PENGENALAN

308 14 0
                                    


KRING!KRING!

"Wegh,Ika loceng dah bunyi ler, jom masuk kelas, sekarang waktu cikgu Rosaimah la, nanti dia mengamuk baru kau tahu".Emm..betui jugak kan sapa tak kenai cikgu Rosaimah,cikgu paling singa kat sekolah nie,getus Ika."Ye la,ye la, tapi lepas kelas kau kena teman aku call angah aku ye?". "Okey, jap gi aku teman kau,macam tak biasa pulak."

SETELAH TAMAT WAKTU PERSEKOLAHAN

"Dayah, Dayah, cepat la, jap gi public phone tu penuh lerr", lantang Ika memanggil Dayah, kawan baiknya sejak berpindah ke Kedah. "Ya, ya, kau jalan la dulu, aku menyusul di belakang", jawab Dayah.

   Tanpa menghiraukan kawannya, Ika berjalan laju ke public phone yang terletak di kantin. Mujur nasibnya baik, pelajar lain belum membanjiri public phone tersebut. Mana tidaknya, sudah menjadi kebiasaan pelajar di sekolahnya, selepas tamat waktu persekolahan, mereka akan ke kantin sekolah untuk menghubungi ibubapa mereka untuk pulang terutama pada hari khamis. Ini kerana, kebanyakkan pelajar di sekolah ini tinggal di asrama, justeru mereka akan menelefon ibubapa mereka pada hujung minggu untuk pulang ke rumah. 

   Ish, peliknya, mana pelajar lain nie, diorang tak call parents diorang ke?, ish lantak la kat diorang, getus Ika. Sejurus tiba, Ika terus mendail nombor telefon angahnya. Ish, lambatnya angah nie, cepat la jawab phone, orang nak gi makan pulak nie, gomel Ika.

Ketika Ika sedang menghubungi angahnya, tiba-tiba bunyi ketukkan mikrophone mula didengari di pembesar suara sekolah. Ehemm.. ehemm..assalamualaikum and good evening, attention to PUTRI NUR ERIKA NATASYA please gather at anjung petah bicara now, your attendants is compulsory, I repeat PUTRI NUR ERIKA NATASYA!!  

   Haah!!??, nama aku, apesal pulak nie, orang tengah sibuk nie la ada macam-macam hal, gomel Ika dalam hatinya. Eh, eh.. Hari nie hari khamis kan??.."Dayah.. Dayah... hari nie hari ape??.." jerit Ika. ;Khamis la, apesal kau nie?"balas Dayah. "Gila!! mati aku!! Dayah, apesal kau tak cakap kat aku, hari nie hari khamis, aku ada perjumpaan prefect la".

     Tanpa menunggu jawapan dari Dayah, Ika terus berlari menuju ke anjung. Setibanya di situ, kawannya Najihah atau lebih mesra dipanggil Naj memberikan isyarat mata untuk duduk di sebelahnya. "Selamat, kau cepat sampai, kalau tidak, habis kau", ujur Naj sejurus Ika duduk di tepinya." Aku terlupa ler, asal kau tak ingatkan aku", balas Ika. "Assalammualaikum, memandang semua prefect sudah ada, kita boleh mulakan mesyuarat kita pada hari nie", ujur ketua pengawas. Hasrat Ika untuk meneruskan perbualannya tergendala sejurus mendengar ucapan tersebut.

    Setelah tamat perjumpaan tersebut, Ika terus menghubungi angahnya di kantin. "Angah pergi mana, tadi kak cik call, asal tak angkat, sibuk sangat ka? minggu nie kak cik balik la", soal Ika kepada angahnya. "Oww, kak cik balik minggu nie, tanpa tunggu kejap, 15'minit lagi angah datang ambik, jangan merayau mana-mana pulak", balas angahnya.

    Kelihatan dari jauh kereta Grand Livina berwarna hitam memecut laju dan berhenti betul-betul di kawasan hadapan asramanya menunggu seseorang untuk membolosi perutnya. Siapa lagi kaIau bukan Ika, kerana hanya tinggal dia sorang sahaja yang belum pulang. Tanpa melengahkan masa Ika terus mengapai beg pakaian dan buku-bukunya menuju ke kereta tersebut.

    Ika memasuki perut kereta angahnya dengan muka yang masam. Mana tidaknya, hari nie dia dimarahi oleh cikgu disiplin sekolahnya kerana lewat menghadiri perjumpaan, gara-gara menghubungi angahnya. Selepas itu, dia terpaksa menunggu angahnya seorang diri sehingga jam lima petang kerana semua kawan-kawannya sudah pulang. Angahnya perasan dengan sikap Ika yang masam dan tidak bercakap dengannya sejak memasuki kereta, tetapi dia abaikan sahaja. Setelah beberapa jam perjalanan, Ika tiba di rumah angahnya di Bertam Indah. Ika terus memasuki biliknya untuk merehatkan diri bagi melepaskan
penat setelah seharian belajar.

