"Jangan terlalu baik dengan orang, nanti orang ambil kesempatan atas kebaikan kita."
.
Pada mulanya, aku seakan akan tidak percaya dengan kata2 di atas.
Ya lah aku berpegang dengan prinsip, "buat baik dibalas baik."
Tapi setelah 20 tahun hidup, makin lama prinsip yang aku pegang itu makin goyah.
Goyah apabila aku sendiri yang mengalaminya.
Mungkin kerana aku dah banyak kali diambil kesempatan oleh manusia.
Mungkin kerana kebaikan aku banyak kali diperguna atas kepentingan mereka.
Ya setelah kena, baru aku mula percaya.
Percaya bahawa bila kita terlalu baik dengan manusia, mereka akan ambil kesempatan atas kebaikan kita.
Ya memang perlunya kita sebagai hamba, buat baik sesama hamba.
Tetapi baik itu biarlah berpada-pada.
Jangan sampai orang pijak kepala kita.
Sebab itu adanya peribahasa, "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali."
YOU ARE READING
Puisi ... ✔️
RandomHanya puisi pendek. Tentang diri aku. Dan mungkin juga kamu. Serta Dia Sang Pencipta. ©Copyright Reserved 90% idea penulis. Highest Ranking : #1 on Puisi Pendek