yunji pandang wajah Puan Song. Betul juga, kan? Wonwoo tertawa jahat. Tiba-tiba, satu nama terdetik di kepala Yunji. " Tak apa... sebab... Mingyu boleh ambil dan hantar adik. " Yunji sengaja menaikkan keningnya berkali-kali. Wonwoo tercengang dan kelu. " Adik ni! Biar betul? Dah gila bayang dengan si Mingyu tu ke apa? "


" Yap! Okaylah, abang. Adik taknak bangun lambat esok sebab adik nak bersiap lawa-lawa masa  Mingyu ambil adik nanti. Selamat malam, abang. " Pipi Wonwoo dikucup seraya rambut lelaki itu sengaja diserabaikan. Yunji segera berlari dan memeluk eomma nya. Pipi wanita itu juga dicium manja. "Aww, tak sabar nak tunggu Mingyu ambil adik esok! " Wonwoo membaling bantalnya ke arah Yunji. Nasib baik Yunji sudah pecut masuk ke dalam biliknya.

Puan Song tersenyum nipis melihat Wonwoo yang bengang.


" Tidurlah, Wonwoo... esok abang hantar saja adik. "


Wonwoo mengeluh. " Susahlah, eomma... Adik dah betul-betul sukakan Mingyu. Abang tak ada peluang langsung nak pikat adik. "

" Cuba lagi... "


" Abang takut... abang penat sebab asyik mencuba. "


" Pengorbanan tu penting untuk mendapat kebahagian. "


Wonwoo terdiam. Wajah lembut eomma angkatnya itu direnung sedalam-dalamnya. Bersyukur sangat kerana Tuhan sudi mempertemukannya dengan wanita sebaik Puan Song ini.

" Terima kasih, eomma. "

Oppa • Wonwoo ✔️Where stories live. Discover now