"Meow...",
Dari jauh sudah dapat aku dengar suara Along.
"Meooooooooooooooow",
Amboi, kalini makin kuat pulak dia. Ni mesti tak lain tak bukan merengek nak friskis la ni. Aku berhenti scroll temlen Twitter dan gapai towel yang berdekatan untuk keluar bagi Along makan.
Balang bekas kuih raya tahun lepas yang berisi friskis aku goncang-goncang untuk menarik minat Along datang ke arah aku. Along berlari dengan pantas as fuck setelah terdengar goncangan balang fevretnya itu. Dari jauh aku dapat lihat seperti makhluk berbulu tanpa kaki datang ke arah aku bagaikan pelesit. Bebola berbulu.
Along memang gemok, tapi bila orang kata dia gemok dia tak pernah marah. Along pantang nampak kaki aku. Dia suka menggesel-geselkan badannya pada kaki aku dan kadang kala kalau mainstream sangat manja dia tu, Along geselkan badannya di jalan tar. Pernah sekali, aku nak jalan ke dapur untuk letak pinggan kotor sebab aku makan depan TV, Along datang ke arah aku dengan cepat dan geselkan badannya bagaikan orang terkena minyak dagu. Aku nak berjalan pun susah. Ended up kaki aku tersepak-sepak muka Along, tetapi Along masih setia berjalan di tengah-tengah kedua-dua belah kaki aku. Disebabkan Along ni gemok, aku terpaksa jalan kengkang sedikit. Haihh gemok dan suka buat perangai.
"Nah, makan naaa namo bising bising lagi okay ayong?", Sempat aku dukung Along yang baru je nak makan friskis dengan halobanya lalu aku menciumnya.
"Uihhhhh! kau bergelumang kat mana ni, busuk naharom"
Along mengelentik-ngelentikkan badannya kerana ingin dilepaskan. Tak sabar nak makan lettew. Aku pegang dengan erat badan Along supaya dia tak terlepas. Aku belum puas nak peluk, tatap, dan cium Along ni. Aku grip badan Along agar dia tak bergerak-gerak. Susah naharom nak control badan Along ni. Dah la gemok. Aku lock badan dia, sekali pandang macam nak lock pihak lawan dalam rancangan gusti WWE. Aku pandang mata Along sambil memuji muji ciptaan Allah. Allahu comel sungguh Along ni. Pupil Along semakin membesar. Aku mulai risau. Takut muka aku pulak dirabaknya Along. Aku turunkan Along dengan perlahan. Along memakan friskis dengan lahapnya sambil mengeluarkan sedikit ngiauan (meow). Makan sambil mengiau. Haih Along... along. Aku pun terus menasihati Along yang orang tua tua kata, tak elok makan sambil bercakap. Along terus terdiam dan makan dengan senyap dan sopan.