     Keesokkan paginya, seperti biasa selepas solat subuh, Ika terus turun ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk angahnya sebelum angahnya ke tempat kerja. Biasa la di Penang hari jumaat merupakan hari bekerja bukannya hari minggu seperti di Kedah.

       "Kak cik, kejap lagi mak long nak datang sini, kau jangan tido pulak", angah memulakan bicara. "Haah, nak datang sini, buat apa?" soal Ika. Angah hanya menjongketkan bahunya tanda tidak tahu sambil menghabiskan sarapannya. Ika hanya memerhati angahnya bersarapan sambil berfikir tentang perkara tersebut. Saja kot, mak long kan suka berjalan, tambah-tambah waktu hujung minggu getus Ika dalam hatinya.

     Mata Ika mula melirik ke arah dinding rumah angahnya. Jam di dinding menunjukkan pukul 8 pagi, maksudnya drama kesukaannya akan bermula 30 minit lagi. Selepas angahnya berangkat ke tempat kerja, tanpa berlengah-lengah lagi Ika terus ke ruang tamu untuk menonton tv. Sewaktu Ika khusyuk menonton drama kesukaannya, tiba-tiba loveng rumah berbunyi.

      "Nie sapa pulak yang datang pagi-pagi nie, tak taw ka orang dok layan drama nie, nie mesti mak long nie", omel Ika sendirian sambil berjalan ke pintu hadapan.

     Memang betul tekaannya, kelihatan kereta mak longnya terletak elok di halaman rumah angahnya. "Ish, sapa pulak tu yang duduk sebelah mak long tu. Hah!! Firdaus!!..Ika terus berlari masuk ke dalam rumah menuju ke biliknya.

      Mana tidaknya Firdaus merupakan anak mak longnya yang sebaya dengannya, maksudnya Firdaus adalah sepupunya, jadi dia perlu menutup aurat ketika berada di hadapannya. Di dalam bilik Ika kalut mencari tudung untuk di pakai manakala maklongnya yang dapat melihat gelagat Ika hanya tersenyum sahaja. Sebaik sahaja memakai tudung Ika terus keluar dari biliknya untuk berjumpa dengan mak longnya.

       "Kenapa kak cik lari tadi, kalaw jatuhkan payah tadi", tanya mak longnya sebaik sahaja mereka bersemuka. "Ish, mak long nie, tanya pulak, kak cik dengan Fir kan sepupu, jadi bukan marham, mana boleh tak tutup aurat", balas Ika. "Emm, sebab tu ka.. alah lambat laun nanti Ika akan kawin jugak dengan Fir, jadi tak payah la fikir sangat pasai tu", balas mak long sambil senyum melirik. Terkejut Erika mendengar balasan daripada mak longnya.

      Bagi mengelakkan perbualan yang lebih merumitkan Ika cuba untuk melarikan dirinya. "Apa la mak long nie, merepek je la, dah la kak cik nak pergi buat air nie, mak long nak air apa, sejuk ke panas?"soal Ika. "Air apa-apa pown tak pe, mak long tak kisah, anak menakan mak long nie kan pandai masak, dah boleh kahwin dah pown, tunggu Firdaus nie habis belajar jer lepas tu boleh la... Tanpa menunggu mak longnya habis bercakap, Ika terus berjalan pantas ke dapur untuk membuat air. "Bertuah punya budak, mak long tak habis cakap lagi nie, dia dah pergi".

      Itu saja yang dapst didengari Ika sewaktu dia cepat-cepat ke dapur. Setakat hari nie, dah banyak kali dah, Ika mendengar mak longnya menkeneng-kenengkan dia dengan anaknya. Ika bukan tidak suka dengan anaknya tapi Ika rasa bukan masanya lagi  untuk dia bercinta. Lagipun bagi Ika, dia hanyalah gadis berusia 16 tahun yang mempunyai perjalanan yang jauh untuk menempuhi alam perkahwinan.

      Setelah selesai menyediakan air, Ika terus bergerak ke ruang tamu sambil menatang dulang. "Jemput minum mak long, Fir" ujur Ika. Mak long tidak memberi sebarang respons kerana terlalu asyik menonton rancangan di kaca tv manakala Firdaus hanya mengangguk sahaja.

      "Ish, apesal dia nie, dok tengok-tengok aku, aku pakai tudung terbalik ke, eeh.. takkan ler", getus Ika sendirian. Ketika Ika sedang memikirkan tentang perkara tersebut. Mak longnya mula membuka bicara di antara mereka.

     "Sebenarnya Ika, mak long datang sini, ada hal nak bincang dengan Ika". Bicara mak long mencetuskan persoalan di benaknya. "Bincang? bincang apa mak long?", soal Ika. "Ye la, mak long nak cakap la, cuba sabar, sebenarnya mak long ingat lepas kamu dengan Fir habis SPM nanti, mak long nak jadikan kak cik sebagai...

----------------------------
Okey, hi reader, so this is my first novel so enjoy it. Hope you guy love my story and vote for it...if you have any comment, just do it...love you so much...

Just wait for my update...

Adakah ini cinta??Where stories live. Discover now